Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

26 December 2011

SELEPAS SEMALAM

Aku ingin bangkit berani
berdepan tanpa sesal
berdiri tanpa menoleh ke belakang
kerana..
aku ingin lepaskan
lepaskan pahit semalam
yang perlahan-lahan menyuntik rasa sebak.

Telahku pasang tekad
esok dan lusa
aku ingin ke seberang
menyeberangi lautan kasih
menyimpul kembali tali yang hampir putus
lalu bersantai bersama
tinggalkan kenangan indah.