semalam kita sebumbung, duduk sebangku
berbicara dari hati ke hati yang tiada penghujung
sesekali tawa bergema hilangkan resah yang bersarang
hingga hilang sepi yang telah lama bertandang
pertama kali duka dikongsi
saling berdakap mengekang gerimis menguasai
memujuk hati yang tak dipeduli
tangan yang dihulur, kugenggam lembut
sepertinya terselamat aku dari lemas pahit kehidupan
jauh dari sedar engkau berpaling
jadikan kisah tersimpan sebagai sebuah penceritaan yang dikhabarkan
lalu...sebaris kata berubah arah yang bebas berterbangan
hingga aku tersorok, kering dalam ikatan
harini..tidak berjarak tempat
tapi kisah semalam membezakan
aku terasing keseorangan
tak terbela dosa dikandung badan
jari yang ditunjuk, tepat aku sasaran
kubiarkan...kerana terlipat salah di saku kiri
kusimpan, dibiar masa untuk dilupakan