Bukan Siapa-siapa
- Comic Comot
- Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar
31 October 2011
BANGKAI CINTA
Kau hilang tanpa jejak
meneguk kasih di taman larangan
menodai dia yang sepi
dengan rajuk manja penuh helah
seperti kerasukan kau dakap tak lepas
hingga kelemasan dia diperlakukan
bukan alang-alang
kejung badan terbiar
deras nafasmu mengundur pergi
lalu terbaring bersebelah
saat terlena asyik
kau pergi dalam diam
tak kembali lagi.
BERBAGI KASIH
Seperti dedaun gugur tak pernah habis
jatuh berselerak, kan berganti yang lain.
Apa bisa berbagi kasih
serangkai cinta di kepat nikmat
sedang rindu pada yang lain.
Apa mungkin berbagi kasih
mengutip rindu yang hadir
sambil meraba cinta yang lain.
30 October 2011
KALA BINGUNG
Desiran angin meresahkan
buat aku tak diam duduk
dada langit hilang cerah
mentari tiada di balik rimbunan awan kelabu
sedang aku berehat-rehat
pikiran melayang jauh ke lautan luas
seperti mahu bercerita sesuatu
saat ombak menghempas pantai
aku terkedu membisu
seolah memberitahu padaku
lautan tak pernah damai
pasang surutnya seperti perjalanan
agakku, aku mengerti
tapi hati masih diam.
SEMPADAN WAKTU
Kukira
bila waktu berjalan
ia pergi bersama segala duka
dengan sedikit berbaki.
Kukira
bila masa kembali
ia dekatkan aku dengan bahagia
berbekal sedikit parut yang masih berbaki.
SEADANYA
Lihat diriku
apa adanya
itulah aku
bukan pura-pura.
Kenali aku
yang sederhana
itulah aku
bukan siapa-siapa.
Dekati aku
dalam bersahaja
itulah aku
bukan memaksa-maksa.
MASIH
Bila malam berganti
seringku dengar suaramu
seperti berbisik kata-kata rindu
hingga hilang lena
kesiangan aku termanggu
membilang hari kapan kita bertemu lagi.
Semakin lemah bila kurenung potretmu
senyum yang terukir masih segar
seperti semalam kita duduk bersama.
Mungkinkah hanya aku rasakan
atau engkau turut merasakan
tak mahu kufikir
biarlah hanya hati kita yang tahu.
23 October 2011
TITK NODA
Kupu-kupu malam melata
di lorong basah kelam
bersepah si ayam berkokok
pertaruh diri
lemas di jalanan
akhirnya ditinggal tak dipeduli
salah siapa?
mungkinkah tiada noktah
atau berkesinambungan pada generasi seterusnya
DIA...wanita yang berjalan sendiri
Ketika jalan pulang
terlihat sesusuk tubuh berpakaian lusuh
terbongkok-bongkok sendirian
jelas batuk kasar kedengaran
sambil berlari anak
di bawah gerimis.
Matanya meliar mencari teduhan
separuh basah
dengan raut wajah lesu
mata kuyu
langkah longlai tidak bermaya
pandangan penuh keletihan.
Tanpa suara
terukir senyuman
walau kosong tapi bermakna
ia sapaan mesra.
Hanya memerhati dari jauh
lalu keseret langkah berlalu.
BELUM SELESAI
Aku tak mahu menjadi siapa-siapa
biarlah aku papa kedana dalam harta
asal aku miliki maruah diri.
Aku tak mahu menjadi sia-sia
biar tersungkur berkali
aku tetap akan bangun menyusul lagi
penat bukan apa-apa
sesaat nanti ia pergi
dan aku akan bangkit semula
terus mengejar apa yang aku ingini.
Aku tak mahu duduk diam-diam
masih banyak yang ingin aku gapai
biar basah berpeluh keringat
aku tetap melangkah tabah
selagi belum selesai
aku tak akan berhenti.
biarlah aku papa kedana dalam harta
asal aku miliki maruah diri.
Aku tak mahu menjadi sia-sia
biar tersungkur berkali
aku tetap akan bangun menyusul lagi
penat bukan apa-apa
sesaat nanti ia pergi
dan aku akan bangkit semula
terus mengejar apa yang aku ingini.
Aku tak mahu duduk diam-diam
masih banyak yang ingin aku gapai
biar basah berpeluh keringat
aku tetap melangkah tabah
selagi belum selesai
aku tak akan berhenti.
14 October 2011
BAYANG-BAYANG SEMALAM
Sebalik tirai kenangan
kau menjenguk tanpa suara
melihat aku bersimpuh di satu sudut
yang engkau tak pedulikan
berlalu pergi.
Aku tampak kebodohan
menanti dalam tak pasti
entah bila kau kembali
bagai pungguk rindukan bulan
bisu dingin.
SIA-SIA
Sedang hati membilang hari
tenat rindu membangkitkan benci
lalu ...
dilepas pergi.
Kemarau kasih menghampiri
hamparan kering tanpa cinta
dan ....
kasih terbatas.
13 October 2011
BICARAKU BUAT AYAH
Ayah,
Semalam aku bermimpi tentang kamu
memegang erat tanganku dengan kemas sekali
lalu menyisih rambutku dengan jemari kasarmu
sambil tersenyum merenung jauh wajahku, mengapa?
saat aku cuba dekati kamu, dikau hilang tanpa jejak
kupanggil berulang tidak berjawab
hanya kelibat kenampakkan
jauh..jauh..jauh di sudut sana
mengalir air mata hingga aku terjaga dari lena.
Ayah,
Seingat aku
aku hanya mendakapmu bila kita bersalam mesra di pagi hari raya
kulayarkan kucupan mesra didahi dan pipimu
tidak seperti hari biasa, aku hanya bersalam dan mencium tanganmu
dengan keupayaan yang dikau punya hari ini
mendesak diriku untuk lebih mendekati dan bermanja denganmu
hiba kurasa dari sudut hatiku, melihat dikau diam begitu, hanya berjalan jika perlu
tiada suara garau seperti dahulu, hanya sesekali dikau berdehem
sungguh aku sedih lihat dikau begitu.
Ayah,
Sungguh aku perasaan, tidak pernah sekali kuucap sayang padamu
terbiasa dengan bahasa tubuh, yang kuharap dikau mengerti
melihat dirimu kini, teringin sekali ingin bahagiakan dirimu
andai mampu, apa sahaja kemahuanmu akanku cuba turuti, semahunya
tidak terbalas segala jasamu,
tidak terucap penghargaan yang ingin kuberikan
selagi terdaya, aku akan berada di sisimu, selalu.
KISAH KITA
Sayang,
Lihat pepohon rendang di bukit sana, rimbun bukan?
begitulah rimbunnya kasihku tersedia
tatkala disapa bayu, seakan melambai dirimu yang jauh di mata, kembalilah segera
tidak terucap rindu yang kuperap, seteguh akar mencengkam yang jelas akannya
ketika dedaun berguguran, saat itulah kerinduanku bersuara
bertempiaran mencari dirimu yang tidak kelihatan setelah berkaliku seru pulang.
Lihat dedaun yang berselerakan di bawah pohon senja, banyak bukan?
yang warnanya coklat dan kekeringan, itulah lambang resahku yang tidak pernah hilang
yang kelihatan masih kekuningan, itu kisah rinduku yang melata berbulan lama
yang jelas kehijauan, itulah tanda hatiku menantimu tanpa mengira detik dan ketika
sesekali hujan membasahi, memujuk aku bertenang menantimu dalam separuh pasrah
diiringi pelangi petang sesudah gerimis, cuba menyerikan hatiku yang rundum sepi.
Lihat sudut jendela sana, apa masih dikau terbayang detik kita bersama?
sungguh aku merindui detik itu, detik yang buat hatiku terpaut kasih
jelas dan ia tidak pernah hilang dari ingatanku, sering menjadi peneman tika aku merindu
ketahuilah kamu, selalu kau kesayanganku.
LEWAT TIBA
Kapan ?
tak pasti masih menunggu
dinding resah makin sempit
lelah tiba
terkapai sendiri
penat memikir
sendu merajai
apa pasti hadir?
atau sekadar ucap di bibir
palsu...
tak pasti masih menunggu
dinding resah makin sempit
lelah tiba
terkapai sendiri
penat memikir
sendu merajai
apa pasti hadir?
atau sekadar ucap di bibir
palsu...
PILU
Kian lalu
rindu jadi bisu
tersimpan laut dalam
tak terucap
sepi.
Keremut resah
dalam bingkai usang
tergantung terbiar
jadi dendam
kosong.
rindu jadi bisu
tersimpan laut dalam
tak terucap
sepi.
Keremut resah
dalam bingkai usang
tergantung terbiar
jadi dendam
kosong.
11 October 2011
BERLARI KE LANGIT
Dari duduk termanggu
hitung hari yang tak pasti
ibarat menunggu bulan jatuh ke riba
bagus kamu mengorak langkah
lihat dunia
lihat kehidupan
bukan berangan kosong
tanpa usaha yang dikerjakan
dari satu tapak yang di ambil
kamu akan punya yang kedua
dan yang ketiga kamu terbiasa
maka,
teruskan tanpa malas
biar capai apa yang diimpikan
BUKAN SIAPA-SIAPA I
Kita bukan siapa-siapa
sama seperti yang lain mencari bahagia
dalam meniti kehidupan yang tak mampu diduga
kerana cinta wujud sengketa.
Kita bukan siapa-siapa
yang mampu menghukum dosa sesama kita
sedang DIA mengerti segalanya
dalam ketentuan kita harungi tak sia-sia.
Kita bukan siapa-siapa
BUKAN SIAPA-SIAPA II
Kau bukan siapa-siapa
insan biasa yang sederhana
hadapi getir tanpa noktah
ada ketikanya kau rebah
manik kristalmu tumpah tak terbatas
hingga aku hiba mengenang.
Kau bukan siapa-siapa
yang masih berdiri tabah
tenang bersahaja menerima segalanya
tanpa suara dikau bercerita
kesedihan yang tak tergambar
sebuah hikayat cinta terhalang.
Walau....
Kau bukan siapa-siapa
aku selalu di sisimu selalu
yang tak berpaling menjadi temanmu
labuhkan saja resah di bahuku
moga kita berdakap redha
harungi segalanya dengan tabah dan sabar.
Bintang Kartika + Hasma Maymeng + Comic Comot
kan kita bertiga saling bersatu
walau jarak berjuta batu
kita sentiasa bersama selalu
10 October 2011
POTRET KITA
Kujejak kasih yang berbaki
hati terpanggil memetik rindu
di hamparan waktu terpisah
jarak mengundang lara
kenangan terpanggil
termanggu menatap potret kita
saat yang tak pernah dilupa
hati kecil berlagu sendu
mengingatkan kasih yang terkurung lama
masih menghitung masa yang tak bernoktah
yang terkadang buat aku separuh sedar
melangkah dalam rangkap berbeza.
kau dan aku ~
Jusme Peter & Comic Comot
hati terpanggil memetik rindu
di hamparan waktu terpisah
jarak mengundang lara
kenangan terpanggil
termanggu menatap potret kita
saat yang tak pernah dilupa
hati kecil berlagu sendu
mengingatkan kasih yang terkurung lama
masih menghitung masa yang tak bernoktah
yang terkadang buat aku separuh sedar
melangkah dalam rangkap berbeza.
kau dan aku ~
Jusme Peter & Comic Comot
06 October 2011
MELODI CINTA
Dengarkah kamu sayang
nyanyian yang sedang kudendangkan
alunan manja memanggil rindu
sepertinya aku sedang berbisik penuh goda
sambil kulabuhkan kepala pada bahumu.
Mengertilah kamu sayang
tiap waktu dan ketika yang hadir
nafasmu terngia sayup
hingga lemas aku menantimu
yang sentiasa berharap kau pulang ke dakapanku.
05 October 2011
BUKAN SELAMANYA
Sepi untuk seketika
lambaian pilu sekeping hati
terngia kenangan kelmarin
di lantai dingin kaki selangkah
menjejak kesempurnaan
entah kan bila berjumpa lagi.
Detik yang diharap berulang
hamparan kasih dilakar
cinta tidak akan mati
hanya terhenti terkunci seketika
lalu dibiar seperti angin
yang akan menyapa bila bertiup sang angin
lambaian pilu sekeping hati
terngia kenangan kelmarin
di lantai dingin kaki selangkah
menjejak kesempurnaan
entah kan bila berjumpa lagi.
Detik yang diharap berulang
hamparan kasih dilakar
cinta tidak akan mati
hanya terhenti terkunci seketika
lalu dibiar seperti angin
yang akan menyapa bila bertiup sang angin
ANAK KOTA
Tidak semua yang asyik mengejar keseronokan di dunia kota
lupa beza antara terang mentari dan gelap purnama
berpegang tangan tanpa silu
duduk berduaan bersentuh bahu
mencari kepuasan lupa budaya keliling
melepak buang masa tak terbilang.
Ada antara mereka yang tak tumpah seperti anak kekampungan
yang sesat di tengah bandar sendirian
berpakaian tak se'gah kemodenan
tersipu malu saat mata bertentangan
yang tertunduk malu bila berjabat tangan
dan pipi kemerahan menanggung segan.
Jangan sekali pandang serong pada anak kota
walau asal dari bandaraya
bukan semua antara mereka yang lupa budaya kemelayuan
mungkin segelintir yang bersisa.
lupa beza antara terang mentari dan gelap purnama
berpegang tangan tanpa silu
duduk berduaan bersentuh bahu
mencari kepuasan lupa budaya keliling
melepak buang masa tak terbilang.
Ada antara mereka yang tak tumpah seperti anak kekampungan
yang sesat di tengah bandar sendirian
berpakaian tak se'gah kemodenan
tersipu malu saat mata bertentangan
yang tertunduk malu bila berjabat tangan
dan pipi kemerahan menanggung segan.
Jangan sekali pandang serong pada anak kota
walau asal dari bandaraya
bukan semua antara mereka yang lupa budaya kemelayuan
mungkin segelintir yang bersisa.
04 October 2011
HAMPARAN WAKTU
Aksara rindu tersedia di helaian jingga
tiap barisnya tidak bernoktah
tampak indah tapi sukar untuk dimengerti
berkali dibaca, nyata penuh makna
tersirat umpama teka teki.
Lewat kelmarin kusambung menulis
bercerita sendiri akan rindu yang membebani
berteman manik-manik sepi
bertakung di kelopak yang tak dipeduli
yang akhirnya kulena tak bermimpi.
Menjelang subuh yang dingin
kukira saat yang telah pergi
seperti baru tersedar menghitung
betapa lama aku berkeadaan begini
lalu...hatiku kembali menepis rindu yang merajai
berganti benci dan telahku henti untuk merindui.
MILIKI
Setelah melangkah merentasi masa
aku bisa tersenyum hari ini
kerna waktu yang kuagak
berjaya digarap dalam tempoh yang tak terpikir
sedang aku dalam terhimpit
segalanya bermula bila punya tekad
sendiri tersegih puas
biar pun saat ini getir kukira
seperti terkurung dalam sangkar tak berpintu
yang sesekali buat aku lemas
syukur….
aku tidak berhenti
02 October 2011
PINGGIRAN CINTA
Di bawah bumbung senja kita bertemu
tangan bertaut penuh hangat
sesekali mata bertentang
deras degupan tidak terucap
terus tertunduk malu tersipu
tak berhenti dikau merenung
hingga lidah kelu tiada bicara kedengaran.
Acapkali bertemu
wajah ditatap penuh makna
sepertinya kita tak akan berjumpa
dikau genggam erat jemari tak lepas
lantaran itu, kulabuhkan punggung di sisimu
sambil melentok manja dibahu
tersenyum penuh makna bahagia.
Pinggiran cinta kita
jauh berkasih rindu tersimpan
selalu merindu bikin aku penasaran.
tangan bertaut penuh hangat
sesekali mata bertentang
deras degupan tidak terucap
terus tertunduk malu tersipu
tak berhenti dikau merenung
hingga lidah kelu tiada bicara kedengaran.
Acapkali bertemu
wajah ditatap penuh makna
sepertinya kita tak akan berjumpa
dikau genggam erat jemari tak lepas
lantaran itu, kulabuhkan punggung di sisimu
sambil melentok manja dibahu
tersenyum penuh makna bahagia.
Pinggiran cinta kita
jauh berkasih rindu tersimpan
selalu merindu bikin aku penasaran.
BERHENTI
Semalam aku tidak dipedulikan lagi
bila saat engkau terus jauh dariku
seharian kuketuk jendela rindu
sekalipun tidak engkau menyahut panggilanku
kerna itu, aku mahu berhenti
berhenti dari terus menyayangi.
Seringkali di bibir ini kusenyum kelat menyebut nama kamu
yang semakin hari, bayangmu hilang berlalu
walau berjuta kali kubermimpi kita saling mendekati
realiti yang pasti, aku bukan lagi berada di hatimu
masa tidak pernah berhenti untuk memaksa aku mengerti
tapi hati ini yang terpaksa untuk berhenti dari terus menyayangi.
Mungkinkah esok kita saling tak mengenali
yang masing-masing asyik dengan haluan sendiri
andai benar ia terjadi
anggaplah kenangan kita sebagai hadiah dariku
tiada yang lebih indah mampu kuberi buat kamu
melainkan sisa kasih yang pernah bercambah menjadi bibit cinta
bila saat engkau terus jauh dariku
seharian kuketuk jendela rindu
sekalipun tidak engkau menyahut panggilanku
kerna itu, aku mahu berhenti
berhenti dari terus menyayangi.
Seringkali di bibir ini kusenyum kelat menyebut nama kamu
yang semakin hari, bayangmu hilang berlalu
walau berjuta kali kubermimpi kita saling mendekati
realiti yang pasti, aku bukan lagi berada di hatimu
masa tidak pernah berhenti untuk memaksa aku mengerti
tapi hati ini yang terpaksa untuk berhenti dari terus menyayangi.
Mungkinkah esok kita saling tak mengenali
yang masing-masing asyik dengan haluan sendiri
andai benar ia terjadi
anggaplah kenangan kita sebagai hadiah dariku
tiada yang lebih indah mampu kuberi buat kamu
melainkan sisa kasih yang pernah bercambah menjadi bibit cinta
SEMALAM
Sekilas pandanganmu mengusik kenangan lalu
mengingatkan aku tentang pilu yang merajai hati
mengapa perlu hampiri jika hanya untuk sakiti
aku rela tak punya kamu dari hatiku terus terluka
pergilah, jangan lagi peduli tentang aku
telahku selesa sendiri begini.
Antara kau dan aku ada sesuatu yang tak boleh dipisahkan
namun, aku tetap tak ingin berada di samping kamu
yang bisa buat hariku kelat dan senduku kembali menyinggah
jangan lagi ganggu hariku
aku belajar untuk pergi jauh dari kamu, sejauh yang mungkin
agar aku miliki bahagia yang aku impi.
mengingatkan aku tentang pilu yang merajai hati
mengapa perlu hampiri jika hanya untuk sakiti
aku rela tak punya kamu dari hatiku terus terluka
pergilah, jangan lagi peduli tentang aku
telahku selesa sendiri begini.
Antara kau dan aku ada sesuatu yang tak boleh dipisahkan
namun, aku tetap tak ingin berada di samping kamu
yang bisa buat hariku kelat dan senduku kembali menyinggah
jangan lagi ganggu hariku
aku belajar untuk pergi jauh dari kamu, sejauh yang mungkin
agar aku miliki bahagia yang aku impi.
Subscribe to:
Posts (Atom)