Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

29 November 2011

KUSAMPAIKAN PESAN

Biar melata dedaun kering di halaman
tak akan pernah habis daun di ranting yang tinggi
jangan disangka bayu yang menggugurkan
hingga berselerak litupi hamparan luas
kerana,
bila tiba masanya dedaun sendiri akan gugurkan diri
ini adalah ia putaran semulajadi
sebetulnya apa yang terjadi ada sebab sendiri.

REMBULAN KERINDUAN

 
Samar cahaya di sebalik jendela
mematikan gelap yang duduk diam
sepi tanpa suara
hanya desahan rindu berdenyut perlahan
dalam nada teratur
hati seperti mengerti tak berharap
kosong bukan kosong
ada tapi tak terlihat.

23 November 2011

RINDU YANG MEMBEKU

Hilang nafas seketika
melirik penuh makna
merenggek dalam manja
lalu meminta-minta
kasih diteguk semula

BILA CINTA TAK LAGI BERSAMA

Saya duduk sendiri di penjuru sudut
terasa kosong, sepi
satu persatu kenangan hadir
berbisik lembut tentang rindu
dan masih terngia-ngi tawa bahagia kita dahulu
tak tersekang duka yang mengalir

WAKTU YANG SEKEJAP

Tak terpikir oleh masa
untuk mengira detik pertemuan
sekejap penuh cerita
gelak yang berpanjangan
lalu menjadi kenangan.

22 November 2011

SUATU KETIKA

Pernah sekali cinta itu pudar
tak sangka tapi bersebab
seperti kamu hilang dipandangan
yang tinggal bayang-bayang samar.

Pernah sekali namamu luntur dari hati
tak kusebut tapi masih teringat
seperti jauh tak pergi
yang kekal, kenangan bersama.

Walau ia pernah kualami
tapi hati masih berdetik
bernafas dengan namamu
dan kini kugantung semula perkataan cinta
untuk terus ada di hati
agar kasih ini selalu kuhangatkan, kembali.

AKU MASIH DI SITU

Biar beribu langkah telah kuambil
kamu tetap tak pernah hilang
seperti memaut erat
begitu teguh kasih yang ada
tiada jawapan jika ditanya mengapa
sedang cinta tak perlu alasan
lalu kuberterusan titip rindu
biar baki yang dulu kekal di situ

20 November 2011

GERIMIS CINTA

Penantian tak bernoktah
rintik-rintik yang mendamaikan
memeluk dingin
asyik membuai perasaan
seperti mahu terus lena
dalam dakapan tak lepas
sambil meniti hari tanpa penghujung

RETAK SEMALAM

Kutinggalkan dikau sendiri
yang sedang diulit lena
sengaja dibiar
agar lancar aku melangkah
setelah semalam saling berantakan
amarah menguasai segenap ruang
aku diam dalam bingung
marah berganti resah.

Perlahan aku dekati dirimu
lalu memeluk dari belakang
meredakan suasana tegang
berkali kukucup dahimu
tanda maaf tak terucap
sekeping nota kutinggalkan
"abang sayang b, selalu
maafkan abang atas apa yang berlaku"

BISIKAN RINDU

Sekali lagi di helaian ini
tertulis akan kisah kita yang tidak pernah berpenghujung melainkan mati
desakan rindu mengheret jemari agar rancak menari walau tanpa melodi
ketahuilah oleh kamu
di saat rindu menggigit rasa
hanya kenangan penawar seketika
satu persatu kotak memori diselongkar hingga penat mencari
sesekali hati berbisik sendiri
"berehatlah dari merindu" kerana kau akan penat menunggu bila kapan ketemu
rindu......bait yang mampu membuai rasa
dalam tak sedar rindu menghanyutkan khayalan yang kita cipta
cukup sekali terasa rindu
ia tidak akan pernah hilang dari kamu
masihkan kamu ingat bila kali pertama merasai rindu?
dan pada siapa kamu mula merindu?
mana mungkin kita begitu pasti, bila kali pertama merasa rindu
jujur, saya tidak ingat pada siapa saya merindu untuk kali pertama
tapi agak saya, tentu pada rangkulan mesra ibu
yang mana detik itu, saya ingin terus dibelai
mungkin kita semua rasa begitu.

Dewasa ini, rindu memberi inspirasi
terkadang membangkit cemburu hati
bila sebut tentang rindu
banyak persepsi yang rata-rata tidak terhad pada usia
kita semua rasakannya dan ia cukup mengujakan perasaan kita
kuselalu nantikan pertemuan
saat kita saling bertentang mata, berkongsi cerita
bertepuk tampar dalam ketawa....pasti bahagia
semoga, ada waktu untuk kita

17 November 2011

RINDU TAK BERPENGHUJUNG

Meniti batas waktu
aku belajar mengira detik rindu
walau tak terlihat dengan mata
aku pasti, geloranya penuhi dada langit
yang sesekali basahi jejak dengan gerimis
percaya pada cinta
selagi rindu bernyawa
kasihku tak akan pernah lenyap.

MASIH BERNYAWA

Tersenyum dalam kelat
pahit yang tidak terlihat
kasihmu kuat terpahat
seperti cinta kita yang terikat
walau rindu hampir berkarat
janji tetap kuingat.

Hadirmu dalam bayang
dakap erat penuh sayang
walau kamu jauh seberang
ingatan rindu tak pernah lekang
seperti aku mahu terbang
dari asyik menunggu kamu pulang.

Kasihku masih bersisa
nyawa cinta masih ada
walau marah tersimpan sama
itu semua rindu punya angkara
tak terbendung dengan kata
hanya cara memujuk rajuk jiwa.

JATUH CINTA LAGI

Senyum yang tak boleh disembunyi
gelora cinta bertiup bak angin
desakan rindu mengheret emosi
serba tak kena
jiwa seperti bersayap
terbang tinggi melekat di langit
berharap kelibat si cinta terlihat.

PERSINGGAHAN

Melewati denai rindu buat aku berhenti melangkah
melabuhkan punggung di bangku kayu
sambil amati denai rindu yang berombak perlahan
dikelilingi rumput-rumput separuh hijau di batasan
memukau pandangan
sepoi-sepoi angin menampar
rasa terbuai, lanjut fikiran melayang jauh
mengeluh dalam diam bila hati berbisik nama
ahhh....rindu bertandang!!
walau telah jauh kumenyusur jalan
rindu tetap tak pergi, mengekori di sebalik bayang
tak terlihat tapi jelas dirasa
terbantut niat untuk singgah lama
pohon rendang damai ini tak berbuah
tapi lebat berbunga, aku suka
kerana amat selesa
dan telah lama menjadi tempat persinggahan
tak pernah lupa untuk datang kembali

09 November 2011

JEJAK SONGANG

Tanpa segan berpeluk sakan
tak peduli mata yang memandang
senyum puas tangan di pinggang
jalan seiring selamba berkucupan
eeerk...pasangan tak bermoral
hilang pertimbangan
nafsu songsang.

Bila agama diketepikan
cinta sejenis dibanggakan
tayang kekasih tanpa malu
sedang mereka jantina yang sama
hilang akal!!!

TINGGAL KENANGAN

Aku berlari semahunya
hingga kakiku merajuk minta berhenti
kupaksa tanpa belas
lalu terjelepok di lantai
sakit...
saat kuangkat muka
kau hulurkan tangan
dengan mesra memapah aku bangun
terkedu malu, aku membatukan diri
"sakit?, are u okey?"
ungkapan pertama yang kudengar darimu
"terima kasih, sakit...sikit...saya ok"
dengan gagap aku menjawab
hati menggerutu, menyalahkan diri sendiri.

Tinggal kenangan
biar terus kekal di benak hati

TAK TERUCAP

Antara cinta dan air mata
tidak pernah pergi salah satu darinya
bila rindu mengetuk jendela
hati resah...tak senang duduk, serba tak kena
lalu kududuk mengadap laptop
mengetuk papan kekunci, bercerita pada helaian maya
leka bercerita tentang rindu yang sedang menyinggah
tak sedar resah semakin bertambah
kenangan datang satu persatu
dan hati mula menangis hiba, sendu dalam diam
oh...rindu datang lagi, makin rapat
pedih...

04 November 2011

MENGERTILAH KASIH

Saat aku menyusuri jalan sendirian
hatiku tak diam berbisik
fikiranku tak diam berfikir
banyak perkara yang berlegar
hingga tumpuanku tak fokus pada jalan
mahu sahaja aku duduk di persimpangan hadapan sana
sambil menghirup teh o' halia panas kegemaranku
dan campak jauh fikiran yang sarat.

Sering aku merungut pada diri
resah yang mengekori buat aku tak tenang
gusar dan lelah hadapi hari yang mendatang
sampai bila harus aku berkeadaan begini?
bolehkah kamu hentikan penyeksaan ini?
sungguh aku penat untuk meneruskan
seperti aku tak mahu lagi bersendirian.

Andai kau selami hatiku
pasti tidak tergamak untuk lukai hatiku lagi
terlalu banyak calar dan parut yang bersepah-sepah
atas perbuatanmu yang di luar sedar
sakitnya lebih pedih dari dihiris-hiris
dalam lukanya, tak tersembuh.

Kau kejam...sungguh kejam
rindu yang kau sebut seperti tiada erti
hanya sekadar kata kosong
sayang yang kau ucap tiada makna
seperti ungkapan pada seorang teman biasa.

Aku mohon pada engkau
hentikan sandiwara kasih ini
berikan aku kesempatan kecapi bahagia yang aku ingin
izinkan aku cari kehidupan seorang wanita sempurna.