MASIH
Bila malam berganti
seringku dengar suaramu
seperti berbisik kata-kata rindu
hingga hilang lena
kesiangan aku termanggu
membilang hari kapan kita bertemu lagi.
Semakin lemah bila kurenung potretmu
senyum yang terukir masih segar
seperti semalam kita duduk bersama.
Mungkinkah hanya aku rasakan
atau engkau turut merasakan
tak mahu kufikir
biarlah hanya hati kita yang tahu.