Aku tak mahu menjadi siapa-siapa
biarlah aku papa kedana dalam harta
asal aku miliki maruah diri.
Aku tak mahu menjadi sia-sia
biar tersungkur berkali
aku tetap akan bangun menyusul lagi
penat bukan apa-apa
sesaat nanti ia pergi
dan aku akan bangkit semula
terus mengejar apa yang aku ingini.
Aku tak mahu duduk diam-diam
masih banyak yang ingin aku gapai
biar basah berpeluh keringat
aku tetap melangkah tabah
selagi belum selesai
aku tak akan berhenti.