Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

29 March 2011

pantun rindu

wahai kekasih tidakkah kau tau
hatiku merindumu selalu
setiap saat tidak pernah jemu
menanti kehadiranmu
dalam merindu ada sendu
buat dia yang tersayang
kalau teman bisa ceriakan diriku
pasti bahagia hatiku girang
dalam rindu terbayang-bayang..
pada insan yang tersayang..
luahkan kekusutan yang bersarang..
agar hati sentiasa girang
rinduku telah simpan di hati
biar baranya selalu hangat
kasihku pada dia tiada ganti
siang terbayang malam teringat
hebat sungguh penangan rindu..
siang malam terbayang bayang..
hebat sungguh kasih yang satu..
apa jua melanda hati tetap sayang..
bila kasih sudah disayang
bara benci pun jadi rindu
bila dia asyik terbayang
mulalah angau tak berlagu
ku tahu rindu mu makin kuat..
pantun rindu mu pun makin hebat..
penyakit angau susah nak rawat..
hanya tersayang yang mampu mengubat.
kerana rindu hati punya lara
kerana rindu jiwa sengsara
cakap pasal rindu tiada noktahnya
cakap pasal sayang panjang tiada penghujungnya
yang jauh lagi dikenang
yang dekat patut disayang²
kalau hati sudah berkenan
cemburu pasti tidak terlawan
kerana kasih cinta berputik
sejambak bunga hamba berikan
kerana kasih rindu berdetik
setaman bunga hamba turutkan
bila cinta mula dirasa
getaran hati mula bernyawa
bila kasih bercambah bunga
wangian penuh setaman angkasa
jauh hanya di mata
dekat yang tidak punya di sisi
jauh bukan penghalangnya
kasih terus mekar mewangi
sedangkan lidah lagi tergigit
apa pula suami isteri
sedangkan kasih boleh dikait
apa pula rindu yang dirasai
hatiku redup pandang hadapan
asyik teringat kasih yang merajuk
wahai kanda jawablah panggilan
adinda telefon ingin memujuk
bagaikan aur dengan tebing..
kasih sayang tak mungking terasing..
kasih suami tiada banding..
sayang isteri tak mungkin berpaling.
pokok rendang tidak berbuah
hanya bunga penuh bertompok
kasih pada abang tidak pernah berubah
makin hari makin tinggi dari pokok