MENGERTILAH KASIH
Saat aku menyusuri jalan sendirian
hatiku tak diam berbisik
fikiranku tak diam berfikir
banyak perkara yang berlegar
hingga tumpuanku tak fokus pada jalan
mahu sahaja aku duduk di persimpangan hadapan sana
sambil menghirup teh o' halia panas kegemaranku
dan campak jauh fikiran yang sarat.
Sering aku merungut pada diri
resah yang mengekori buat aku tak tenang
gusar dan lelah hadapi hari yang mendatang
sampai bila harus aku berkeadaan begini?
bolehkah kamu hentikan penyeksaan ini?
sungguh aku penat untuk meneruskan
seperti aku tak mahu lagi bersendirian.
Andai kau selami hatiku
pasti tidak tergamak untuk lukai hatiku lagi
terlalu banyak calar dan parut yang bersepah-sepah
atas perbuatanmu yang di luar sedar
sakitnya lebih pedih dari dihiris-hiris
dalam lukanya, tak tersembuh.
Kau kejam...sungguh kejam
rindu yang kau sebut seperti tiada erti
hanya sekadar kata kosong
sayang yang kau ucap tiada makna
seperti ungkapan pada seorang teman biasa.
Aku mohon pada engkau
hentikan sandiwara kasih ini
berikan aku kesempatan kecapi bahagia yang aku ingin
izinkan aku cari kehidupan seorang wanita sempurna.