Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

15 July 2011

KERANA DIA

pada dia,
kudambakan kasih seorang insan
tidak meminta-minta dengan terang
kan ketahui dalam sekilas pandang
tidak perlu diucap penuh kata
perhatikan sahaja, pastikan jelas segalanya

pada dia,
kurenggekkan segala manja
mengadu pelbagai cerita
berbicara tentang cinta
walau hanya seketika berjumpa
saat bersama detik indah yang tercipta

pada dia,
aku hanya insan biasa
tiada yang istimewa, hanya bersahaja
diari hidup yang penuh cerita duka
dalam tangis aku bisa ketawa
dalam sedih aku masih berjenaka
mengapa...usah ditanya
kerna kesedihanku bukan untuk dia rasa