Ketika mendung menguasai alam
aku masih terkaku membaca coretan ringkasmu
biar tidak berjelar hingga ke helaian kedua
aku cukup mengerti apa maksudmu
walau tidak sekali kau pamerkan kasih sayang yang terbela
tanpa pernah ada pengakuan cinta
suratmu kini kugenggam penuh makna
yang mampu kuucap
berhenti menyintai aku
andai engkau tidak mahu terus dilukai
berhenti menyayangi aku
jika tidak kau akan terus kecewa tanpa penamat
Aku bukan untukmu
tidak layak aku berdiri di sisimu
padamkan kenangan kita bersama
biar yang terlakar dilipat kemas
dan jangan lagi berharap kepulangan
Maaf....aku bukan tercipta untukmu
setelah penat menggali tanah berlumpuraku tersandar kepenatandi bawah pohon yang tak berdaunperlahan kukesat peluh yang membashi bajufikiran mula jauh melayangmengingat tujuan asalagar tak berhenti separuh jalantekadku kembali segarperlahan kubangun semuladan terus menggali hingga luka bercalar tapak tangansaat hampir jatuh keletihanmata ini tepat memandang sesuatujelas dan cukup yakinaku jumpa, ya aku telah jumpaaku jumpa apa yang kucari selama initanpa sedar manik-manik kecil berguguranhatiku tersentuh, kupanjat syukur pada Dia yang Esasungguh bukan sehari aku duduk menggalicukup berbaloi usahaku selama iniaku jumpa serpihan cinta yang berselerakaku jumpa helaian kasih sayang yang hampir koyakaku jumpa rimbunan rindu yang semakin pudarya, aku telah jumpa..jumpa cinta yang pernah bertakhta di hati
bagai dedaun gugur
tak dipeduli, terbiar
kering lalu disapa angin, berselerak
berganti dedaun hijau
di dahan merimbun
penuhi ranting, menjalar rapat
dari kejauhan di lihat
tidak lagi sama seperti semalam
lain, berubah segalanya
sampai detiknya
tanpa sedar
yang pergi berganti
Biar tak kuucap betapa melangit kasih sayang ini buatmu
ia selalu ada
biar masa jadi saksi
tidak perlu dihitung detik pertemuan
selagi percaya ada jodoh buat kita
yakinlah, kita tetap bersama.
Jangan ditoreh pada wajah tak bersalah
dengan berkata-kata sahaja kamu merobek hati hingga luka
bicaramu cukup berbisa
seakan kamu menikam dengan lidah yang lincah lagi lancang
dia hilang suara, seperti separuh nyawa melayang
seakan gugur nafas menghempap maruah
kamu, kejam!
pernahkah kamu mengerti hatinya
yang sering diam, walau wajah tampak seri
hakikat pasti, kosong, kosong, kosong
bukan takut, hanya ingin memilih untuk duduk diam agar lebih tenang
apa guna melolong balas, bercakar kata yang akhirnya tangisan menjadi teman?
persetankan halilintar amarah
yang hanya menampakkan kebodohan diri sendiri
gagal untuk bersabar
memalukan diri tanpa sedar, terburai kelemahan
yang lainnya senyum sinis, bererti.
kulewati waktu yang berbaki
membilang hari tanpa penat
memerhati dalam sayu
tanpa sedar
senyumku pudar dek masa
kupujuk hati
menerima seadanya
tanpa sebarang rungutan
pasrah segalanya
biar tak tertutup luka
sesekali pedih jelas terasa
tak berdaya
sekali lagi
aku belajar untuk menerima
tanpa sesal
buat kali kedua menghidang peluang
menanti penuh harap
jangan nanti ia tak dihargai lagi
andai
tiada beza dengan yang semalam
aku tekad mengundur diri
pergi jauh
mencari pelangi sendiri
bukan tak nampak
cukup jelas dan nyata
tapi hati diam berbicara
sengaja berlari sedang kebenaran depan mata
menafikan tanpa berkata-kata
hati merintih saban waktu
pilu yang tak akan hilang
mengapa dibutakan pada kebenaran?
atau mungkin takut hadapi kesepian
ah! rungutan tak pernah henti
mengadu domba saban hari
muak didengar
buta? kau yang sengaja buat-buat buta
walaupun jelas kau cukup celik
kukuburkan kasih yang melata
agar tidak lagi terbiar tak berpenghuni
seperti nekad memilih
tak mampu untuk berpaling
kuberserah pada DIA
selayaknya apa yang terbaik untukku