Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

03 January 2012

BERHENTI BERHARAP

Setelah kudaki penantian tak berpenghujung
aku terdampar lelah sendirian
di bahu jalan aku duduk menangis
mengenang usaha menjadi sia-sia
tangisanku bermula, agak lama
hingga aku terlena dalam sendu
betapa sakitnya hati ini tak terucap
tanpa sedar senyumku menjadi tawar, tak bermakna.

Tiap kali aku pasrah
kau hadir bersama harapan
buat aku lemah
lalu terima keadaan.

Dalam harapan yang kau berikan
seringkali kau berdusta dan biar aku terkapai-kapai
lantas kau tak pernah peduli
hingga memaksa aku asyik mencari dan terus mengekori bayangmu
yang akhirnya...aku terjebak dalam rindu dan benci
kejamnya dikau!
jahat tanpa belas.

Aku mahu berhenti berharap
tapi tak mampu
Tuhan, tolongi aku
andai dia adalah jodoh terakhir buatku
satukanlah kami hingga hujung nyawa dengan segera
tapi
andai dia bukan dijadikan untukku
hilangkan cinta dan kasih sayang ini dengan segera
aku tak mahu zalimi hatinya dan aku tak mahu resah dalam cinta ini lagi.