pelayaran esok
pasti punya ombak mengganas
akan ada taufan kencang
di tengah lautan
tidak kelihatan persisiran pantai
hanya hamparan lautan luas
saat itu
jangan cepat menggelabah kekalutan
tenang saat ombak menerjang ganas
tabah hadapi taufan yang membidas
teruskan pelayaran tanpa rungutan
kerana kesabaran
kita pasti ketemu pulau hentian
dan kita boleh berlabuh di sana hilangkan keletihan
dan mungkin juga
kita sampai ke hujung pelayaran
di sana punya persisiran pantai yang indah permai
dan kita boleh berhenti dari pelayaran
cuma
masa yang panjang mungkin diperlukan
kita mungkin akan penat yang teramat
dan kita akan merungut sepanjang perjalanan
sanggup?
biar masa buktikan ya
kita berdoa agar segala dipermudahkan
insyaAllah
♥ ~ jika jodoh tidak kemana
pasti punya ombak mengganas
akan ada taufan kencang
di tengah lautan
tidak kelihatan persisiran pantai
hanya hamparan lautan luas
saat itu
jangan cepat menggelabah kekalutan
tenang saat ombak menerjang ganas
tabah hadapi taufan yang membidas
teruskan pelayaran tanpa rungutan
kerana kesabaran
kita pasti ketemu pulau hentian
dan kita boleh berlabuh di sana hilangkan keletihan
dan mungkin juga
kita sampai ke hujung pelayaran
di sana punya persisiran pantai yang indah permai
dan kita boleh berhenti dari pelayaran
cuma
masa yang panjang mungkin diperlukan
kita mungkin akan penat yang teramat
dan kita akan merungut sepanjang perjalanan
sanggup?
biar masa buktikan ya
kita berdoa agar segala dipermudahkan
insyaAllah
♥ ~ jika jodoh tidak kemana