Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

29 March 2011

perjalanan sunyi

semalaman aku mengemis kasih
tiada sudut tempat aku duduk bersimpuh
jauh berjalan tanpa hentian
sesak yang tiada dalam tangisan
terpingga aku sendirian
nun jauh seberang penuh kekalutan
sayu
hatiku tidak lagi berlagu
yang tinggal hanya sendu pilu
namun
berubah segalanya
saat berlabuh di pinggiran jalan
dia memanggil beri perhatian
tersentuh hati dalam gerimis
dan
saat mentari kembali pagi ini
dia berjabat penuh kemesraan
dihulur salam tanda pendamaian
senduku terus sembunyi
bawa bersama resah di hati

maafkan diriku

sayang,
terima kasih kerana memaafkan keterlanjuranku
berhari lamanya dikau berdiam diri
hingga hatiku kejang tidak dipeduli
sakitnya tidak terucap tika hadapi

sayang,
diriku tahu engkau begitu terluka
dan hatimu remuk dek keterlanjuranku
memang layak untuk dikau marahi aku
tapi janganlah begitu lama rajukmu

sayang,
kasihku yang tersedia untukmu tidak bercabang
sehala dan tiada dua di kiri dan kanannya
hanya kamu, tiadalah yang lain
berikan ruang hatimu untuk percayaiku

sayang,
tiada had waktu untuk kita lebih mengenali
sepanjang zaman kita boleh terus saling memahami
pegangkan segala apa yang telah dijanji
berikan masa untuk kita saling buktikan janji diucapi

pantun buat kanda

kerana marahkan adinda
kanda merajuk kian lama
hilang terus khabar berita
tinggalkan adinda terpinga-pinga

dari jauh kanda memandang
tidak bertegur asyik berdiam
adinda tahu kanda meradang
kerana adinda bikin kanda geram

maafkan dinda wahai kanda
janganlah marah lagi pada dinda
dinda janji tidak ulang semula
andai sudi kita ulang semula
 

pantun rindu

wahai kekasih tidakkah kau tau
hatiku merindumu selalu
setiap saat tidak pernah jemu
menanti kehadiranmu
dalam merindu ada sendu
buat dia yang tersayang
kalau teman bisa ceriakan diriku
pasti bahagia hatiku girang
dalam rindu terbayang-bayang..
pada insan yang tersayang..
luahkan kekusutan yang bersarang..
agar hati sentiasa girang
rinduku telah simpan di hati
biar baranya selalu hangat
kasihku pada dia tiada ganti
siang terbayang malam teringat
hebat sungguh penangan rindu..
siang malam terbayang bayang..
hebat sungguh kasih yang satu..
apa jua melanda hati tetap sayang..
bila kasih sudah disayang
bara benci pun jadi rindu
bila dia asyik terbayang
mulalah angau tak berlagu
ku tahu rindu mu makin kuat..
pantun rindu mu pun makin hebat..
penyakit angau susah nak rawat..
hanya tersayang yang mampu mengubat.
kerana rindu hati punya lara
kerana rindu jiwa sengsara
cakap pasal rindu tiada noktahnya
cakap pasal sayang panjang tiada penghujungnya
yang jauh lagi dikenang
yang dekat patut disayang²
kalau hati sudah berkenan
cemburu pasti tidak terlawan
kerana kasih cinta berputik
sejambak bunga hamba berikan
kerana kasih rindu berdetik
setaman bunga hamba turutkan
bila cinta mula dirasa
getaran hati mula bernyawa
bila kasih bercambah bunga
wangian penuh setaman angkasa
jauh hanya di mata
dekat yang tidak punya di sisi
jauh bukan penghalangnya
kasih terus mekar mewangi
sedangkan lidah lagi tergigit
apa pula suami isteri
sedangkan kasih boleh dikait
apa pula rindu yang dirasai
hatiku redup pandang hadapan
asyik teringat kasih yang merajuk
wahai kanda jawablah panggilan
adinda telefon ingin memujuk
bagaikan aur dengan tebing..
kasih sayang tak mungking terasing..
kasih suami tiada banding..
sayang isteri tak mungkin berpaling.
pokok rendang tidak berbuah
hanya bunga penuh bertompok
kasih pada abang tidak pernah berubah
makin hari makin tinggi dari pokok
          

28 March 2011

aku yang resah

semalam yang lewat
debaran yang hilang
hangatkan suasana
resah
girang
pedih
bahagia
terperuk sana
perasaan yang pelbagai
dihitung persatu
dilerai dengan tangisan
kemaafan diminta
amarah berterusan
kelewatan penjelasan
konflik berganda
diam dan bersepi
luruh kasih
namun
dikau tetap di hati
biar apa katamu
cinta tetap milik kau yang satu
jangan dibenci
sekalipun jangan bilang pergi
janji pasti ditepati
itu janji
masa akan buktikan

27 March 2011

cinta kita

cinta itu milik kita
walau ia pernah hilang jejak suatu tika dulu
walau ia tidak dilafaz dengan tepat sejak dulu
kita sedia rasai kehadirannya
tersimpan di suatu sudut yang amat dalam
tanpa pengakuan tulus
tanpa pengertian kata
cukup mulakan bibit cinta
dalam tak sangka ia bercambah
tapi terhenti di simpang yang tiada penamatnya

cinta itu milik kita
bertahun lamanya tersembuyi
hari ini, saat ketemu kembali
kita saling merasa bahagia
lantas kita akui rasa cinta
tanpa sangka cepat benar ia bercambah menjadi bunga
berhari ungkapan cinta sesama kita
seiring rindu yang sering kita rasa

berbunga cinta

 hatiku berbunga lagi
seperti remaja dalam hangat bercinta
tiap detik, buatku tersenyum sendiri
takjub sungguh perasaan ini
hangat sungguh cinta ini
terasa benar kuat bahang asmaranya
rindu yang datang mencengkam rasa
hingga aku resah menanti untuk bersua
oh cinta....
hangat genggamana tanganmu masihku rasa bahangnya
hingga aku tersipu sendiri
mengenang saat kita berdating
kasihku...
tahukah kamu sayang,
betapa syukurnya aku tika bertemu denganmu
hari-hari yang berlalu amat bererti buatku
hingga lupa akan derita rungsing yang kuhadapi
bahagianya aku...
berjanji denganku sayang,
cinta untukku tidak sekali kau hentikan
melainkan maut menjemputmu
pahat dan ukir namaku dalam hatimu
biar berbekas dan tidak boleh hilang
kerana namamu sudahku ukir dengan jelas
sampai kapan pun tidak akan hilang

berlari

 mari kita berlari
lari dari segala yang dibenci
sambil kita perhati pelangi
melalui denai sambil menjeling
berhenti seketika nikmati aiskrim
samar kedengaran kicau burung menyanyi
berteman sinar mentari
kita nikmati sambil memerhati
alangkah indah ciptaan Illahi
begitu megah alam duniawi

aku yang asyik

 aku yang asyik
berkejaran hingga kesiangan
lewat malam baru kepulangan
lenanya sedetik cuma
mimpi yang tiada

aku yang asyik
menguis tiap hari
di laman padang yang luas
di bawah terik berpulh keringat
rehat yang kurang
santai yang sekejap

♥ ~ tiada perhentian dalam pencarian

sang malam

wahai sang malam
segeralah dikau berlalu
biar esok kesiangan cepat kembali
bersama cerah mentari menyambut bahagiaku
moga esok
dipermudahkan segala urusanku
tercapai persatu apa yang sedangku tunggu
setelah kian lamanya di nanti
insyaAllah...

26 March 2011

pemberianku

masih ingat tanda ingatanku
jauh seberangku beli istimewa buatmu
penuh kasih sayang saatku memilihnya
merah tanda hangat yang tidak kunjung padam
membara senantiasa rindu buatmu
apakah kamu suka
ngam dengan selera kamu ?
kuberharap ia cukup bererti buat kamu
dan selalu ada sama kamu

sepi yang terasing

sepi itu mengajar aku
erti sendirian
dalam kesabaran
mencari diri sendiri
mengenal siapa diri
penat mencari
sepi kian pergi
didatangi pula sunyi
dalam diam menyapa tanpa pasti
tidak dipeduli
merintih rajuk
hati memujuk
dibawa keceriaan
berharap tiada lagi sepi dan sunyi
yang hanya bahagia menanti
mungkin
bila tiba tidak pasti
yang nyata sabarlah menanti

saat itu

saat itu
aku terdampar di padang luas
rerumput meliar
langitku lihat jingga
sendirian berbaring

saat itu
melalui sungai mengalir
batu di pinggiran
dedaunku lihat kelabu
sendiran berendam

saat itu
di sebuah pondok
tanpa penghuni
mengjenguk tiap ruang
terpandang sudut indah
di sana aku bersandar

sakit cinta

aku demam cinta
berikan bius asmaramu
bersama ubat rindu
agar kurang panas badanku

aku sakit rindu
berikan aku ubat kasihmu
bersama secawan manis senyumanmu
agar kembali ceria di wajahku

25 March 2011

Kasih Sayang Mengikut Bulan KeLahiran

Januari
 
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
 ———— ——— ——— ——— ——— ——————
Februari

- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang
tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
———— ——— ——— ——— ——— —-
Mac

- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan ta npa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— —–
April

- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— ——— -
Mei

- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control @ King Control).
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai
memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
———— ——— ——— ——— ——— -
Jun

- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— –
Julai

- Amat sukar didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Su ka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
———— ——— ——— ——— ——— -
Ogos

- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
———— ——— ——— ——— ——— –
September

- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
———— ——— ——— ——— ——— ——
Oktober

- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— -
November

- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— —
Disember

- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

kerana cinta dia

kerana dengan cinta
aku merindu dia tiap hari
kerana dengan cinta
aku resah menanti dia tanpa henti
kerana dengan cinta
aku menyayangi dia sepenuh hati

biarlah walau tidak di peduli
kasihku tetap bersemi
biarlah dia tidak merindui
kasihku tidak jemu menanti

di mana kamu

sayang,
mana dirimu saatku perlu
jarang benar merisik khabar
hingga sering aku merindu

sayang,
mengapa lama benar menyepi diri
sibuk sangatkah dengan tugasan harianmu
hingga tiada masa untukku

sayang,
dikau bukan seperti yang pernahku kenali dulu
jauh benar, banyak sungguh bezanya
mengapa ?

sayang,
pulanglah segera kepadaku
sambutlah rindu ini dengan segera
sebelum lemas aku sendirian

andai aku orkid

andai daku setaman orkid
tiada wangian penuhi ruang
cuma pesona buat yang memandang
dalam bunga yang tiada duri
bukan mudah untuk berdiri
dalam punya warna yang berseri
tidak selalu memikat hati

si rindu berlagu

wahai sang rindu
di malam yang sepi ini
hatiku begitu sayu
inginku memanggil pujaan hatiku
tapi jauh nun di sana
entah kan sampai seru rinduku pada dia
boleh kamu menolongku, wahai si bayu
sampaikan salam rinduku pada pujaan hatiku
katakan padanya aku ingin sekali ketemu
sudilah kiranya dia menemui aku yang merindu
agar tiada beban rindu di bahuku

♥ ~ rindu detik kami ketemu dulu, sungguh

sendiri merindu

bila mengharap pada yang tak sudi
hati merintih dalam sepi
entah mengapa kasih dicari
sedangkan tidak dipeduli
kepuasan merindu berhari
tapi tidak dibalas dengan peduli
kejamnya dikau
buat daku merindu sendiri

24 March 2011

bicara kosong

nama pun manusia
mereka tidak pernah berhenti mengata
selagi mereka mampu bicara
tentang apa saja menjadi topik cerita
berdiam lebih baik dari berkata
kerana tiap bicara kita mampu menyakiti
tentang cerita boleh bohong
tentang rasa sendiri tahu
tentang bicara siapa kita untuk tentukannya
paling nyata dalam hidup
jangan mudah percaya pada kata
 

merindui kamu

kau dan aku yang saling merindu
jauh berbatu mengharap ketemu
berhari-hari menanggung rindu
resah dan hiba tatkala rindu bersat
u

cemburu dan rindu

cemburu kerana sayang
bila terlalu sayang, cemburu bisa menguasai
rindu kerana terbayang
bila terlalu terbayang, rindu bisa angau berhari

ada apanya

ada apa dengan cinta
buat hati bikin resah
siang ke malam tak tentu arah
ayik terbayang pada si dia
merindu bagai nak gila
asyik termimpi dalam lena

ada apa dengan rindu
baru ketemu sudah merindu
tiap detiik asyik menunggu
merindu tanpa jemu
dalam resah rindu selalu
buat hati kepingin ingin keremu

couple yang dicemburui

sesekali hati rasa cemburu
melihat teman semua berpacaran
berdating ke petang
berpimpin tangan seiring
duduk bercerita dengan mesra
sambil nikmati aiskrim di taman bunga

23 March 2011

salah siapa

atas sebab percaya
kita berkongsi cerita
tapi bila dijaja, lain jadinya
manusia..manusia
kekadang kita alpa salah diri kita
mereka-mereka hanya lihat dengan mata
mendengar dengan telinga
tapi yang nyata
mereka tidak tahu sejauh mana kebenaran yang ada
atas dasar cerita-cerita
mereka mudah percaya
tidak pula selidik apa yang nyata
tiada pula yang mencari apa puncanya
cuma
menyalahkan dan terus bicara tanpa bela
itulah hukuman manusia
tiada bicara
tiada keadilan
merekan yang tentukan
salah dan hukum tanpa kasihan
adil ker?
boleh ker?
hmmm.....
jangan lupa
kita juga manusia biasa
yang tidak terlepas dari dosa
cuma terkadang kita alpa

hatiku berbunga lagi

hari ini kan, penat sekali, dari perbuatan hingga apa yang difikirkan, letih yang amat, hingga sendu berulang, hingga hampir mengeluh panjang.

tapi kan, nasib baik sekali, pokok yang sering saya berteduh, memanggil dengan mesra, diberi saya teduhan yang cukup sempurna, hingga tiada tempias terik mentari kena di muka.

kini kan, sendu saya tiada lagi, ceria saya kembali seperti pelangi, dengan panggilan si pokok tadi, buat hati saya sayu sekali dan terasa bahagia dihujung jari.

saat ini kan, saya tukar cara berpuisi, sudah 2 hari hati menangis sepi, dan kini saya mula dengan ceria yang ada di hati, syukur sangat2 kerana saya masih disayangi.

wahai pokok yang rendang, terima kasih kerana memberi teduhan, inginku bina sebuah pondok vistana, di bawah renekmu yang tenang, pasti hari-hariku penuh kasih sayang.

♥ ~ hatiku berbunga lagi

kamu jahat

tahukah kamu
betapa sakitnya hati ini
saat aku sendiri
dikau tidak pernah peduli
saat aku perlu bantuan
dikau datang tanpa harapan
saat aku menangis
dikau biar senduku habis
arghhh...
benci...benci dengan kamu
sampai hati kamu
biar aku terkapai
biar aku kesedihan

♥ ~ jahatnya kamu

tanggungjawab ?

jangan sekadar tahu
tapi tidak mengambil tahu
jangan sekadar bercakap
tapi tidak cekap

tahukah kamu erti tanggungjawab ?
ia terletak di bahu
yang perlu dipikul
yang perlu di ambil tahu
yang perlu dijalankan bila perlu
yang perlu dilaksanakan selalu

bukan hanya
tahu apa makna tanggungjawab
tapi tidak laksanakan
sering tahu tidak guna
jika tidak pikul semahunya

dalam keliru aku pilih untuk berdiam

dalam penantian
aku banyak berdiam
dalam kebingungan
aku hanya merintih
andai penat aku berjalan
berhenti seketika di tepian jalan
mana tujuan aku berkira
belum pasti yang mendatang
kerana hari ini masih terkapai
esok atau lusa saling berganti
yang mungkin aku berdiam dirikan lagi
mengapa ?
usah ditanya
pasti hatiku tiada jawapan untuknya
berikan masa
bersama waktu kanku hitung
berlalu dan lebih tabah dari semalam

♥ ~ kekeliruan buat aku memilih untuk berdiam

benci dengan rindu

kau yang sering dirindu
buat hatiku tidak menentu
siang ke malam asyik mengenangmu
hingga lenaku kau hadir bersama sekuntum sendu
mengapa tidak sahaja dikau hadir di hadapanku
segeralah dikau ketemu denganku
berhadapan kita menempiaskan rindu
sungguh aku sentiasa menunggumu
hingga sesak nafasku menanggung rindu padamu
sampai hati kamu

letih dalam resah

resah
gelisah
sepanjang hari tak keruan

hati sayu
pilu
merundung sepanjang waktu

wahai hati,
mengapa dikau bersedih
mengapa dikau tidak seperti selalu
berdiam
dan hanya mengeluh

kerana kekalutan
aku bingung
benci memikir
dan penat untuk padangan hadapan

letih
asyik berfikir
asyik mengenang
sering sangat berlegar
hingga aku mengong

pedih..

sering sendiri
buat aku lebih berdikari
dalam sepi
aku menangis sendiri

letih dan penat yang amat
kakiku lesu

22 March 2011

mengenangmu

Termangu sendiri

Aku mengenangmu
Dengan sisa rindu
Yang terbuku jauh di sudut hati

Aku mengenangmu
Dengan cebisan cinta
Yang pernah dulu bertakhta dalam diri

Aku mengenangmu
Dengan alunan bayu
Yang mengungkap cerita lewat tersenyum

Aku mengenangmu
Dengan nyanyian merdu
Yang di dendang berlagu rindu

Aku mengenangmu
Pada helaian kertas
Yang mencoret puisi di sebalik pensil biru

Aku tetap mengenangmu
Pada mata kita jauh terpisah
Yang ada hanya ingatan wajah

Aku terus mengenangmu
Pada senyuman manis mempersona
Yang membuat hati gementar tatkala kita bersua

Tiada lagi yang tersembunyi
Segala sendu telahku kisahkan
Antara rindu dan bahagia
Yang tetap di kenangan tanpa jemu

bahagia ker ?

Bahagia ke kita bila ada yang sayang
Tetapi jauh dipandangan
Hanya hati dikenang-kenangkan
Bahagia ke kita bila sayang seseorang
Tetapi ada rintangan
Hanya cinta digenggam-genggamkan
Bahagia ke kita bila saling menyayang
Tetapi cinta terpaksa dipendam
Hanya rasa dikhabar-khabarkan
Bahagia ?
Yea, saya bahagia bila dihargai setulusnya
Tetapi tidak terlihat dengan mata kasarnya

dia datang

Dia datang
Saat aku termanggu
Bersapa lembut dengan senyuman manis

Dia datang
Saat aku celaru
Berkongsi cerita memberi pendapat

Dia datang
Saat aku sendirian
Bercerita sakan sebagai seorang teman

Dia datang
Saat aku berduka
Berpimpin tangan memberikan keuatan

Dia datang
Saat aku kesepian
Berdakap lembut memberi harapan

Dia datang
Saat aku memerlukan
Berserah diri untuk aku pergunakan

Dia datang lagi
Kini dengan harapan
Mengisi ruang kekosongan
Berterusan menyokong dibelakang
Berjanji tentang kebahagiaan

Aku ?
Masih terpaku sendiri...

rindu padamu

kau yang sering dirindu
buat hatiku tidak menentu
siang ke malam asyik mengenangmu
hingga lenaku kau hadir bersama sekuntum sendu
mengapa tidak sahaja dikau hadir di hadapanku
segeralah dikau ketemu denganku
berhadapan kita menempiaskan rindu
sungguh aku sentiasa menunggumu
hingga sesak nafasku menanggung rindu padamu
sampai hati kamu

selamat tinggal cinta

selamat tinggal cinta
aku berlalu pergi sendiri
dirimu tidak sekali akanku lupa
terkadang cuma mengintai memori

sesekali dirimu pasti aku rindui
walau cintamu tinggal secebis cuma
jangan pernah menyalahkan diri ini
kasih yang tersedia tinggal cebisan cuma

kekalutan

dalam penantian
aku banyak berdiam
dalam kebingungan
aku hanya merintih
andai penat aku berjalan
berhenti seketika di tepian jalan
mana tujuan aku berkira
belum pasti yang mendatang
kerana hari ini masih terkapai
esok atau lusa saling berganti
yang mungkin aku berdiam dirikan lagi
mengapa ?
usah ditanya
pasti hatiku tiada jawapan untuknya
berikan masa
bersama waktu kanku hitung
berlalu dan lebih tabah dari semalam

♥ ~ kekeliruan buat aku memilih untuk berdiam

21 March 2011

bila benci


kerana kau
aku begini
hadapi saat getir sendiri
jalani sesaat tanpa pasti
lalui lorong gelap bersembunyi

kerana kau
aku menjadi benci
benci pada diri sendiri
benci pada apa yang sedang aku hadapi
benci pada bahagia yang aku miliki
benci pada ceria yang aku rasai
benci pada keliling yang menguasai
dan benci pada kau kerana buat aku begini
kerana benci aku menangis sendiri

✿ ~ bila benci itu hadir sendiri

iri hati vs busuk hati

kenapa mesti iri hati
sedangkan kita punya laluan sendiri
mengapa ada yang busuk hati
sedangkan hidup di titian sendiri
kan bagus buat uji kaji tentang diri
belajar lihat orang lain berdikari
dan aplikasi untuk diri sendiri
bukan asyik jelous dengan apa yang orang lain miliki
huk...

macam belangkas

berkepit mengalahkan belangkas
yang dibelakang tidak dipedulikan
ke hulu ke hilir berduaan
asyik tayang konon romantik sakan
sakit mata yang memandang
bukan jelous atau naik heran
tapi bengang eksyen melebihi batas
huk..
wahai yang bernama insan
kot yea pun kamu berpasangan
tidak perlu tunjuk dengan perbuatan
berkepit depan khalayak ramai
hilang sopan tiada siapa nak pandang

20 March 2011

Kopi Cinta


Kopi Cinta
Kopi pahit tapi mampu beri cinta
Rasa kelat tapi punya peminat setia
Lahir cinta tanpa disedari jiwa
Dari mata singgah ke hati milik si jejaka.

Kopi Cinta
Lirikan mata mampu menggoda
Pandangan penuh makna berikan rasa
Cinta pertama tidak disangka
Mendebarkan jantung tatkala bersua.

Kopi Cinta
Hangat dihidang bersama cinta
Membuka selera haruman menggoda
Membangkit deria rindu membara
Lengkapkan rasa kopi cinta milik si jejaka

Aiskrim cinta

Aiskrim cinta ?
Semanis nama diberi
Sememangnya impian hati
Mampu dirasa mampu dikuasai
Dinginkan jiwa tatkala sejuk dirasai
Banyak perisa tanpa kita sedari

Aiskrim cinta ?
Indah namanya tapi susah dicari
Beri bahagia jika saling hargai
Mengundang derita bila ia dikhianati
Pasti kecewa tatkala ia pergi
Melekit sengsara perlu dicuci. 
Kenangan yang tercipta pasti jadi memori

C.i.N.T.a


♥ C.I.N.T.A ♥

C : Cantik pada rupa belum tentu serasi
I : Indah saat bermula tapi bakal datang sendu dihati
N : Namun tiada siapa yang ketahui
T : Tiap darinya bakal wujud cinta sejati
A : Atau hanya tinggal sebagai memori

suka dia

(~_~) •..•               
Saya saja yang suka dia                                            

Tapi dia belum tentu suka saya                                                     
Saya saja yang tunggu dia                                      

Tapi belum tentu dia terima saya                      

Saya saja yang nak dia jadi milik saya                
Tapi dia belum tentu nak miliki saya    
             
(^_^) ♥

Andai kata dia suka saya
Pasti saya orang paling bahagia 
Andai kata dia terima saya
Pasti dunia ini bagai saya yang punya
Andai kata dia milik saya
Pasti saya hargai dan terima seadanya

Tapi saya tetap tunggu 
Bila kasih mula merindu
Bila cinta mula diseru
Pasti bahagia datang bertalu
 

perajukku yang comel

si dia yang perajuk
buat aku terkulat memujuk
terguris sikit pasti merajuk
berhari tidak makan dek pujuk

si dia yang perajuk
buat aku tercari teknik memujuk
agar terlerai segera rajuk
biar tersenyum selepas dipujuk

rajuknya minta dipujuk
manja sungguh bila dipujuk
tanpa rajuknya aku merajuk
kerana rindu lihat dia merajuk

♥ ~ rajuk manjanya

saat berlalu

andai esok kasihmu bergolakan
jangan pernah mencariku lagi
kerana penantianku telah berakhir
penantianku telah berpenghujung
langkahku tidak berundur sama sekali

♥ ~ maafkan aku

maafkan aku

maafkan aku
tiadalah bijak menyusun kata
tapi hati ingin sekali bicara
bicara tentang cinta yang ternoda
tentang cinta yang tiada noktah

maafkan aku
mengapa cerita cinta kita berbeza
kisah kita tidak langsung punya sama
duniamu hilang sama sekali wangian cinta
yang ada hanya helaian cinta dusta

maafkan aku
ingin sekali aku melangkah
mengorak mencari padang yang luas
akanku pekik namamu dengan nyaring
biar dikau terkejut panggilan terakhir

maafkan aku
jangan lagi pernah ucap sayang
tidak lagi aku ingin terbayang
wajahmu telah siap aku padam
hingga tiada cebisan yang terbentang

♥ ~ pulangku dengan tangisan

apa benar ia miliku

bermaknakah tiap kata-katamu
atau hanya bicara tanpa noktah
dikau mengungkap segala janji setia
demi pertahankan cinta yang dikau punya

bermaknakah tiap rindu yang dikau lafazkan
atau hanya sebagai pelengkap bahang asmara
dikau berkata merindui aku setiap masa
demi pertahankan rindu yang dikau punya

♥ ~ benarkah katamu itu

inikah cinta

inikah namanya cinta
asyik terbayang merindu sentiasa
siang ke malam bahagia di rasa
terbuai selalu dek panahan asmara

inikah namanya cinta
saling mengungkap janji setia
mengharap belaian sepanjang masa
tiadalah jemu bertentang mata

♥ ~ inikah cinta

kau dan aku

kau dan aku
telah ditakdirkan bertemu
dengan tiba-itba kita saling jatuh cinta
ini suratan atau kebetulan
kita perlu hadapi kenyataan
antara kita telah punya jurang yang berbeza

kau dan aku
saling merindu setiap masa
tanpa ketemu kita saling berbicara
dari kejauhan rasa cinta bangkit semula
hingga aku hampir terlena
kerana asyik merasai sisa cinta yang ada

kau dan aku
mungkinkah bersama semula
mengukuhkan jalinan kasih mesra
yang dulu pernah hilang dek arus masa
kini bertaut setelah kian kalinya

♥ ~ kau dan aku punya rahsia

19 March 2011

tentang cinta

ramai yang bicara tentang cinta
mereka cukup suka bercerita tentang cinta
kisah cinta cukup buat orang teruja
saat cinta sedang berbunga, wangiannya tidak terkata,
jelas bahagia dimuka, senyuman terlakar tanpa diminta
bila cinta merasuk jiwa, dunia bagai milik kita
hingga kita lupa saat derita
cinta benar-benar buat kita bahagia


tapi
lebih ramai yang bicara tentang putus cinta
mereka meluah rasa cinta yang didusta
kisah cinta mereka cukup buat hati menderita
sayu dan pilu tatkala membaca coretan kecewa
cinta yang di dusta lebih buat hati terluka
segala janji dan setia entah hilang ke mana

cinta oh cinta
dikau memang hebat dalam memberi rasa
cukup semua rasa
kerana nama cinta
kita pernah rasa bahagia dan kecewa
dan
dengan cinta juga kita gembira dan mengalir air mata

saat aku terjatuh

jauh merenung
terimbas satu persatu
terkenang satu kisah
ketika aku jatuh di lopak lumpur
habis basah seluruh tubuh
dek lecak yang bercampur

kutoleh kanan dan kiri
berharap ada yang memerhati
lantas di sambut aku berdiri
dan pujuk sendu yang sedang aku tangisi
tapi
ternyata depan dan sisi sunyi
tiada yang sedang melalui
sendiri aku bangun
melihat luka di tangan dan lutut
perlahan aku lap dengan lembut

saat itu sayu sekali
terasa dunia aku sungguh sepi
pilu dan sungguh menyayat hati

hari ini
aku susun langkah dengan lebih teliti
supaya tidak lagi jatuh seperti kelmarin
telahku tekad untuk lebih tabah dan berani
dan tiada lagi sendu di hati

♥ ~ insyaAllah,.,,,

jadikan aku kesayanganmu

pimpin aku sayang
biar seiring berjalan denganmu

genggamkan dengan kemas jemariku ini sayang
biar tidak lagi aku terlepas dari tanganmu

dan berjanji denganku sayang
dikau tidak akan sesekali penat melayan kerenahku
dan dikau tidak akan pernah mengeluh dengan renggekan rajukku

sayang,
izinkan aku bermanja denganmu
berikan aku tempat untuk menerima sayangmu
dan
sediakan ruang untuk aku simpan kasihku dalam hatimu

♥ ~ buat dikau yang disayang selalu

jahatnya kamu

kerana kau
aku tidak bisa membenci
kerana kau
aku terlena sendiri
kerana kau
sisa rinduku bertaburan sana sini

kerana kau juga
hilang ceria yang pernah aku miliki
hari-hari yang aku lewati tiada lagi indah seperti pelangi

mengapa ?
aku sendiri tidak pasti
hatiku benar-benar kata benci
tapi jauh di lubuk yang dalam
tiada siapa ketahui
menjadi misteri
hingga aku sendiri tidak mengerti

♥ ~ jahatnya kamu buat aku membenci

18 March 2011

awan lambang cintaku

cintaku lembut seperti awan beradu
berarak bila ditiup sang bayu
hilang sekejap dek rajuk kelabu
tapi kembali menutupi langit membiru

jelas terlihat di atas sana
berselerakan penuhi ruang angkasa
tidak terkira betapa luas banyaknya
lihat awan, kau akan rasa cintaku ada

nyanyian rindu buat kekasih

lagu yang sungguh istimewa

Tiada yang lain yang ku cinta hanyalah padamu,.
Tiada yang lain yang ku rindu hanyalah dirimu,.
Dikaulah permata yang bersinar di kala ku kesepiaan,.
Tiada yang lain yang ku mau hanyalah kasihmu,.
Tiada yang lain yang ku puja hanyalah dirimu,.

Tak mungkin aku berpaling,berpaling mencari yang lain,.
Tak mungkin aku biarkan engkau merana,.
Aku cinta kepadamu sepenuh hati,.
Janganlah kau ragu kasih,ragu padaku,.
Sejujur niatku,niat bersama selama_lamanya,.

Ku nyanyikan lagu rindu buatmu kekasih..
Ku baca puisi syahdu,puisi kita..
Ku ingin kau di sampingku untuk sama-sama..

luka lama

bersendirian di rumah
duduk di satu sudut
lantas tersingkap tabir memori
yang terlihat luka
 
terkadang angin mendayu
dan membadai tabir jendela
sengaja dibiar terbuka sedikit dedaun pintu
biar punya kesegaran yang pesona
tapi tidak pula sangka
ia menyelak sebaris luka

kotak baldu biru


kasihmu
akanku simpan
kemas dalam sebuah kotak
cuma sesekali akanku keluarkan
biar tiada debu
biar ia tersimpan dengan baik 
terkadang cuma aku mengintai
pastikan ia sentiasa bernyawa

dodoi buatmu..

tidurlah wahai kandaku
pejamkan matamu yang layu
tenangkan hatimu
mimpikan indah buatmu

selamat malam kandaku
esok-esok kita ketemu
cukup sudah untuk malam ini
berehatlah segera
agar segar dikau esok hari

rajuk seorang teman

temanku sering merajuk
diam tanpa suara
puasku pujuk
esok-esok tersenyum sedia
rajuknya padaku
tanpa dia
hilang sinar hariku
dan
sepilah masa yang berlalu
kerana rajuknya pelangi hariku

datanglah mimpi

tidurku tanpa lena
pejamku terlihat samaran cahaya
sendiri menyanyi
berdondang sayang memujuk hati
minta pada sang mimpi
temukan aku dengan bahagia
biar terlihat ceria esok hari

selalu


sering dikau ada
saat luka dan kecewa
sering juga dikau ada
bila tawa dan gembira
senantiasa
tidak pernahku lupa

dirimu

lembut bicaramu
pesonakan hatiku
dari kejauhan dikau terusku rindu
sungguh

telatahmu mendamaikan hariku
tiap rajukmu menceriakan hariku
comel dan buat aku terus merindumu tanpa jemu

andai aku bunga

aku seperti bunga
yang akan mekar mewangi
dan akan layu bila tiba masanya
tapi
jangan terus dibuang
sudilah kiranya
sisipkan aku di sebalik helaian buku
biar dapat kekal di situ
walau tidak selalu di lihat
tapi mungkin terselak dan nampak aku

♥ ~ bunga tulip biru

terima seadanya

aku tertanya-tanya
tika sendiri di kamar semalam
fikiran jauh melayang merewang

mengapa aku sering rasakan
engkau tidak jujur padaku
kau hadir bila rasa aku perlu
lantas kau berlalu
diam tanpa cerita
sembunyi hingga hilang dari radar

kau sering memberi harapan
membiar aku khayal dengan impian
kemudian kau cipta landasan
entah punya hentian aku persoalkan

dan aku juga merasa
kau hulurkan tangan kanan
tapi di kirimu punya tanggungan
bukan aku tamat suruh kau lepaskan
tidak...
bukan itu yang aku harapkan
tapi mungkinkah di kanan ini kau abaikan
kerana kiri itu telah lama digenggaman

hmmm.. ??
sengaja aku tinggalkan tanda soalan
kerana takut buat andaian
dan tidak berani pandang jauh ke depan
kerana bimbang apa yang aku andaikan menjadi kebenaran

♥ ~ aku menerimamu seadanya

sambut tanganku

saat aku terkapai
kau datang dekat beri semangat
penuh ikhlas
perlahan tanganku hulur
kau pandang jauh ke dalam
memahami situasi
mencari pengertian di balik wajah

saban hari kau temani aku di sisi
menguatkan semula semangat
yakin dan tenang hadapi
satu persatu langkah kau tunjukkan
tanpa penat dan jemu kau perhati dari jauh
hingga aku temui simpang untuk di tuju

terima kasih
lengkap hariku kerana kamu
walau aku bukan milikmu
kau beri aku sandar pada bahu
kau beri aku tangisi sendu di tepimu
kau beri aku ruang kasih dalam sepiku
kau dakap aku tika aku perlu

hadirnya dikau amat bermakna
beri seribu hikmah
mengisi ruang kosong hari-hari
cukup indah

♥ ~ kasihmu menambat hatiku

17 March 2011

lewat malam semalam

kelam malam
memanggil kau dalam nada kerinduan
tanpa batasan
ingatan menerjah tiap ruang kamar
hingga aku terpesok
di sudut sana memandang luar jendela

kelam malam
perlahan aku meniup cebisan rindu
berdepan dengan sang bulan
berharap
kau mengingati aku selalu
dalam rindu kau tidak jemu padaku

♥ ~ lewat malamku

kasih yang bertaut

kau hadir
menyambut lembut tanganku
bersama sekuntum senyum
sejambak mawar merah jambu

kau tenung raut wajah
tanpa sepatah bicara
kau hampiri aku
dan dakap lembut hingga aku terkaku

pertemuan semula
kau menghangatkan bahang cinta
terkeluar rahsia
rupanya antara kita memendam rasa

kau dan aku
saling jatuh cinta
tanpa sebarang bicara kata
ia tersimpan dengan lamanya

dan hari ini
ketika bertemu semula
kita tagih sisa cinta dulu
dengan harapan yang meninggi

♥ ~ cinta kembali bertaut

datang bererti

kau selalu datang
mengetuk jendela hatiku
sering mengekori dalam tidak sedar
hingga berdebar tiap kalinya

andai kau tahu
apa yang terbuku di sudut hatiku
pasti kau mengerti
tanpa lagi punya rajuk tersembunyi

kau selalu ada
saat semua pergi
membawa khabar gembira
ketika aku diulit duka

♥ ~ jangan lagi pergi

luka hati

luka di tangan nampak dek mata
calar di kaki terlihat tika terselak
tapi kalau di hati?
sendiri yang rasa
mana ada orang nampak
akan ketahuan bila muncung panjang sejengkal
tidak pun
jelas kelihatan bila ngajuk berpanjangan

16 March 2011

tersentap

tersentap
hanya itu ucapku
kau koyak helaian itu
ternyata dalamnya punya aku

terkaku
melihat dalam buku
tiada lagi tentang aku
kau sisih kerana cemburumu

mengapa?
andai kata menguris hati
maafkan aku
andai bicara menyakitkan hati
maafkan aku

♥ ~ kerana aku kau diam membisu

lalang itu aku ??

aku seperti lalang?
ke kanan ke kiri tanpa henti
melentok ikut angin
apa benar aku sama lalang?
oh tidak !!
aku bukan lalang
untuk makluman, aku adalah aku
dalam diam tanpa suara
dengan bisu aku berkata-kata
tidak terdengar oleh sesiapa
kerana ia rahsia jiwa
bisikan aku bukan untuk sesiapa
untuk diri sendiri sahaja
maaf yea...

♥ ~ lalang petang

kisah kita

dahulu
ketika kau di sisiku
kau pujuk tiap rajukku
kau dakap bila tangisanku berlagu
kau beri aku sandar pada bahumu
kau dodoikan tidurku tiap malam yang berlalu
kau biarku lena dalam pelukkanmu
kau selimuti aku sepanjang malam itu

benar, kau punya kekurangan
dan aku sering menjadi pelengkapnya
dalam kasar tiap caraku
kau penuh kelembutan mengajarku
ketika hilang sabar dalam marahku
kau tenang hadapi kerenahku

sebetulnya,
engkaulah pelengkap hidupku
kekurangan yang aku miliki
kau tutupi dengan kelebihan yang kau punyai

yang sebenarnya
kita saling melengkapi dalam tidak sedar
seperti lirik lagu
" sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri "
" buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi "

sayangku padamu tidak jemu
kasihku buatmu tidak luntur
cintaku terhadapmu bawarindu selalu
rindu yang tidak berpenghujung

♥ ~ kau yang kurindu

kata-kata semata

di kala aku sendirian
kau hulurkan tangan untukku gapai
di kala aku tidak pasti
kau yakinkan aku agar berani
tapi
di saat aku mula bersandar
kau kerap menghilangkan diri
di saat aku mula berharap
kau sering beralasan tinggalkan aku sendiri
mana cinta yang agungkan?
mana kasih yang kau julangkan?
mana janji yang kau lafazkan?

kau minta aku percaya
kau minta aku yakin
kau minta aku bersabar
tapi dalam masa yang sama
dalam asyik menyulam rasa
kau lemaskan aku tanpa sedar
kau seksa aku tanpa sangka
mengapa?
aku bukanlah boneka
aku manusia biasa
dan aku punya rasa ingin bahagia

♥ ~ benci yang ada secubit lagi cinta

merisik rindu

atas nama rindu
aku merisik khabarmu
atas dasar sayang
aku asyik terbayang
atas sebab cinta
aku ingin punya bahagia

♥ ~ sayang bangat sama kamu

khabarkan kasihku

andai bersisa kasih untukku
sampaikan ia pada semut merah yang melata
akanku tunggu ketibaan itu
sampai kapan pun

selalu sayang

berkasihku kerana rindu
bertemanku kerana sayang
biar kasih itu berlalu
dirimu tetapku sayang

15 March 2011

aku dan dia

aku dan dia tiada lagi cerita
terhenti dengan tiba-tiba
mengapa
tiada jawapannya

aku dan dia tiada lagi bicara
diam membisu tanpa suara
mengapa
tidak pasti puncanya

aku dan dia
sama-sama menerima seadanya
sedar kedudukan yang tersedia
mengapa
kami masih punya ruang yang berbeza

♥ ~ aku dan dia
tiada lagi cerita cinta

asyik kisah cinta

jangan asyik main cinta
jangan asyik kejar cinta
jangan asyik fikir cinta

selalu pun tentang cinta
mengapa ?

sering sahaja kisah tentang cinta
perasaan rindu
perasaan benci
perasaan kasih

dan sering bicara tentang cinta
cinta terlarang
cinta putus di tengah jalan
cinta didusta
cinta yang tidak kesampaian
dan bla..bla..bla..

♥ ~ tentang cinta yang tiada noktah

jatuh kali kedua

jatuh cinta kali kedua
pada insan yang sama
saat dan ketika yang berbeza

jatuh cinta kali kedua
pada dia yang pernah dicinta
ketemu semula setelah kian lama

jatuh cinta kali kedua
hangatnya sangat berbeda
rindunya sering membara

♥ ~ jatuh cinta lagi

buta kerana cinta

dikata cinta buta
kerana
cinta tidak mengenal usia
cinta tidak mengenal siapa

salah ke jatuh cinta?

jatuh cinta pada mereka yang lebih muda !
tidak salah jika saling suka

jatuh cinta pada mereka yang dianggap tua !
tidak salah jika masing-masing menerimanya dengan terbuka

jatuh cinta pada mereka yang sudah berpunya !
tidak salah jika mampu menyara

jatuh cinta pada mereka yang hidup berkelana !
tidak salah jika menerima seadanya

itulah cinta
hadir tanpa siapa duga
hadir tanpa sebarang paksa
hadir tanpa kita sedari pada mulanya

♥ ~ kerenah cinta

bisa katamu

mengapa aku
sering dipersalah
dikecam kata nista
hiris hingga luka
berdarah

jaga tuturmu
tapis tiap bicaramu
jangan dilafaz kata yang menyakitkan
pedih
lebih teruk dari dihiris

tajamnya mengalahkan samurai
tidak terlihat dek mata
jelas terngia
kekal di parut

♥ ~ jahatnya kamu

hentian kedua aku

langkah yang tidak henti
telahku tiba ke hamparan kedua
awal dari yang di jangka
gembira hati tidak terkata
seterusnya
masihku meniti dengan pasti
kupikul harapan yang tinggi
tidak mengapa jika lewat
asal dapat kugenggam dengan erat
masa tidak pernah suntuk
andai benar punya arah untukku ikut
tetap dan akanku teruskan

♥ ~ moga hentian seterusnya kulalui dengan tenang

14 March 2011

rindu lagi dan lagi

rindu dan asyik merindu
hingga kelu untuk berlagu rindu
atas nama rindu kita ingin ketemu
menghitung waktu tanpa jemu

rindu kamu
hanya pada kamu
asyik terbayang akan dirimu
terukir senyuman di wajahmu
hingga kalut aku merindu

♥ ~ rindu datang lagi

cemburumu

semalaman kita berbicara
tentang janji dan setia
kau asyik syak wasangka
cepat benar terasa
dan sering menuduh tanpa usul periksa
kerana cemburumu
aku berdiam tanpa kata

tahukah dikau
cemburu sedikit tanda sayang
dan semua orang merasakannya
tapi cemburu banyak
cinta boleh melayang
kerana asyik berburuk sangka

jadi tempiaskan cemburumu
kawal rasa cemburu itu
jangan biar ia merasuk jiwa

♥ ~ kerana sayangku hanya pada kamu

sabar hadapi yea

pelayaran esok
pasti punya ombak mengganas
akan ada taufan kencang
di tengah lautan
tidak kelihatan persisiran pantai
hanya hamparan lautan luas

saat itu
jangan cepat menggelabah kekalutan
tenang saat ombak menerjang ganas
tabah hadapi taufan yang membidas
teruskan pelayaran tanpa rungutan

kerana kesabaran
kita pasti ketemu pulau hentian
dan kita boleh berlabuh di sana hilangkan keletihan
dan mungkin juga
kita sampai ke hujung pelayaran
di sana punya persisiran pantai yang indah permai
dan kita boleh berhenti dari pelayaran

cuma
masa yang panjang mungkin diperlukan
kita mungkin akan penat yang teramat
dan kita akan merungut sepanjang perjalanan
sanggup?
biar masa buktikan ya
kita berdoa agar segala dipermudahkan
insyaAllah

♥ ~ jika jodoh tidak kemana

esok nanti

esok yang di nanti
telah berkobar rindu yang disimpan
banyak yang tiada kurang
melebihi dari jangkaan

singkat pertemuan itu nanti
tidak terkira berapa jam
cukup seharian
bersapa mesra
makan bersama
bicara soal cinta

kemudian nanti
pasti rindu bertandang
minta kembalikan pertemuan
ubati rindu rinduan
sampai kapan
tiada penghujung
rindu tanpa jemu

♥ ~ rindu kamu

13 March 2011

malas

 keresahan itu
mengundang malas
fikiran terkaku
nyanyian tiada lagu
tariku terhenti
atas desakan aku
jemari perlahan bergerak
mengesot
dan merangkak kemudian

♥ ~ hari bermalasan

blurr la pulak

pagi ni blur
entah mengapa tiada langsung kata
kosong dibenak
tiada satu berlegar
mengapa tidak pasti
yang kutahu
aku sedang merindu
dan aku menanti untuk ketemu
mungkin kerana itu
'kosong' menumpang seketika
tidak pernah aku begini
kosong tanpa secalit rasa
hmmm....
kerana itu tiada coretan

♥ ~ comot dalam blur

11 March 2011

temanku bayangan kelam

aku yang berkelana
sendirian meniti hari-hari
mencari teduhan
dalam ketidakpastian
mengungkap sebuah pengertian
penat melangkah
berhenti seketika
bukan lama, seketika cuma
simpul kembali kekuatan
biar lebih bertenaga
sedia untuk berjalan semula

aku bukan sendirian
tidak sekali keseorangan
bebayangku sering berteman
walau lena tetap bersebelahan
cuma tiada suara biar berkawan
tanpa bicara walau berhadapan
terkadang rasa kesepian
bila bebayang samar kelihatan
aku dan dia tidak berjauhan
bersebelahan

♥ ~ bayangan sebagai teman

cinta dan kita

bicara soal cinta
ada saja kisahnya
tentang rindu yang melanda
terputus kasih yang kecewa
hilang setia entah ke mana
ditnggal jejak tanpa berita
konon cinta dikatakan buta
lafaz janji cinta berguni banyaknya
berdating sakan penuhi masa
tahap cinta sedang menggila
dan... ada juga
serik bercinta katanya
dibiar sendirian tapi masih bercinta
disepak terajang jadi hamba cinta
tergadai semua demi cinta
hilang pertimbangan dalam bercinta
dilupa pedoman untuk buktikan cinta
siapa yang berdusta !!
cinta atau kita ?
siapa yang buta ?
kita atau cinta ?
hmm... cinta oh cinta
tiada noktah untuk bersoal jawab tentangnya
sampai kapan pun
selagi rasa kasih itu ada
cinta tetap ada

♥ ~ kita dan cinta

kelemahan kita

alpa kita sebagai manusia
sering terlena bila bahagia
terkapai bila hadapi kecewa
menggelupur saat bencana tiba
itulah diri kita seadanya

ibu ratu di hatiku

ibu...ibu..
engkaulah ratu hatiku
bilaku berduka
engkau hiburkan selalu
ibu...ibu..
engkaulah ratu hatiku

kasih sayangmu tidak pernah berbelah bagi
rengekkan aku di malam hari tidak pernah dikau membenci
hari-hariku penuh erti
dikau sentiasa temani aku di sisi
tiap rajukku dikau layani
tiap telatahku dikau hayati
ketika tangisanku berkumandang kau dakap erat hingga berhenti
tidurku dikau nyanyi hilangkan sepi

tidak cukup helaian ini
untuk aku mencoret tentang menghargai dirimu
tidak cukup tempat ini untuk aku bercerita tentang tinggi budimu
penuhi tiap ruang dengan kasihmu
tidak terucap dengan kata untuk kisahkan erti pengorbananmu
hanya mampuku ucap
terima kasih ibu...aku sayang sama kamu
ibu, engkaulah ratu di hatiku, selalu...

♥ ~ sayang ibu..

Odu'k desaku

di bendang itu
sendirian kau membajak
terbongkok bongkon perlahan
menyudahkan kerja harian
terpecik sendirian
menghalau pipit di batas-batas
lalu berterbangan sekawan

perlahan kau melangkah
duduk berteduh
berehat kurangkan penat
meneguk hilangkan kehausan
lantas menjamu bekalan

lewat petang
kau pulang keletihan
wajah kelat penuh kepenatan
esok masih punya kerja perlu diselesai
tanpa mengeluh
kau tetap senyum bila berhadapan

mencari rezeki untuk suapan
tidak sedetik mengadu keletihan
besar sungguh pengorbanan
mencari rezki halal untuk tanggungan
teringat aku kampung halaman

♥ ~ rindu akan suasana desa permai

tangisan tertawa

tiap hariku panjatkan doa
mohon diberi petunjuk jalan
sungguh aku insan yang lemah
tidak mampu tentukan laluan di depan
berliku dalam lurus
berduri dalam indah
berbukit dalam tenang
berlecak dalam damai

terkedu aku hari-hari
meniti jalan sendiri
bahagia dalam tangisan
merindu dalam kebencian
menangis dalam samaran bayangan
merajuk dalam nyanyian
meminta di balik senyuman
nyata yang tidak
jelas yang kurang
kebarangkalian pengertian mendalam

♥ ~ tersirat bahagia dan tangisan

alunan menanti

menanti sungguh menyeksakan
saban hari termanggu mengenang
tika rindu menjenguk tiba
mula hiba dan sayu dirasa
kasih tidak terhenti seperti masa
pasang surut terkadang cuma
telahku tetap hari penentu
diharap dikau berubah tika itu
tapi aku takut menanti waktu
masih tiada kekuatan dalam diri
tidak aku belum cukup berani
berhadapan detik itu
bagaimana jika dikau tidak berubah dan mengecewakan aku
apa patut aku berlalu

♥ ~ kasihku terawang di langit biru

ingat akannya

ada masanya aku amat rindukan dia
terkadang juga tercalit benci padanya
mungkinkah kerana jarak yang ada
buat kasih terawang membelah senja
seperti lalang ditiup samudera
terkadang kekanan dan kekiri seketika

♥ ~ rindu yang terpendam sekian kalinya

benci dalam rindu

aku di malam yang sunyi
duduk sendirian merangka puisi
terkebil mata mencari isi
jemari perlahan menari

malam ini
sepi menyapa kembali
tatkala detik rindu tercalit di hati
lantas aku menyepikan diri

esok yang pasti
tiada dia di sisi
sendirian menghadapi hari
tanpa teman aku tinggal sendiri

lewat malam ini
kumohon dikau hadir dalam mimpi
biar kita ketemu di alam fantasi
biar kurang rindu yang aku rasai

wahai sang malam
dodoikan aku dengan dendangan
biar lena tidurku kesiangan
agar tidak aku dalam kerinduan

♥ ~ benci tapi merindu

10 March 2011

satu...permulaan baru

satu persatu
langkahku bermula

yang kedua
hentian pertama telahku tiba

kali ketiga
aku berhenti seketika

biar kurang penat dirasa
agar masih tersusun perjalanan yang aku punya
ingin pastikan aku masih di laluan yang sama

♥ ~ anjakan paradigma

pengertian tanpa kepastian

dalam ceria yang aku punya
tercalit duka tidak berpenghuni
bukan kosong tidak berisi
cuma tiada pasti tapi punya erti
bingung aku sendiri

hari yang berganti
langkahku tidak mahu berhenti
cuma perlahan sedikit
tidak ingin langsung untuk berlari
kurang keyakinan menghadapi

susunan demi perancangan
satu persatu dalam genggaman
tanpa kepastian aku cuba mengerti
hayati kehidupan di alam realiti
biar sendiri aku masih berdiri
demi esok hari yang tiada siapa ketahui

♥ ~ mengerti dalam tidak pasti

antara depan dan belakang

katanya jangan lagi pandang belakang
saya ingin turut
tapi
bagaimana kalau di depan sana saya tersungkur
sudi ker papah saya bangun semula?
andai di simpang jalan saya tersesat
sudi ker pimpin tangan saya tunjukkan jalan?
tidak terbayang jika saya tinggal sendirian
saya takut kegelapan
boleh janji pada saya...
kamu tidak akan pernah tinggalkan saya sendirian?
walau apa keadaan yang mendatang
mampu ke kamu buktikan?
sungguh saya dalam keresahan
takut untuk pandang jauh kehadapan
dan tidak berani menoleh kebelakang

♥ ~ yakinkan saya, sayang

bersama kamu

petang itu
kami bertemu tanpa diduga
seiring berjalan
melalui deretan kedai
dengan tiba-tiba
tanganku disambar lembut kamu
lantas kau pimpin masuk ke kedai
dengan terpingga aku jejaki langkahmu
terhenti di depan 'freezer' aiskrim
rupanya kau ingin belikan aku aiskrim
seperti anak kecil aku memilih aiskrim coklat
sungguh tidak kusangka
adeganmu menambat hatiku
comel dan sungguh indah detik itu
aiskrim coklat kegemaranku
sambil berbual ringkas
kita makan aiskrim di sudut jalan
masa yang singkat tapi cukup bermakna
masih jelas detik itu
suka saat itu
dan hari ini
mula rindu pada kamu

♥ ~ detik indah denganmu

09 March 2011

persahabatan

di balik kabus semalam
kau menyapa dalam diam
tanpa suara kau memandang
sayup kedengaran nafasmu yang kencang
renungan yang cukup tajam
dari jauh perlahan kau melangkah
hampiri aku yang tergamam
lembut tuturmu
kau menyapa penuh senyuman
tidak kusangka
kau yang bengis punya pemanis setia
senyuman yang mampu menggoda
sungguh pesona
lantas itu aku sambut salammu
kita berjabat mesra
persahabatan bermula
kau dan aku kini bersama
berkawan demi sebuah cerita

♥ ~ tentang kita

tentang cinta

cinta perlu pengorbanan
pengorbanan jangan pernah dipersia
derita itu bukan cinta
hanya bahagia diharap bersama
andai tiap cinta ada sesalan
mengapa perlu ungkap janji setia
jujurlah seikhlasnya
berpeganganlah pada kata janji
cinta itu bahagia atas apa adanya
tanpa bahagia cinta tidak dapat dirasa

♥ ~ apa ada dengan cinta

mimpi akan kamu

mimpi itu datang lagi
ada kamu bersama rindu
dari jauh memandang
tidak selangkah pun menghampiri
jelingan yang penuh erti
tidak sepatah kau berkata
sunyi suasana
hiba hatiku
pandanganku penuh erti
tapi tidak engkau peduli
dibiar aku sendiri
sampai hati kamu

♥ ~ benci akan mimpi

rindu sangat

malam semalam yang penuh rindu
dalam samaran bulan aku duduk berselingkuh
sendirian memeluk patung kesayanganku
teresak mengingat akan kamu
rindu itu benar-benar memanggil
masih terngia hingga kini
terbatas tiap geri aku pagi ini
ingatan jelas pada rindu yang membebani

♥ ~ rindu bangat sama kamu