Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah.
Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan.
Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu.
Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku.
Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah.
Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah.
Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar
datang dekat padaku jika itu yang kau mahu jangan hanya bermain kata dari jauh yang buat aku tersendu sendirian nanti penat aku menunggu, jangan bilang aku yang menjauh segeralah hampiri sebelum terbenam kasihku