andai masa mampu untuk dikuasai
akanku putar kembali pada titik lama
sebelum kita kenal dan mula mesra
yang asalnya aku belum mengenal erti cinta
dan tidak tahu apa rasa merindu
walau aku tahu, ia mustahil berlaku
andai aku diberi pilihan kedua
aku rela memilih untuk sendiri
yang tidak mengenal erti sepi
biar sering menyendiri
aku tak mahu sunyi ada di sisi