BUKAN SIAPA-SIAPA I
Kita bukan siapa-siapa
sama seperti yang lain mencari bahagia
dalam meniti kehidupan yang tak mampu diduga
kerana cinta wujud sengketa.
Kita bukan siapa-siapa
yang mampu menghukum dosa sesama kita
sedang DIA mengerti segalanya
dalam ketentuan kita harungi tak sia-sia.
Kita bukan siapa-siapa