Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

24 January 2012

DIBILANG BENCI DALAM SAYANG

hanya kerana rindu
bisikan sepi merimaskan
melihat orang yang lalu lalang
terasa sempit ruang
antara wajah-wajah
aku tercari-cari bayangmu
walau tahu mustahil untuk kamu ada di situ.

lewati pantai sendirian
hati menjadi sayu melihat kulit cengkerang yang berselerakan
ternyata ia mengingatkan akan kau dan dia
lalu timbul cemburu
lirik senyummu di sisinya seolah berbangga kamu sedang berbahagia
sedang riak wajahnya seolah mengejek aku yang di tinggal sendiri
sakitnya hati ini tak terucap

berkeras aku pujuk hati
memaksa untuk membenci kamu
sedangkan aku dalam rindu
ternyata hatiku tak pernah berhenti menyayangimu
sungguh aku sayang kamu
ah! betapa bodoh orang dalam cinta
kasih telah dibahagi
tapi masih menanti