Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

28 February 2011

dengarkan penjelasan

melatah sekilas pandang
menjeling sekali menoleh
tanggapan dihurai
benar atau salah dipinggirkan
hukuman tanpa pembelaan
penalti yang tiada keadilan
jangan begitu kawan
dengarkan dulu penjelasan
fahami kedudukan asal
biar jelas kekalutan
agar tiada dendam kemarahan

♥ ~ berikan kemaafan

laluan itu

lewat semalam
bicara kita tanpa bersua
imbas kembali kenangan lama
rindu hadir menitiskan airmata
terkenang dari kejauhan
pilu yang tidak tergambar
sendirian lewati malam kesiangan

lantas
berfikir aku lewat pagi ini
merewang jauh renungan tanpa batas
jauh tanpa arah
sendiri tidak pasti
kekeliruan yang menjadi-jadi
hingga kalut aku sendirian

mungkinkah aku keliru
mungkinkah aku berbelas
simpati yang tidak terucap
kasih yang telah berbagi
harapan yang kusandang
erat masih dalam genggaman

kembali aku bertekad
ingin kuteruskan perjalanan
walau punya arus deras berhari
sedia aku hadapi
tidak ingin menoleh kebelakangan
hadapan itu aku jejaki
ya,
langkah ini kuteruskan
peduli dengan kiri dan kanan

♥ ~ perjalanan yang diteruskan

27 February 2011

lari tanpa henti

aku ingin sekali berlari
jauh ke hujung sana
tanpa ingin menoleh
hanya berlari pandang ke hadapan

aku ingin berlari
hingga penat yang tidak terbagi
yang akan terhenti bila kaki tidak lagi mampu berdiri

aku ingin berlari
walau tiada teman di sisi
akanku teruskan biarpun sepi

♥ ~ berlari dan terus berlari

26 February 2011

aku tetap aku

aku tetap aku
walau masa berlalu
aku tetap aku

aku tetap aku
sepertimana yang engkau kenali dulu
yang berubah hanya waktu
tapi
aku masih seperti dahulu

aku masih aku
perubahan itu memang berlaku
tapi tidak hilangkan diri aku
ia sekadar getaran yang berlaku
pastinya
aku kekal seperti aku yang dulu

♥ ~ aku



jangan khuatir

masih di laluan itu
aku berjalan sendirian
kanan dan kiri aku menoleh
mencuri pandang sebaiknya
tiada niat menyinggah
perjalanan itu aku dahulukan
biar apa pun di hadapan
jangan khuatiri
aku tetap melangkah
cuma agak perlahan
♥ ~ langkahku masih di laluan yang sama

jangan lagi sendirian

dari jauh kau sendirian
duduk termanggu merenung sayu
perlahan aku hampiri
kududuk di sebelahmu
kau berdiam
tidak menyahut sapaan
kutenung wajahmu dalam-dalam
dari sepasang mata itu jelas kau keletihan
kepenatan menanggung rindu yang keberatan
tidak perlu ungkapan
mengerti aku dalam bisumu
kasihan pada engkau
sendirian meratap kesunyian
izinkan aku menemanimu
ingin sekali kupimpin tanganmu
biar turut merasai kepiliuan yang dirasa
inginku balut luka segera
sebelum bernanah menjadi kudis
izinkan aku
benarkan aku berada di sisimu

♥ ~ kunantikan jawapan darimu

kita yang dulu

bisikan yang lalu
jelas terngia sehari-hari
kata rindu itu
tidak berganjak walau seinci
siang ke malam
tidak sekali berhenti
rindu yang mengikut
tiap sudut pasti ketemu

di balik helaian buku
terselit sepucuk surat
rindu yang tertera di sana
cukup membingitkan
terpukul aku kisah dulu
lantas bayangan kita muncul
cerita kita yang tergantung
buat aku jadi rindu

biarkan tanpa kesudahan
nyata kini
laluan tidak lagi sama
harungi sahaja apa adanya
jangan pernah dikesalkan
kenangan kita biar tersimpan
jangan diungkit
biarkan
antara kita tamat cerita

♥ ~ kita yang dulu


kata kamu

tangan ini
digenggam erat sekali
kau bilang tidak mahu kehilangan lagi
walau esok belum pasti punya hari
kau tetap ingin berjanji

katamu
tidak akan tinggalkan aku sendiri
yang dulu jangan lagi dipeduli
kita mulakan segalanya di sini
menyusun langkah menghadapi hari-hari

♥~ renungan penuh erti

jangan lupa datang

lewat petang nanti
ketemu kita seperti kelmarin
di kedai kopi simpang dua
berkongsi rasa lagi
kisah semasa
cerita suka duka
bergosip
dan berteman tanpa sendiri
ada kamu
hilangkan sunyi
punya kamu
tersisa boring
jangan lupa pada janji
kunanti dengan pasti

♥ ~ tunggu saya yea

25 February 2011

esok kita 'dating'

esok yang ditunggu
entah suka entah resah
berdolak dalik rasa
pertemuan yang dirancang
penyelesaian yang belum ketahuan
petang nanti bersurai
jadi kenangan
nantikan dengan tenang
sabar dan tunggu esok yang datang

♥ ~ esok ...grrr..

katamu

lincah engkau melatah
tiap bicara hiris luka
tiada sempadan bersahaja
terpesok aku menerima

usah sergah sudut yang samar
nyatakan di terik sinar yang terang
andai benar tidak keberatan
tapi suara lantang terpekik

terkedu aku terkesima
menatap persatu kisah
terduduk aku mengenang
tidak terkata mengucap panjang

terngia tergambar bait kata
terpana mata memandang
runtuh rasa gelisah mendongak
terdiam aku berfikir sejenak

salahkan aku ♥ ~

illusi hari-hariku

pacarku illusi cinta
kami berkasih tanpa bicara
ketemu tanpa bersua
dalam khayalanku
aku bertemu dia
kekasih lama yang pernah dicinta
bertaut semula
bersulam penuh nostalgia

pacarku si illusi cinta
berpimpin tangan di arus masa
tidak keruan di lamun rindu membara
sadisnya
sekadar fantasi
pedihnya
ia tidak muncul hingga kini
asyik mengingatnya
aku sering di alam mimpi

mimpi dan illusi ♥ ~

coretan aku

itu aku
ditulis oleh aku
bukan hati yang tersembunyi
tapi cerita yang berkisah
bukan tentang aku
tapi tentang semua
mengenai pengalaman dan hikayat illusi
tidak bermusim
sekadar mainan fantasi
jangan lagi disangsi
jangan pernah tunding jari
lihat sendiri
tiada pengertian misteri

kerana aku ♥ ~

Itu yangku mahu

atas nama cinta
kita berkongsi segala rasa
kenyataan yang nyata
kita masih mencari bahagia
walau kita terlalu berbeda
walau antara kita punya jurang yang berbisa
walau jarak sering memisahkan kita
walaupun begitu hakikatnya
aku tetap bersyukur kerana punya cinta
tidaklah aku tamak
ingin miliki segalanya hingga ada yang kecewa
tidaklah aku tamak
ingin memiliki banyak cinta dalam satu masa
cukup sekadar punya kamu
memadai buatku
kerana dirimu melengkapkan hari-hariku
cukup ada cinta kamu untukku

itu sahaja yang inginku mahu ♥ ~

halaman yang kurindu

termanggu
di pondok usang jauh kutenung
terluas bentang tanah terbiar
rerumput kering tiada kehijauan
tidaklah sakit mata memandang
tatkala angin saling bertiupan
dedaun kering saling berterbang
jatuh ke bumi saling bertindihan
pemandangan yang hebat
pusingan keindahan alam
kehijauan segar
kekuningan kekeringan
berguguran dan penuhi ruang laman
terbongkok di sana
mencakar dan melonggok himpunan
setiap petang tidak jemu bertandang
membersihkan laman biar kemas di pandang
suasana yang asyik bila di kenang

halaman kampung yang kurindu ♥ ~

24 February 2011

sebuah pelayaran

sayang
detik yang berganti hari mengeratkan kasih yang terjalin
seperti satu illusi kisah cinta yang sukar dimengerti
ia seolah di alam fantasi yang menjadi igauan
namun ia benar-benar sedang kita alami
semakin jauh pelayaran ini
tiada lagi pantai yang kelihatan
benar,
kita jauh di tengah laut yang tidak bertepi
sesekali ombak memukul badai
tapi bayu tidak pernah berhenti menyapa
mabuk bukan lagi kepalang
tiap pukulan ombak sungguh mengkhayalkan
walau lenguh sebadan tapi asyik tidak kepenatan
tiada kata sebagai gambaran
benar-benar sebuah pelayaran

✿ ~ pelayaran

23 February 2011

benci yang merasuk

andai esok kita ketemu kembali
tinggal sisa yang terbagi
tidaklah ingin aku beri
akan aku simpan di sudut yang sepi
jangan kau tagih
kerana tidak sekali akan aku bagi
bukan engkau lagi di hati ini
kerana dirimu buat aku benci
benci dan benci sekali

menyulam rindu

di titian kasih itu
aku menyulam bibit kasih
dengan teliti aku kait satu persatu
aku cantumkan cebisan yang dulu
biar yang terlerai menjadi satu
saban hari aku mewarnai penuh syahdu
biru dan merah jambu pilihanku
biar berbeda tapi punya keserasian yang tidak pernah jemu
biru itu dia
dan merah jambu itu aku
kuhimpun semua yang ada
jelas bahagia tercipta

22 February 2011

aku yang berdikari

masa kian berlalu
tiada lagi kisah kau dan aku
terhenti seketika tanpa nokhtah
kau masih di sana
dan aku masih keliru

jauh berjuta batu
kenangan menguis pilu
hampir setahun berlalu
masih di takuk menghitung waktu

hati merundum mengingat kembali
aku di penjara seorang diri
tanpa bekalan diberi
terpesok aku di sudut yang sepi

kau tidak rasai seperti yang aku alami
kau tidak mengerti akan apa yang aku lalui
kau tidak mengendah akan apa yang aku jalani
kau biarkan aku terkapai sendiri berhari-hari

jangan lagi peduli akan aku hari ini
telahku bertekad untuk terus menyendiri
jangan lagi jejaki langkahku esok hari
biarkan aku mencari ketenangan sendiri

✿ ~ aku mampu berdikari

jahatnya dia

engkau
terkapai sendirian
merenung jauh saban hari
pasti mengenang nasib yang sedang engkau lalui
jahatnya dia
tinggalkan engkau seorang diri
seperti putus tali
engkau terawang-awang mencari hentian
mencari tempat teduhan
jahatnya dia
mengabaikan engkau tanpa peduli
dayus !!
dan dia tidak layak untuk engkau miliki
biarkan saja dia pergi
andai itu yang dia ingini
jangan lagi engkau paksa
lepaskan tangan segera
susun semula langkahmu, sayang
tabahlah hadapi hari muka
pasti bahagia engkau kecapi
walau lambat pasti engkau ketemui
bersabarlah....
kerana bahagia itu akan datang

✿ ~ comic_comot

Izinkan aku

sudut itu
bersahaja engkau biarkan
samar-samar kelam
kabut yang tidak terurus
mengapa demikian?
apa ruang itu tidak layak punya cahaya?
katamu, biarkan
tiada apa yang istimewa
hanya mengundang derita
kenangan yang sukar dilupa
aku mengerti
kerna dulu, di sudut sana
kau sering bercanda dengan dia
dan di sudut sana juga
kamu sering habiskan masa berdua
kini
dia telah tiada
hanya deraian airmata berteman
tanpa sebarang khabar kau ditinggalkan
dibiar tanpa pesanan
aku simpati
ingin sekali aku ubati lukamu yang ada
mampukah aku?
sudikah engkau beri peluang itu?
percayalah
aku pasti berusaha untuk bahagiakan dikau
hilangkah segala deritay ang engkau alami
dan pasti juga
aku kembalikan keceriaan di wajah yang kusam itu
izinkan aku...

✿ ~ comic_comot

21 February 2011

kamu

kamu
dalam diam memerhati
punya niat tersembunyi
salam dihulur penuh erti
bersama hasrat yang tidak diketahui
terkedu aku
menerima teman seperti kamu
khianati keikhlasan
berdongak jauh mengharap sesuatu
buat aku menjauhkan diri

kamu

belum cukup dikenali
tidak layak menyimpan rasa
jangan cemari persahabatan tersedia
tiada tempat untuk kasih yang bersisa
cukup sudah ruang dipenuhi
bukan sombong atau bangga diri
kenyataan yang pasti
kebenaran yang hakiki
kita tidak mungkin bersama

✿ ~

20 February 2011

seiring kita

berjalanlah seiring
jangan digusar jika tidak sekata
usah dirisau bila tidak sama
serasi itu tidak bermakna serupa dalam segala rasa
selagi bertolak ansur, serasi pasti wujud
mulakanlah langkahmu sayang
berpimpin tangan kita
biar satu persatu langkah kita susun
asal lambat
yang pasti aku tidak terlalu jauh ke hadapan
dan dikau tidak terlalu jauh kebelakangan

✿ ~ seiring kita yea...

bayangan rindu

kupandang hadapan
terlihat bulan
kurenung puas
ternyata ia khayalan yang datang
rupanya
aku sedang asyik membayangkan kita saling berdakapan
rindu padamu buat aku tidak sesaat tenang
ingatan jelas padamu, sayang
kupenuh tiap detik yang berlalu tanpamu di sisi
nyata dikau tetap tidak bersembunyi
masih berlegar dan keluar menyapa aku yang sedang sendiri
tersenyum aku sendiri
betapa kuat benar rindu ini

✿ ~ sesungguhnya memang dikau sedang aku rindui

penangan rindu

keheningan ini
rindu asyik mengetuk dedaun pintu yang tersembunyi
terdengar dari jauh sayup-sayup memanggil
lantas kujenguk ke jendela
hampa
ternyata hanya illusi mendengar suaranya
seolah dia ada di bawah sana
puas kumencari, menoleh
hampa sekali lagi
rindu yang mencengkam itu kini sedang aku rasai
perit...rindu pada dia

✿ ~ rindu sangat

19 February 2011

Iri Hati ?

bisikan yang kedengaran
menerkam kedamaian
nyaring dan sungguh sinis
dalam kesamaran
menghentak naluri
merintih hati
memohon simpati
pedulilah
jangan lagi pernah sakiti

✿ ~ jangan lagi benci

18 February 2011

jangan di sangsi

wahai kekasih yang kurindui
dikau senantiasa mekar di sudut hati
kasihku tidak pernah berganjak walau seinci
hanya padamu daku cinta sepenuh hati
cinta daku janganlah dikau curigai
'operate' lah dada 'xray' lah hati
jika dikau masih merasa sangsi
relaku belah hati ini untuk dikau lihat sendiri
tiap sudut tertera namamu sebagai pemilik cinta ini
sungguh..... !!

✿ ~ jangan lagi dikau sangsi

rindu dan cinta

datanglah kepada mereka yang mencari
ketemulah pada mereka yang kehendaki
bersapalah dengan berani
pasti kau akan di hargai

jangan hampiri dengan sembunyi
jangan lagi berlari menjauhkah diri
jangan pernah pergi dan tidak akan kembali

kerana kau dan dia
sering bersama
tidak terpisah lamanya

kerana kau dan dia
saling memerlukan
tiada indah jika sendirian

rindu dan cinta ✿ ~

17 February 2011

aku yang berlari

setelah penat aku berlari
ingin aku berteduh di sudut yang sepi
mengesat peluh yang membasahi
biar hilang penat yang dirasai

kaki ini ingin berlari lagi
berlari sekuat hati
menggapai apa yang di impi
biar terpaksa melalui ranjau yang berduri

demi hari yang aku lewati
tidak terdetik menyerah sebelum pergi
akan aku susun strategi demi strategi
agar tidak aku tenggelam dek arus yang aku hadapi

teduhan yang aku impi
tidak mudah pudar kerana terik mentari di siang hari
tidak mudah reput kerana hujan yang membasahi
tidak mudah roboh kerana panas yang menyinari
tidak mudah runtuh kerana ribut yang mendatangi

mampukah aku miliki
tinggikah permintaan yang aku ingini
banyak sangatkah keinginan yang aku impi

keikhlasanmu lebih memberi erti
kejujuranmu lebih aku hargai
kesetiaanmu lebih dari apa yang aku cari

keranamu aku di sini ✿ ~

Bulan yang terang

semalam kulihat bulan terang
asyik memandang
tidak jemu kupandang
jika dilihat dengan tenang
pasti terlihat satu bayang
seolah wujud ilusi di tengah bulan yang buat fikiranku melayang

pagi ini kulihat gumpalan awan
indah sekali dan sungguh rupawan
bila diamati penuh kesyahduan
pasti terbayang bentuk yang menawan
ilusi mula memainkan peranan
hingga asyik kutersenyum sendirian

betapa indah ciptaan Tuhan ✿ ~

15 February 2011

yang ku panggil

kupanggil tanpa suara
jeritan tanpa nada
bisikan demi bisikan
terkuat cuma
sembunyi di balik bayangan
hendak kusapa punya penjaga
hendak kujumpa punya pendeta
hmmm..ketahuan mencari jalan

✿ ~ penyelesaian mendatang

kau yang dirindu

andai dapat aku gapai awan di langit yang membiru
pasti penuh kata rindu yang tertera
di sanalah akan aku bercerita tentang rindu yang ingin aku utus buatmu
dan akan aku gantung senyuman manismu pada pelangi yang bertandang
supaya dapat aku melihat wajahmu dari jauh walau tidak ketemu
dan sang bayu yang mendayu akan bawa bisikan aku
supaya kau segera datang kepadaku bersama helaian rindumu
 
✿ ~ comic_comot

ada aku untukmu

di sebalik takbir unggu
jelas kau duduk sendirian
memandang jauh tanpa sendu
tiada kedengaran
sejenak aku melihat
kejauhan engkau berdiam
ingin kudakap lembut tubuhmu
menyelami hati dan jiwamu
izinkah aku
biar kita hadapi bersama
jangan disangsi apa niat yang ada
ikhlas kuingin menerima
kerana sakit melihat kau menderita
mari...bersandarlah padaku
kesudian ini tidak akan padam untukmu
sungguh,
ruang untukmu ada selalu

✿ ~

14 February 2011

hayati langkahku

selangkah kuambil
beratus di hadapan
berjuta kucari
hanya satu kutemui
tanpa menoleh
aku hayati penuh pasti
hargai sepenuhnya
akan dijaga milik kekal
tidak lagi kutinggalkan

✿ ~ comot makin pasti

cemburu itu

bersembunyi di sebalik bayang
tersimpan segala rasa
dari jauh kumerenung
satu sudut kumelihat
cemburu mula bertandang
tanpa kata
tanpa bicara
ia dirasa
bayang gelap itu
aku renung dari jauh
hendak hampiri
punya tembok tinggi
hendak kupanjat
punya duri di dinding
sekadar melihat
dari juah kuterus merenung
penuh erti
akan kusimpan sendiri

✿ ~

ceria yang hadir

lewat malam begini
jamariku masih asyik menari
tidak terlihat jarum beraksi
hilang mengantuk tatkala menatap puisi
mengisi saat penuh erti
berkongsi coretan di sini
komen seperti hujan tidak berhenti
asyik hayati hingga hilang rasa sunyi
keceriaan kukembali berseri
kulupa sesaat resah di hati
indah...sungguh asyik

13 February 2011

tamak waktu milik engkau

kerana rindu
aku tamak
seolah ingin takluki tiap saat
hinggap aku lupa
hingga aku terleka
maafkan diri ini
kerana telah berlalu
persoalan kau hadapi
hadapi dengan getir
pasti kau kecewa
maafkan aku sekali lagi
sungguh aku serba salah
yang teramat
maafkan aku..

✿ ~ comic_comot

kita yang berbeda

kita tidak sama
cerita kita berbeza
kita tidak serupa
hidup kita berbeza
kita tidak sekata
jalan kita berbeza
kita tidak serasa
jalan kita berbeza

cukup berbeza antara saya dan dia
simpang hidup berlain derasnya
laluan hidup berliku tidak rata

kerana itu
biarkan sahaja saya
jangan ungkit kisah saya
jangan cerita tentang saya
jangan lagi pernah tanya saya

kerana
saya sedih
saya terluka
saya cukup terasa

comic_comot ✿ ~

berdiam lebih baik

jangan sebut
diamkan sahaja lebih baik
jangan ucap
biarkan sahaja mungkin yang terbaik

sekali bersuara
kau kasar bicara
sekali berkata
kau hiris luka
sekali bercerita
kau menjaja berita

bukankah lebih baik berdiam

comic_comot ✿ ~

kehidupan sebuah pelayaran

bukan mudah jalani kehidupan
seperti belayar di lautan
akan dipukul ombak mengganas
akan dibuai bayu yang indah
layarkan sahaja ikut peraturan
jangan sekali berhenti di tengah lautan
masih jauh perjalanan yang perlu diteruskan
berlabuhlah jika pantai berdekatan

✿ ~ comic_comot 13.02.2011

keresahan itu

sejenak berfikir
jauh mata memandang
tidak jelas kelihatan
impian masih dalam tangan
keresahan yang panjang
penat seketika
di pohon itu berteduh
amati angin yang menyapa
indah...sungguh asyik
meneruskan langkah
jejak harapan
moga tercapai impian
InsyaAllah
moga semuanya dipermudahkan
amin ✿ ~

pedih merasakannya

hari yang panjang
berliku penuh simpang
dari pandangan jelas dilihat
jauh dalam sudut hati mengerti
tiada fahaman jelas
penilaian sendiri
berbisik bersembunyi
bicara yang menyakitkan
tempias yang tidak bertepi
perasaan tercalar puas
sedih merintih
diam sendiri
kecekalan disimpan
niat dipendam
khayalan dikejar
mengapa ?
biarkan...biarkan
pujuk sendiri jangan ditagih
jangan dipeduli sapaan yang datang
rasakan kini
sendiri...dan hayati sendiri

✿ ~comic_comot

kepastian

begini bukan selamanya
akan datang dan pergi
jangankan cerita
diam sahaja

saat itu
mengerti tanpa teman
sendirian bertatih
tiada tangan memimpin

kini dan esok
perjalanan diteruskan
tiada penghujung
mencari dan melangkah
mengharap kepastian

comic_comot ✿ ~

dipandang

gemerlapan neon di jalan
memukau mata memandang
tidaklah terlihat bulan di kejauhan
kerana asyik berpandangan
awas si mata
nanti ada yang cemburu
tidaklah dia berkata
hanya reaksi dapat di hidu

10 February 2011

beban rindu

aku memikul sesuatu di bahu
berat yang tidak kelihatan
besar yang tidak dapat digambarkan
perlu dipikul penuh kekuatan
dengan perlahan mengorak langkah ke hadapan
bagi tidak terasa hangat beban yang disandarkan
perasaan, ya perasaan yang kerinduan


11.02.2011 : 12.50 pm
✿ comic_comot

mawar vs tulip



aku tidak ingin mawar merah yang berduri
walau cantik dan harum mewangi
tangkainya penuh duri


berikan saja aku si tulip biru
tenang ketika dipandang
simple cukup memikat

benci rindu

benci dengan rindu
tapi kita selalu merindu
rindu tiap waktu
rindu yang tidak pernah berlalu

benci bila merindu
kerana rindu kita sendu
asyik merindu kita sayu
merindu buat kita pilu

mengapa perlu ada rindu
asyik merindu
sering merindu
dan merindu tanpa jemu

wahai rindu
jarakkan dirimu dengan diriku
jangan hampiri aku
kerana aku sengsara bila punya kamu
rindu, merindu dan asyik merindu
menyeksa jiwaku (~_-)

09 February 2011

kita yang merindu

rindu itu
rindu yang tidak pernah berlalu
saban hari mengetuk pintu hatiku
mengapa sering aku merindu
kerana rindu aku tidak menentu
siang malam hatiku sayu
pagi petang jiwaku sendu
betapa seksa menanggung rindu
andai mampu kau dengar rinduku
pasti kau kesal biar aku merindu

dalam tak sedar
kau menyeksa tanpa sentuhan
cukup dalam meninggalkan kesan
membiar aku terkapai sendirian
di laut kasih yang kita agungkan
hingga aku merintih belas kasihan
agar kau tidak lagi meninggalkan aku sendirian

aku mengerti
cukup memahami situasi
engkau tidak pernah berniat menyakiti hati ini
sedaya upaya kau cuba memberi tanpa henti
kerana terhad kita saling bersembunyi
di sebalik awan kelabu kita berlari
dalam samar cahaya kita menyayangi
percaya jodoh itu pasti kembali
buat kita yang saling menyintai

10.02.2011 : 11.23 am
comic_ comot ~ ♥

bisikan rindu

Kerana panggilan rindu
dikau ingin ketemu
cukup bingit jeritan itu
hingga buat dikau terkedu
segera ingin datang berjumpa denganku
dari jauh aku terus menyeru
namamu tidak lekang diseru
aku akan menunggu
dan terus menunggu
andai kau benar dengar jeritan rinduku itu
pasti kau datang tanpa mengira waktu
sungguh aku merinduimu

10.02.2011 : 11.00 am
comic_comot

08 February 2011

mata ini


mata ini
redup menatap
di genangi kristal jernih
di selubungi gegelung kelabu
tersalut helaian rindu

mata ini
memandang tanpa jemu
menatap tanpa terlihat
dari jauh merenung
berkelip atas nama rindu

09.02.2011 : 1.05 pm
comic_comot

kamu


kamu
hanya kamu
berjalan dalam benar fikiran
siang malam asyik ke hulu ke hilir
buat aku mencari tanpa jemu

hanya kamu
asyik melompat di tepian
dari pagi hingga ke petang
buat mata tidak jemu memandang

hanya kamu
asyik menari di bayangan
setiap detik tanpa penat
hadir mengamit rindu semalaman

hanya kamu
menyanyi berdondang sayang
buat aku terbuai rindu
ingin menari berpimpin tangan

hanya kamu
senyum manis tanpa jemu
buat hatiku tersentuh malu
senyuman indah yang sering aku rindu

hanya kamu juga
hidup ini hangat dan terisi
sejuta rasa yang sedang aku alami
buat diriku tidak sabar menanti esok hari

kerana kamu
aku merindu di sini
menjadi perindu tanpa henti
tanpa jemu merindu tiap hari

09.02.2011 : 12.50 pm
comic_comot

aku sebagai teman


andai ada antara kita yang terjatuh
akan aku pimpin tangannya segera
biar kurang kesakitan yang ada
agar tidak terus terluka

andai ada antara kita yang kecewa
akan aku hiburkan dengan tawa ceria
biar bergema bahagia di tiap sudut yang ada
agar terhapus kecewa yang tersedia

andai ada antara kita yang bersedih
akan aku dakap erat dengan penuh kasih
biar berkurang sendu yang ada
agar terbantut airmata yang ingin mengalir

andai ada antara kita yang putus cinta
akan aku jadi peneman yang setia
biar tiada kesepian yang dirasa
agar terubat rindu yang melanda

bayangan dalam mimpi

malam kelmarin aku bermimpi
didatangi seorang yang tidak di kenali
raut wajah suram tidak berseri
bila kucuba hampiri makin jauh dia pergi
telah kupanggil berkali-kali
tapi dia tidak peduli
aku cuba amati wajah tadi
aku cuba selami kotak memori
aku masih tercari-cari
siapakah yang begitu misteri
perlahan kaki melangkah hampiri lagi
kali ini dia tidak sedari
dengan perlahan lagi
aku menepuk dia di bahu kiri
segera dia menoleh ratapi wajahku yang pucat lesi
rupanya....dia bayang aku ketika sepi
yang suram tanpa teman di sisi
sadisnya wajahku tika itu
langsung tidak berseri
berbeza dengan saat ini
aku semakin segar dan berani
yakin dan berseri-seri
dan aku akan terus begini
lewati hari-hari bak bunga kembang mewangi
ya, semestinya...

08.02.2011 : 08.01
comic_comot

bicara tanpa suara

semalam dia datang
memecahkan sunyi malam
berbicara tanpa bersua
mengungkap rasa yang tersimpan
dia masih seperti dulu
mengharap sesuatu
tapi tidak berganjak dari hamparan kosong
aku simpati
mendengar luahan hati dia
dan aku tidak boleh menipu diri sendiri
aku masih sayang dia
tapi tidak seperti dulu
dan telah pun aku nyatakan
dia diam
tidak memberi sebarang kata
dan pagi tadi
dia tidak lagi seceria semalam
mungkin kecewa dengan apa yang telah aku kata
maaf, maaf, maafkan aku
hanya itu yang terdaya untuk aku bersuara

sendu

hatiku rajuk
diam sendiri
kupendam duka
bisu tanpa suara
jelas di muka
tiada lagi seri
sayu kerdipan mata
kelu lidah hendak berkata
menangis tanpa airmata
sendu tanpa hiba

kucing hitam

simpang yang baru aku lalui tadi
terlihat seekor kucing hitam
merayau mencari makan
sendirian tanpa teman
kesejukan dek hujan renjai
tiada teduhan dia berbaring
kesian...sungguh kesian

CoMoT iTU AkU

di sudut itu aku lihat
seorang kanak-kanak sendirian
asyik dengan gelagatnya
aku melangkah hampiri
yang aku lihat
wajahnya comot memikat
tercalit coklat di pipi yang gebu
kesedapan dia mengadap
coklat penuh di tangan
yang aku lihat
jemari penuh warna coklat
dijilat penuh nikmat
asyik dan sungguh memikat
bajunya comot penuh coklat
yang aku lihat
dulu aku juga begitu
suka akan coklat
lupa dunia sesaat
asyik dengan keenakan coklat
hingga comot wajahku
dan yang aku lihat
comot itu selalu denganku
nama yang cukup comel bagiku

08.02.2011 : 07.00 pm
comic_comot

dengarkan hatiku

hatiku runsing
serba tidak kena
mataku meliar menjeling
resah dan gelisah
sejenak berpikir
terus aku hubungi si dia
dengarkan suaranya
hatiku tenang
jelas diwajah hilang resah
berbicara dengan si dia
hatiku berbunga
wajahku kembali ceria
memang dialah pengubat jiwa
penawar duka hatiku
terima kasih sayangku

08.02.2011 : 06.45 pm
comic_comot

04 February 2011

Aku Sayang Ibu

pasti lena tidurku
malam ini aku ingin dalam pelukan hangat ibu
pelukan yang telah lama kurindu
kulihat wajah yang tenang
penuh kasih sayang
inginku dendangkan lagu buat ibu
biar tidurnya lena diulit mimpi indah
kugenggam lembut jemari ibu
agar tidak terjaga dari tidurnya

masih jelas diingatan
tika ibuku bekerja keras mencari rezeki
tiap kali peroleh gaji
pasti dikhabarkan pada kami
berpimpin tangan berjalan
nantikan ibu di Melati Corner
sebuah restoran makan kecil
di hujung jalan tempat ibu turun bas

tiba sahaja ibu, berteriak kami memanggil
mak, mak..sini... dengan girang
penat bekerja seharian
tidak halang untuk ibu terus senyum pada kami
ibu peluk kami seorang demi seorang
lalu dipimpin tangan yang bongsu
membawa kami ke restoran tadi
ibu akan belanja kami makan apa yang kami inginkan
itulah rutin tiap kali ibu dapat gaji

saat itu masih jelas diingatan
terasa betapa kasihnya ibu pada kami
kulihat semula wajah ibu yang sedang tidur disisi
airmataku membasahi pipi
betapa mulia hati seorang ibu yang aku miliki
aku sayang akan ibuku
aku usaha tidak akan membuat ibu menangis lagi
aku ingin beri ibu bahagia
aku ingin kongsi hidup selesa yang kurasa

ibu,
akak sayang ibu...

05.02.2011 : 1.10 am
comic_comot

Laluan

perjalanan hidup yang sukar diramal
mengatur langkah demi mencari kebahagiaan
bukan mudah mengapai apa yang diimpi
tiap darinya punya kisah tersirat
pengorbanan yang tidak pernah bernoktah
berliku, bersimpang, berbukit dan bergunung ganang
kupenuhkan kesabaran dalam hati
mencari titik kepastian
dengan harapan langkah tidak tersasar
belajar percayai apa yang tersurat
tapi hati ini takut
puas dipujuk
tapi masih kecut
kuberikan masa
untuk belajar menerima
untuk belajar memberi peluang
moga sinar untukku tersedia
diharap permudahkan segala laluan

05.02.2011 : 12.37 am
comic_comot

penantian yang sia-sia

gelap
tanpa sebarang cahaya
aku meraba mencari lilin
mengharap sedikit sinar
kupeluk erat patung kesayangan
biar kurang takut dalam diri
kujengkuk ke jendela
mengharap seseorang pulang
dakap erat tubuh yang dingin
redupkan hati yang kekalutan dek gelita
tapi
hingga terlelap aku menunggu
tidak seorang pun yang datang
aku masih sendiri dilewat pagi
ditemani cahaya lilin yang hampir padam
hati merintih memohon simpati
kesal kerana tiada yang mendengar
aku menangis sendiri
mengharap siang pagi segera datang
ternyata penantian sia-sia

04.02.2011 : 11.55 pm
comic_comot

Kenangan

kumemandang jauh ke langit
terlihat burung sekawan berterbangan
asyik hembusan angin lalu
kenangan lalu mula membangkit
jauh kurenung
terimbas kembali saat remaja
teman yang mengelilingi
alangkah indah
kisah cinta pertama
yang begitu asyik
semua kini tinggal memori
tidak pernah hilang
menjadi peneman tika kesepian
jauh perjalanan yang menanti
sabar dan tabah kusemat kemas
agar semua kumampu hadapi dengan tenang
selamat tinggal kenangan
akanku simpan di kotak memori
selamat datang laluan kehidupan
akanku hadapi dengan berani

04.02.2011 : 11.13 pm
comic_comot