Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

26 December 2010

Cinta Remaja

nak kata dah kahwin
rasanya belum lagi
bila tanya bila nak kawin?

entahlah..... x tau lagi
perangai mengalahkan org dah kawin
berkepit sana-sini
padahal bukan muhrim
ikut trend masa kini.. heran.

pegang tangan tak takut dosa ke
berpeluk-pelukkan x tau malu ker
tak kasihan mak bapak ker
hantar suruh belajar kau buat leka
nak kata tak belajar agama
kecik-kecik mak bapak hantar
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa
sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar.

belajar tinggi sampai gayat
tp tak amal sepanjang hayat
islam tu kan penyelamat
bila nak amal.... tunggu sampai jadi mayat ?.

sana sini buat wayang
orang tengok naik bengang
itu belum lagi rumput kat padang
kalau idup sure kena terajang.

dulu masa single okey jer
sekarang dah couple banyak lak dosa
bila org tegur buat derk jer
apa kulit dah tebal nak masuk neraka?.

bila kena tangkap khalwat
buat muka jadi kelat
malu mengalahkan ikan jelawat
tambah muka penuh jerawat.

masa buat x tau malu
ikut sangat telunjuk nafsu
buat maksiat x segan silu
sekarang lagu mana... susu dah jadi keju.

suruh sembahyang...nanti..nanti
boyfriend tepon terus pergi
nak bersyukur atas nikmat allah x reti²
boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji².

yang si mamat nie pun sama
suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama
mana taknya dah berjanji hidup bersama
sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama.

kesudahannya hari jumaat
org solat jumaat
dia bershopping bukan main ligat
layan awek sampai penat
kalau diri dah gatal sangat
kahwin jer cepat lagi selamat
ni couple takde matlamat
sajer suka² penuhi syarat.

org couple dier ikut sama
tak sedar diri tu papa kedana
papa ilmu papa agama
macam mana ' bercinta cara islam' itu nak dijana.

bkn mengata bkn mengumpat
siapa suruh buat wayang x bertempat
kalau x suka diri diumpat
jgn buat benda yg x tepat.

bonceng sana bonceng sini
bontot tertonggek x malu pulak
siap bangga x terperi
dapat peluk pinggang balak
balak kat depan mata melilau
awek kat belakang bknya nampak
siap mengurat muslimah yg pegi surau
silap hari bln sure kena sepak

awek pulak bangang,
perangai macam lalang
percayakan balak bergalang-galang,
yelah....balak cover, belum pecah tembelang...

pegang sana pegang sini
x takut ker susut nilai
kahwin belum tentu lagi
kalau x jadi x ker hilang permata bernilai
tulah... Tuhan bg akal x pakai
Tuhan bg hati x tahu menilai
diri sendiri yg lalai
baik buruk pun x reti nak nilai.

kalau org cakap marah,
bila org nasihat melenting,
"taulah...taulah xpayah susah²,
tau lak senyap bila dah bunting....

la ni baru nak ingat Tuhan
itupun nasib baik ingat
menangis dah x leh nak tahan²
baru sekarang menyesal bangat.

nasib baik Tuhan tu maha penyayang
itupun nasib baik umur masih panjang
ada peluang nak mengucap panjang
mintak ampun, panjat doa memanjang
perkara lepas jgn dikenang
pintu taubat terbuka luas
hidup bkn utk bersenang-senang
meraih & mencari redha Allah yg maha luas.

23 December 2010

Pulau Sepi

 Aku terdampar di pulau nan sepi
Dihanyut sang ombak hingga ke pesisiran
Lemah tubuhku menahan dinginnya air membiru
Di kala yang hening senja
Terdengar kicauan burung pulang ke sarang
Tiada teman di sisi jauhku terasing di sini
Kian larut dibayangi kelam malam
Hanya bintang bulan saksikan diriku
Hanya desiran pantai berlagu di gegendang
Hanya dedaunan liuk melambai ucap selamat malam
Berdarahnya hatiku hingga terpukul jiwaku ke mari
Hilangnya fikirku membawa akalku melayang
Maraknya unggun menghangatkan tubuh kerdilku
Tapi sayang…
Kasihmu yang kuharapkan
Tiada lagi marak yang menyengat hatiku…
Ku lihat indahnya ciptaanNya yang terbentang
Walau gelap dipandang mata kasar
Masih jelas kulihat dari mata hati
Ku rangkul erat diriku
Bayu sendu yang menyapa mengkhayalkanku
Jauh terimbau ceritera semalam
Hingga menyesakkan nafas seketika
Menghentikan nadiku yang mengalir
Tika aku kehilangan cintamu…
Kadang-kadang aku rasakan damai
Sendirian lewati sisa-sisa hariku di pulau terpencil ini
Tiada lagi dirimu yang asyik sakiti aku
Namun bagaimana hati mahu berbohong
Yang perlukan cintamu untuk bebaskan aku dari kesepian ini
Yang akan bawaku pulang temukan cintaku semula
Itu semua hanyalah sebuah harapan palsu
Rintih aku sendiri menghitung detik
Nantikan dikau yang tak akan mencari
Kerana sememangnya aku terlelap dari hidupmu
Lalu terjaga aku terdampar di pulau sepi ini…

Nukilan:
no-rulesz has’z

18 December 2010

Cerita di Desa II

Tempoh tiga tahun menetap di Tamparuli, Kota Kinabalu, Sabah benar-benar memberi pengalaman yang penuh makna. Jika zaman kanak-kanak saya dulu suka kehidupan desa, kini dewasa ia menjadi nyata dalam hidup saya. Tidaklah seindah seperti yang saya pernah sangka, indah selamanya. Hidup ni ada pasang surut, ketika ia manis semanis gula, ketika ia tawar tanpa sebarang rasa dan jika ia pahit boleh hilangkan selera...huhuuu... 


Realiti hidup memang banyak dugaan tapi harus kita percaya "tiap yang berlaku ada hikmahnya". Pengalaman mendewasakan kita. Kekurangan yang ada buat kita lebih berhati-hati untuk melangkah ke jalan seterusnya. Bukan maksud saya kehidupan ini penuh duka, tidak..hidup kita, kita yang corakkannya. Terpulang pada diri sendri "tepuk dada tanya selera".

Menetap di sini, saya tidak bekerja sepenuh masa, saya hanya mengisi masa ikut apa yang saya suka lakukan. Dengan minat yang ada, saya gunakan bagi perolehi duit belanja sampingan (kegunaan sendiri je) ."sambil menyelam sambil minum air"...♥ heheee..  Saya mengambil tempahan melukis dan mewarna mural untuk prasekolah dan saya juga mengambil tempahan kek (tidak lah sehebat mana tapi memang cukup rasa)....♥ heheee.. Cuma jika ada rezeki saya akan dipanggil menggantikan guru prasekolah / pembantu prasekolah untuk sementara waktu (biasanya menggantikan guru yang cuti bersalin). Tempoh 2-3 bulan saja. Tapi pernah juga saya membantu dalam tempoh yang lama, iaitu 8 bulan. Ketika itu di prasekolah SK Pekan Tamparuli, ia baru dibuka dan tiada pembantu, jadi saya ambil kesempatan yang ada. Memang berbeza kenakalan budak desa dan budak bandar. 


Terlalu banyak kenangan ketika di sana. Pada mulanya saya hadapi masalah untuk berkomunikasi dengan mereka (murid prasekolah). Kerana saya kurang faham apa yang mereka cuba sampaikan dan begitu sebaliknya. Seperti peristiwa yang masih segar di ingatan saya. Ketika dalam kelas, masa bebas :

Kisah 1
Saya : semua murid berkumpul dan kita akan bermian satu permainan
Murid : (bersorak gembira) yeeaaaaa...
* Saya mengira bilangan pelajar dan dapati kurang 3 orang.
Saya : Siapa tahu, mana Sherry, Mastura dan Maslina ?
Murid 1 : Cikgu, dorang main bertapuk di dalam toilet
* Bertapuk = Menyorok / sorok-sorok
___________________________________

Kisah 2
Saya : Siapa yang sepahkan mainan ni?
Murid : (semua diam tapi muka penuh tanda tanya)
* saya ulang soalan 2-3 kali tapi tiada jawapan. tiba-tiba ada seorang murid yang menjawab
Murid 1 : Cikgu, cikgu cakap apa?
* saya hairan bila ditanya kembali soalan tadi justeru saya ulang soalan, bersama gerakan tangan.
Murid : Cikgu, Sherry yang hambur. Sudah kami kemas tadi lagi. Tapi sherry hambur lagi.
* Hambur  = Bersepah / sepah
__________________________________

Hmmmm....itu lah masalah yang saya hadapi...huhuu.. Tapi itu dulu, masa mula-mula saya kenal mereka, selepas sebulan, saya tiada lagi masalah berkomunikasi. ..♥ heheee.. Bersama ini saya kongsikan beberapa perkataan sabahan yang biasa digunakan......♥ heheee..

Untuk anda "boleh bah kalau kau" ..♥ heheee..

Giuk = Ulat                                                 
Sia = Saya                                                   Kita = Kamu
Bangas = Basi                                            Teda = Tiada
Limpas = Tumpang lalu                        Minta puji = Mengada-ngada
Sigup = Rokok                                           Sumandak = Anak dara
Odu' = Orang tua                                    Palis-palis = Minta dijauhkan
Sulap = Pondok / rumah                     Roti = Biskut / Roti
 
18.12.2010 : 5.56 pm
comic_comot


masih punya story, ikuti sambungnya....♥ heheee..laayaaann...


15 December 2010

Jika AKu Jatuh Hati

Nuffnang Ads
Ianya bukanlah sebuah puisi, tetapi sebuah doa yang sesuai untuk kita baca dan dikongsikan di laman Tentang Cinta ini. Mudah-mudahan doa ini dapat kita amalkan agar kita jatuh hati pada seseorang bukan kerana dirinya tetapi keranaNya…
 
Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…
Amin ya rabbal alamin…

Copyright © 2007 - 2010
TentangCinta.Com

Danau Bawah Tanah Yang Indah

Sumbawanews.com
Pesona alam ternyata bukan hanya berada diatas bumi, tapi pesona tersebut juga ditemukan dalam tanah berbentuk gua. Beberapa gambar gua yang terdapat dibeberapa negara ini menunjukkan betapa hebatnya maha pencipta mencipta keindahan yang boleh diteroka. Tidak terjangkau oleh fikiran kita. Mari hayati bersama


Mellisani Caves


Cheddar Gorge Caves


Hamilton Pool


Reed Flute Cave


Luray Caverns, Virginia


Wookey Caves, England


Lechuguilla Cave


Macan Ché


Mexico


Banff, Canada

13 December 2010

Aku Tersedar

Aku Tersedar.....

Kekuatan imanku masih rendah
Mudah terpengaruh dengan keasyikan dunia yang indah
Sering tersasar langkah tatkala ditaburi janji manis si jejaka
Hampirku hanyut bersama arus masa
Kerana DIA aku terkaku seketika
Mengenang kejadian yang tidak disangka
Membuat hatiku merasa hiba
Tatkala hatiku sedar kesilapan dosa
Aku bersyukur pada  yang ESA
Kerana diberi kesempatan masa
Mencari jalan keluar untuk selamanya
Menuju ke jalan yang diredhai DIA.

Kupanjatkan doa kepada Ilahi
Moga imanku kekal di hati
Jauhkan segala sifat yang dikeji
Hindarkan aku dari dosa yang dibenci
Mulakan hariku dengan lebih bererti
Mengharap hidupku lebih diberkati
Dengan DIA sentiasa di sisi.

InsyaAllah...
Kerana DIa aku ingin berubah
Kerana DIA buat aku tersedar
Kerana DIA buat hatiku bersalah
Kerana DIA..aku redha..
Kerana DIA hidup aku akan lebih bermakna
Selagi dengan izin DIA aku bernyawa.

10.12.2010 - 9.55 am
comic_comot

Tika Kecilku

 Siri 01

Semua pernah lalui detik indah sebelum remaja
Bersekolah rendah yang penuh nostalgia
Menikmati kegembiraan sepanjang masa
Tanpa pernah mengenal erti dukacita
Tiap masa hanya ingin bermain sahaja
Nasihat ibubapa tidak diendah rasa
Asyik dengan dunia yang dicipta bahagia
Bersama teman sepanjang masa.

Terdapat suatu kenangan yang masih terpahat di minda
Di mana keseronokan berada di kampung menggamit jiwa
Tiap cuti sekolah kuhabiskan di sana
Bersama teman sekampung mengisi masa
Tidak mengenal penat dan waktu senja
Selagi tidak dimarah tiada yang pulang segera.

Satu detik yang masih segar kusimpan di dada
Saat adikku lemas dibawa arus tali air yang tidak disangka
Tanganku hulur menggapai bajunya
Tapi diriku terperangkap juga
Mujurlah antara kami punya taat setia
Membantu segera tanpa dipaksa
Menyelamatkan kami dengan segigihnya
Kami berpelukan seketika
Mengenang kejadian yang menimpa
Syukurlah kepada DIA kerana kami masih bernyawa.

Kehidupan di bandar buatku selesa
Punya teman dan ramai saudara
Tapi keinginan naluriku ingin ke desa
Menikmati suasana yang indah tidak terkata.

Suasana desa buatku jatuh cinta
Keadaan yang tenang buatku bahagia
Keindahannya lebih mudah dirasa
Berbanding bandar yang sesak sentiasa.

Oh Bandar Melaka...
Rindunya hati ini hendak menjejak ke sana
Menghabiskan hariku dengan keluarga bonda
Sekian lama tidakku menziarahi mereka
InsyaAllah akanku ke sana jika punya masa

11.12.2010 - 5.56 pm
comic_comot







Siri 02

Bila memori mengusik jiwa
Tersentuh hati bila mengenangkannya
Terlalu banyak peristiwa yang tidak boleh dilupa
Menjadi peneman tatkala hati berduka.

Yang indah biasanya sementara
Tiada yang kekal melainkan kehendak DIA
Hanya DIA yang mampu mengubahnya
Kerana DIA mengetahui segalanya.

Rindu aku akan sekolah lama
Tempat gudang ilmu mengumpul perlbagai cerita
Bermula kisah manis dan duka
Saat lalu terus berganti masa
Kini hanya tinggal secebis bahagia.

Mengimbas kembali zaman sebelum remaja
Ketika dibangku belajar mengeja
SK Taman Nirwana tempat aku bermula
Guru yang ada menabur jasa
Mencurah ilmu tanpa putus asa
Dengan bangga aku mampu berkata
Tengoklah diriku yang pandai mengeja
Hasil usaha guru, buat aku pandai membaca.

Tersenyum sendiri bila mengingat kisah duka
Apa yang berlaku masih segar walau dibawa arus masa
Kegagalan dalam percubaan UPSR buat aku didenda
Sedih hatiku tika itu tidak terkata
Mengalir jernih titisan air mata
Jalani hukuman kerana tidak berjaya
Dipaksa mengelilingi semua kelas yang ada
Dengan wajah sugul menanggung derita
Memberi pengajaran untuk tidak terus leka
Jelas terpacar wajah kecewa
Cikgu turut mengalir airmata

Namun aku syukur dengan denda yang diterima
Berkat pengorbanan guru yang tidak pernah putus asa
Terus berusaha lakukan yang terdaya
Membimbing kami hingga mendapat keputusan yang boleh dibangga
Dengan berkat ilmu yang ada
Keputusan yang diterima buat aku bahagia
Peratusan markah melonjak tinggi di luar jangka
Terima kasih kepada cikgu yang berjasa
Pengorbananmu tidak akan dilupa.

Selamat tinggal sekolah rendah yang kucinta
Kenangan indah bersamamu tidak akan dilupa
Menjadi memori tatkala sepi melanda jiwa
Akanku pahat sejarah kita selamanya

14.12.2010 - 9.41 am
comic_comot



Siri 03

Tiada apa yang indah melainkan kenangan lalu
Mengimbas detik dulu buat hati dilanda rindu
Tersenyum sendiri mengingat saat itu
Terasa ingin kembali ke waktu dulu.

Mengenang semula sisa hidupku dahulu
Meninggalkan sekolah rendah yang mendidik aku
Melangkah girang ke dunia baru
Sekolah menengah yang akan di tuju.

Tiada yang kekal di dalam dunia ini
Tiap yang bertemu pasti berpisah jua nanti
Hanya masa dan waktu menanti hari
Bila waktunya datang tiada siapa yang pasti
Teman di sisi telah pun pergi
Membawa haluan perjalanan hidup sendiri
Melangkah sayu menerima takdir Illahi
Namun perjalanan ini harus dijalani.

SMK Pandan Jaya kakiku melangkah pergi
Bermulalah saat remaja ku di sini
Berlajar segalanya tentang keasyikan duniawi
Disamping teman yang tidak pernah pergi
Menuntut ilmu dengan sepenuh hati
Berguru baru yang telah kukenali.

Di awal persekolahan banyak yang kupelajari
Ada tambahan subjek yang perlu aku amati
Demi mengorak langkah dengan lebih berani
Puasku jelajah aktiviti sekolah dengan sesungguh hati
Pengawas Pusat Sumber aku turut perolehi
Membuat diriku rasa lebih dihargai.

Terlalu banyak aktiviti yang aku ceburi
Bermain bola baling yang paling digemari
Hasil didikan cikgu yang paling kusayangi
Cikgu Herman nama yang tidak pernah kulupai
Merangkul kejayaan tiap kali mewakili
Membanggakan sekolah bila johan kami genggami
Betapa indah saat yang dilalui
Seolah semalam baru melepasi
Terima kasih buat cikgu yang berbakti
Jasamu bukan sekadar mencurah ilmu kepada kami
Buat perjalanan hidupku lebih lengkap dengan memori.

Terima kasih cikguku

13.12.2010 - 1.38 pm
comic_comot


10 December 2010

Kata Hati

 Kata Hati
Kalau cakap pasal soal jawab hati ni memang susah. Kalau terlebih nanti ada yang tersalah faham, tapi kalau terkurang ada yang kecil hati..pergghhh...memang leceh. Hati sendiri mestilah nak kena jaga, hati orang lain pun nak kena jaga..huhuhuuuu...apa lagi kalau kekasih hati. Banyak ragam, banyak songeh dan banyak pe'el.

Yang peliknya, dalam susah-susah nak menjaga hati, masih ramai yang berani bertaruh untuk memenanginya. Lelebih lagi berkait cinta...huhuuu parah..memang parah...

C.I.N.T.A...hmmm...bab ni lagi susah, kerana ia bukan saja ada kaitan dengan hati tapi banyak kaitannya. Contoh seperti rindu, benci, sayang, dendam, suka dan yang sewaktu dengannya. Kalau nak tau lebih lanjut tanya pada diri korang sendiri, apa rasa cinta dan mencintai...heheeeee

Pernah dengar "Cinta tidak semestinya memiliki dan memiliki tidak semestinya mencintai" hmmm memang sadis kalau terkena nasib macamni, maunya tidak, terpaksa berkorban demi kebahagiaan orang lain. arrgghhh...palis-palis (minta2 di jauhkan)

Kita ni sebenarnya semua sama, cuba tengok, rambut sama hitam, tangan ada dua, kaki ada dua, hidung ada satu, mata sepasang, telinga sepasang dan punyai hati dan perasaan. Yang membezakan kita dengan orang lain ialah niat kita, cara pemikiran kita dan perasaan kita. Saya tahu masih ramai yang tidak memiliki seperti apa yang kita miliki, itu semua kehendak DIA, dan setiap kejadian itu ada sebab dan musibahnya.

Kepada pasangan yang baru nak bercinta, atau yang sedang hangat bercinta, atau yang sedang putus cinta, beringatlah sesama kita, tiada yang kekal dalam dunia ni melainkan DIA. Oleh itu hargailah apa yang kita ada dan sayangi orang di sekeliling kita kerana kita tidak tahu bila kita akan kehilangan mereka.

10.12.2010 - 8.59 pm
comic_comot


07 December 2010

PeNAt

Penat

Rasa penat sangat jalani hari-hari yang tidak pernah berhenti.
Tiap hari ada saja dugaan yang menyapa diri
Terkadang terasa berat untuk menyelami apa yang dirasai
Diriku lebih suka memendam rasa melayan sendiri
Biasanya akanku biar ia berlalu pergi
Bersama waktu yang terus meniti hari

Masa sememangnya tiada nohktah di hujungnya
Bergerak pantas tanpa kita sedar begitu cepat langkahnya
Hanya usia menghitung berapa jauh perjalanan kita
Tiada istilah penat bila kita sedang berbahagia
Tapi jika sebaliknya penat saja yang dirasai setiap masa

Kaki ini mula malas untuk melangkah lagi
Setelah laluan yang dilalui tidak memberi erti
Inginku berhenti tapi tiada tempat hendak kunjungi
Mencari teduhan yang boleh buatku rasa dihargai
Berpautku pada dahan bila penat menguasai diri
Akanku sambut kebahagiaan yang kembali
Hilangkan penatku untuk terus berlari lagi

Jika benar penat berlari
Jangan lagi berlari pergi
Berjalanlah dengan sepenuh hati
Hadapilah dugaan dengan berani

Berlari-lari tanpa henti
Mencari kebahagiaan kekal abadi
Jangan mengharap pada yang tidak pasti
Nanti kecewa merana diri

Tiada bahagia yang kekal abadi
Setiap darinya punya kisah sendiri
Dugaan akan datang silih berganti
Mematangkan fikiran tanpa kita sedari


08.12.2010 - 2.25 pm
comic_comot

Sepi

Sepi
 Berlabuh sang malam menyepikan diri
Tiada bintang bila dicari
Hadirnya nanti tidak disedari
Hanya malam yang kutemui
Terasa kelam hatiku ini
Jauh di sudut menjerit sendiri
Mengapa sepi datang lagi
Aku benci perasaan ini

Pegilah sepi tinggalkan aku sendiri
Tidakku mahu engkau kembali
Apa yang kuperlu bukan kau di sisi
Sinar harapan yang sedangku nanti
Akanku temui sinar yang kucari
Biar masa berlalu pergi
Hadirnya nanti memberi erti

Wahai sinar dengarkan suaraku
Memanggil manggil sayu namamu
Kembalilah dikau segera kepadaku
Menjadi teman setia di sisiku
Berjanjilah dikau kan menemuiku
Walau apapun yang telah berlaku
Genggam erat tanganku tiap waktu
Jangan pernah lepaskan jemariku
Dakaplah diriku agar tidak jauh darimu

Sinar yang kunanti pasti kembali
Aku yakin dengan janji manis yang ditaburi

Sepi..tinggalkan aku...

02.12.2010 : 8.45 pm
comic_comot

Cinta Sejati ?

Cinta Sejati ?

Zaman sekarang ni masih wujud ker cinta sejati
Pernah ke terjumpa atau terserempak cinta yang masih tulus suci
Rasanya susah nak cari cinta macam tu lagi
Kebanyakan sekarang cinta kerana body dan harta yang dimiliki
Rasa cinta tu senang je datang dan bila-bila masa saja boleh pergi
Kerana mereka anggap cinta itu boleh dijual beli

Geram tengok bila cinta disalah erti dan terlalu menguasai diri
Mereka guna kata cinta untuk kepentingan diri sendiri
"Habis madu sepah dibuang" itu ayat cinta yang telah dikhianati
Mangsanya wanita yang tidak pandai jaga kehormatan diri
Dibiar mahkota dimiliki oleh lelaki yang bukan bergelar suami
Padah diterima seorang diri, akibat janji yang tidak ditepati

Wahai wanita, jangan biarkan diri anda dinodai
Jagalah kehormatan diri anda dengan sepenuh hati
Jangan sekali-kali lemah dengan rayuan lelaki
Andai benar mereka cintai anda sepenuh hati
Hantarkan rombongan membawa adat rasmi
Biar hubungan yang terjalin lebih bererti dan diberkati
Dan pasti kalian berdua saling memiliki cinta suci


07.12.2010 - 9.10 pm
comic_comot




Oh Cinta

Cinta oh Cinta

Dulu cakap sayang sebab depan mata
Kini hilang bayang terus lupa kata cinta

Sayang kata benci itu memang cinta
Tapi kalau benci lebih dari sayang itu kecewa

Merana jiwa bila hati kecewa
Ditinggal kekasih bergelar buaya

Cinta bukanlah segala-galanya
Kerana cinta kita boleh alpa
Kerana cinta kita boleh merana
Kerana cinta kita boleh bahagia
Kerana cinta kita lupa dunia

Cintalah sepenuhnya kepada DIA
Hanya DIA yang paling memahami apa yang kita rasa
Hanya DIA yang lebih berhak menerimanya

Hanya DIA yang beri kita nikmat syurga
Tiada yang lain selain DIA yang Maha Berkuasa
 
07.12.2010 - 8.45 pm : comic_comot


06 December 2010

Masa Yang Berlalu

Masa ku yang berlalu

Cepat benar kau berlalu. 
Seperti mimpi indah bila mengenang kisah lalu. 
Kenangan yang selalu kurindu. 
Berjabat tangan tatkala bertemu, berganding bahu bila perlu. 
Kita sering menghabiskan waktu dibangku.
Meneliti buku saban waktu
Alam persekolahan yang penuh nostalgia syahdu..

Kini kulihat cermin wajah sendiri
Semakin diratah usia saban hari
Kenangan dulu tinggal memori
Tidak mungkin ia akan datang lagi
Demi waktu hari yang berganti
Semakin samar ingatan akan apa yang pernah dilalui
Kutersenyum sendiri tatkala bila mengingat ia kembali

Tiada kata mampu bicara
Untuk mengungkap pahit manis zaman remaja
Segalanya indah tatkala usia muda
Tiada kuasa hebat selain cinta
Saling merindu bersumpah setia
Sanggup berkorban apa sahaja
Cinta monyet yang tiada tandingannya

Masa tidak pernah berhenti berlalu
Saat yang dibawa terus menyapa bayu
Setiap detik yang datang kepadaku
Membawa sinar yang perlu ku tuju

Kini sepi terasa bila semakin senja
Berlabuh pergi zaman bercinta
Berpaut mesra pada kekasih yang ada
Mengharap kebahagiaan kekal selamanya

Cinta yang dulu sudah dimiliki
Berkongsi kasih dengan sepenuh hati
Kupanjat doa dari Ilahi
Moga mahligai indah terus berseri

07.12.2010 - 3.35 pm
comic_comot

Boring Lagi dan Lagi

 Boring ?
Bila boring datang lagi
Kepalaku pening cari jalan nak lari
Puas fb kulayan sendiri
Tapi boring tidak juga pergi

Habisku jelajah semua memori
Terus sang rindu mengetuk hati
Sudah boring kurasakan kini
Kurasa sepi bila kenangan kembali

Sepatutnya hari ini hari cuti
Tapi nasibku tidak menyebelahi
Kerana kerjaku makan gaji
Terpaksalah pujuk diri sendiri

Lepas boring layan fb tadi
Terusku cuba buka blog sendiri
Mana la tau boleh mengubat hati
Apa yangku rasa boleh dikongsi

Boring
Jangan berani datang lagi
Kini aku bukan lagi sendiri
Berteman fb dikala sunyi
Mencurah rasa diblog tikaku sepi

07.12.2010 - 1.37 pm
comic comot