OH BULAN
selalu kita dengar orang cakap "bila bulan berbicara"
sedangkan bulan tidak mampu berkata
manakan mampu, kerna si bulan tidak punyai mulut
malah bulan tidak punya perasaan
apakah bulan dikatakan hidup?
sedang bulan menerangi alam
yang hanya jelma di balik malam
saat kesiangan tidak kenampakan
kerana bias mentari lebih menawan
oh bulan...
dalam kepekatan malam dikau menerangi
seperti hadir menyinari sepiku
yang terkadang aku lupa erti sendiri
kerana dikau tidak pernah pergi dari benakku