BILA CINTA JADI TARUHAN
Antara sejambak cinta dan halaman kasih sayang
tidak sangka ia jadi taruhan untuk kecapi bahagia
miliki sejambak cinta hanya dari kamu seorang buat saya termenung untuk menerima
sedangkan halaman kasih sayang melibatkan lebih dari kamu seorang
apa kamu fikir saya akan pilih sejambak cinta?
yang tiada jaminan jika kamu akan berubah rasa, lalu tinggal saya seorang diri!
maaf, saya rela kehilangan sejambak cinta
saya ingin mencari dan kejar halaman kasih sayang
kerana, jika di halaman ada seorang yang pergi, masih ramai yang ada bersama saya
dan mustahil untuk saya tinggal sendiri
untuk makluman kamu, saya benci tinggal seorang diri~