Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

30 October 2011

KALA BINGUNG

Desiran angin meresahkan
buat aku tak diam duduk
dada langit hilang cerah
mentari tiada di balik rimbunan awan kelabu
sedang aku berehat-rehat
pikiran melayang jauh ke lautan luas
seperti mahu bercerita sesuatu
saat ombak menghempas pantai
aku terkedu membisu
seolah memberitahu padaku
lautan tak pernah damai
pasang surutnya seperti perjalanan
agakku, aku mengerti
tapi hati masih diam.