RENDA JINGGA
Bersaksi bulan kuakui rindu tak hilang
sedang asyik duduk mendengar lagu cinta
ligat jemariku menampal renda jingga pada helaian nota
tiap helaiannya penuh kata-kata yang tak bernoktah
berbaris cerita cinta dalam rangkap yang berbeza.
Untuk kisah rindu
sengaja kubuang noktah
kerana rindu itu, selalu ada biar tak terlihat
tapi sering dirasa, sungguh.