Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

29 March 2011

pantun buat kanda

kerana marahkan adinda
kanda merajuk kian lama
hilang terus khabar berita
tinggalkan adinda terpinga-pinga

dari jauh kanda memandang
tidak bertegur asyik berdiam
adinda tahu kanda meradang
kerana adinda bikin kanda geram

maafkan dinda wahai kanda
janganlah marah lagi pada dinda
dinda janji tidak ulang semula
andai sudi kita ulang semula