Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

17 November 2011

PERSINGGAHAN

Melewati denai rindu buat aku berhenti melangkah
melabuhkan punggung di bangku kayu
sambil amati denai rindu yang berombak perlahan
dikelilingi rumput-rumput separuh hijau di batasan
memukau pandangan
sepoi-sepoi angin menampar
rasa terbuai, lanjut fikiran melayang jauh
mengeluh dalam diam bila hati berbisik nama
ahhh....rindu bertandang!!
walau telah jauh kumenyusur jalan
rindu tetap tak pergi, mengekori di sebalik bayang
tak terlihat tapi jelas dirasa
terbantut niat untuk singgah lama
pohon rendang damai ini tak berbuah
tapi lebat berbunga, aku suka
kerana amat selesa
dan telah lama menjadi tempat persinggahan
tak pernah lupa untuk datang kembali