Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

03 January 2012

TANPA SEDAR

Aku tak bisa memaksa
cinta itu bukan untukku
aku tak layak milikinya.

Cinta itu tertulis bukan untukku
ia hanya datang dan pergi
tanpa sedar menyakitkan dua hati.

Aku mahu bicara tapi hilang kata-kata
aku telah menzalimi cinta yang datang
tapi dalam masa yang sama aku mengharap cinta yang tak pasti.

Aku turut menjadi mangsa
tanpa sedar aku menjadi mangsa cinta.