dahulu ia pernah terluka
laluku tampal berulang kali
kujahit dengan teliti
parutnya masih jelas kelihatan
walau tersimpan jauh di sudut yang dalam
lama ia membengkak
kini parutnya sakit kembali
satu persatu tampalan terbuka
sikit-sikit benang jahitanku tertetas
luka kembali berdarah
tidak tersembuh
semakin parah
esok pastinya luka kian melarat
yang tiada penawar
sukar dicari
kerana terlalu dalam dilukai