Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

24 January 2012

DIBILANG BENCI DALAM SAYANG

hanya kerana rindu
bisikan sepi merimaskan
melihat orang yang lalu lalang
terasa sempit ruang
antara wajah-wajah
aku tercari-cari bayangmu
walau tahu mustahil untuk kamu ada di situ.

lewati pantai sendirian
hati menjadi sayu melihat kulit cengkerang yang berselerakan
ternyata ia mengingatkan akan kau dan dia
lalu timbul cemburu
lirik senyummu di sisinya seolah berbangga kamu sedang berbahagia
sedang riak wajahnya seolah mengejek aku yang di tinggal sendiri
sakitnya hati ini tak terucap

berkeras aku pujuk hati
memaksa untuk membenci kamu
sedangkan aku dalam rindu
ternyata hatiku tak pernah berhenti menyayangimu
sungguh aku sayang kamu
ah! betapa bodoh orang dalam cinta
kasih telah dibahagi
tapi masih menanti

LURUH

Kenangan
seperti menjadi kepingan kecil
kubuang jauh satu persatu-satu
pedih bukan alang-alang
perlahan kucuba balut hati yang luka
supaya tak nampak sedih membungkam
pasrah

KESUNTUKAN WAKTU

petah mengira
masa terasa begitu pantas
saat menoleh belakang
segalanya hanya tinggal kenangan
tak berdaya mengutip satu persatu
lalu setengah darinya hilang tanpa kesan

satu tahun berlalu
dua puluh empat jam sehari
tidak cukup untuk dimengerti
masa yang tidak dihargai
lalu...untuk apa berpegang pada janji
sebaiknya penyelesaian didahulukan
biar apa yang datang

BISIKAN SEMALAM

antara realiti dan mimpi
tak sedar dalam pasti
termanggu
mencari jawapan

antara cinta dan impian
mana mungkin hanya satu dipilih
sedangkan keduanya perlu
termanggu
mencari kepastian

antara penantian dan kesungguhan
tak jelas perubahan
biar masa terus berlalu
dibiar
mencari erti perjalanan

RETAK

Manik-manik kecil gugur lagi
kali ini tanpa sedar
pada waktu yang sedang berputar
gerimis sesekali datang
retak tanpa kesan
ada garis tersedia yang tak kelihatan
warna yang kelam, suram

Jangan sampai terlepas, akan jatuh berderai
bukan alang-alang
retak seribu bayang

SUARAMU KEKASIH

Masih terngia-ngia
biar tak dekat
jelas kedengaran
seolah-olah
kau tak pernah berhenti memanggil
hingga aku penasaran
resah tak diam
hari-hari tanpa kamu
seperti mendung di langit kelabu
sesekali gerimis membasahi
seperti mengerti tangisan rinduku.

Wajahmu kekasih
tak lepas dari pandangan
bayangmu berkejar-kejar
ada kamu di sisiku biar tak nampak
bila-bila masa
bila-bila ketika
bila-bila tiba
kamu seperti selalu ada.

SORE SEMALAM

berteman renyai di lewat petang
kita jalan seiring
sesekali saling mengusik
tawa bergema, bahagia.

Bukan berapa banyak masa yang tersedia
tapi saling hargai masa bila bersama
sekejap yang indah
tentu dikenang-kenang bila sendiri.

10 January 2012

BUKAN SIA-SIA

Di tepi jalan yang sepi
sepohon pokok tak cukup rendang
tinggi kurang dari galah
rimbun tak berbunga.

Seorang wanita berjalan di lewat petang
tempias panas tanpa payung
gerimis tampar tak basah.

Letih berjemur
duduk berdiri seketika
hentian pertama labuhkan punggung
menarik nafas lega.

Disangka teduhan selesa
tak lama
ranting jatuh luka kepala
mengeluh sendiri.

Nasib tak mengenal siapa
asal sabut terapung, asal besi tenggelam.

SORE SEMALAM

berteman renyai di lewat petang
kita jalan seiring
sesekali saling mengusik
tawa bergema, bahagia.

Bukan berapa banyak masa yang tersedia
tapi saling hargai masa bila bersama
sekejap yang indah
tentu dikenang-kenang bila sendiri.

03 January 2012

TANPA SEDAR

Aku tak bisa memaksa
cinta itu bukan untukku
aku tak layak milikinya.

Cinta itu tertulis bukan untukku
ia hanya datang dan pergi
tanpa sedar menyakitkan dua hati.

Aku mahu bicara tapi hilang kata-kata
aku telah menzalimi cinta yang datang
tapi dalam masa yang sama aku mengharap cinta yang tak pasti.

Aku turut menjadi mangsa
tanpa sedar aku menjadi mangsa cinta.

LANGSIR KEHIDUPAN

Dari jauh tampak kemas
terselindung keremut yang ada
sekali pandang tak jemu memandang
berkali ditatap, perasan sesuatu
timbul persoalan
tapi tak terucap
lalu dipendam
sedang jelas apa yang terlihat
sengaja tak dimengertikan
lalu terperangkap
tirai itu beralun lembut
angin sepoi-sepoi menampar mesra
bukan salah angin tirai tidak lagi sekata
bukan juga salah adik yang kerap kali lalu di sebalik tirai yang tergantung
berkedut-kedut hingga jelas dari jauh, kini
ermmm...
sendiri tahu
tak perlu berbisik pada hati mencari jawapan!
akui dan relakan
jangan lagi duduk di belakang langsir sana
kau akan sakit jika berterusan
maaf, hanya itu yang mampu kulafaz

BERHENTI BERHARAP

Setelah kudaki penantian tak berpenghujung
aku terdampar lelah sendirian
di bahu jalan aku duduk menangis
mengenang usaha menjadi sia-sia
tangisanku bermula, agak lama
hingga aku terlena dalam sendu
betapa sakitnya hati ini tak terucap
tanpa sedar senyumku menjadi tawar, tak bermakna.

Tiap kali aku pasrah
kau hadir bersama harapan
buat aku lemah
lalu terima keadaan.

Dalam harapan yang kau berikan
seringkali kau berdusta dan biar aku terkapai-kapai
lantas kau tak pernah peduli
hingga memaksa aku asyik mencari dan terus mengekori bayangmu
yang akhirnya...aku terjebak dalam rindu dan benci
kejamnya dikau!
jahat tanpa belas.

Aku mahu berhenti berharap
tapi tak mampu
Tuhan, tolongi aku
andai dia adalah jodoh terakhir buatku
satukanlah kami hingga hujung nyawa dengan segera
tapi
andai dia bukan dijadikan untukku
hilangkan cinta dan kasih sayang ini dengan segera
aku tak mahu zalimi hatinya dan aku tak mahu resah dalam cinta ini lagi.