Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

13 December 2010

Tika Kecilku

 Siri 01

Semua pernah lalui detik indah sebelum remaja
Bersekolah rendah yang penuh nostalgia
Menikmati kegembiraan sepanjang masa
Tanpa pernah mengenal erti dukacita
Tiap masa hanya ingin bermain sahaja
Nasihat ibubapa tidak diendah rasa
Asyik dengan dunia yang dicipta bahagia
Bersama teman sepanjang masa.

Terdapat suatu kenangan yang masih terpahat di minda
Di mana keseronokan berada di kampung menggamit jiwa
Tiap cuti sekolah kuhabiskan di sana
Bersama teman sekampung mengisi masa
Tidak mengenal penat dan waktu senja
Selagi tidak dimarah tiada yang pulang segera.

Satu detik yang masih segar kusimpan di dada
Saat adikku lemas dibawa arus tali air yang tidak disangka
Tanganku hulur menggapai bajunya
Tapi diriku terperangkap juga
Mujurlah antara kami punya taat setia
Membantu segera tanpa dipaksa
Menyelamatkan kami dengan segigihnya
Kami berpelukan seketika
Mengenang kejadian yang menimpa
Syukurlah kepada DIA kerana kami masih bernyawa.

Kehidupan di bandar buatku selesa
Punya teman dan ramai saudara
Tapi keinginan naluriku ingin ke desa
Menikmati suasana yang indah tidak terkata.

Suasana desa buatku jatuh cinta
Keadaan yang tenang buatku bahagia
Keindahannya lebih mudah dirasa
Berbanding bandar yang sesak sentiasa.

Oh Bandar Melaka...
Rindunya hati ini hendak menjejak ke sana
Menghabiskan hariku dengan keluarga bonda
Sekian lama tidakku menziarahi mereka
InsyaAllah akanku ke sana jika punya masa

11.12.2010 - 5.56 pm
comic_comot







Siri 02

Bila memori mengusik jiwa
Tersentuh hati bila mengenangkannya
Terlalu banyak peristiwa yang tidak boleh dilupa
Menjadi peneman tatkala hati berduka.

Yang indah biasanya sementara
Tiada yang kekal melainkan kehendak DIA
Hanya DIA yang mampu mengubahnya
Kerana DIA mengetahui segalanya.

Rindu aku akan sekolah lama
Tempat gudang ilmu mengumpul perlbagai cerita
Bermula kisah manis dan duka
Saat lalu terus berganti masa
Kini hanya tinggal secebis bahagia.

Mengimbas kembali zaman sebelum remaja
Ketika dibangku belajar mengeja
SK Taman Nirwana tempat aku bermula
Guru yang ada menabur jasa
Mencurah ilmu tanpa putus asa
Dengan bangga aku mampu berkata
Tengoklah diriku yang pandai mengeja
Hasil usaha guru, buat aku pandai membaca.

Tersenyum sendiri bila mengingat kisah duka
Apa yang berlaku masih segar walau dibawa arus masa
Kegagalan dalam percubaan UPSR buat aku didenda
Sedih hatiku tika itu tidak terkata
Mengalir jernih titisan air mata
Jalani hukuman kerana tidak berjaya
Dipaksa mengelilingi semua kelas yang ada
Dengan wajah sugul menanggung derita
Memberi pengajaran untuk tidak terus leka
Jelas terpacar wajah kecewa
Cikgu turut mengalir airmata

Namun aku syukur dengan denda yang diterima
Berkat pengorbanan guru yang tidak pernah putus asa
Terus berusaha lakukan yang terdaya
Membimbing kami hingga mendapat keputusan yang boleh dibangga
Dengan berkat ilmu yang ada
Keputusan yang diterima buat aku bahagia
Peratusan markah melonjak tinggi di luar jangka
Terima kasih kepada cikgu yang berjasa
Pengorbananmu tidak akan dilupa.

Selamat tinggal sekolah rendah yang kucinta
Kenangan indah bersamamu tidak akan dilupa
Menjadi memori tatkala sepi melanda jiwa
Akanku pahat sejarah kita selamanya

14.12.2010 - 9.41 am
comic_comot



Siri 03

Tiada apa yang indah melainkan kenangan lalu
Mengimbas detik dulu buat hati dilanda rindu
Tersenyum sendiri mengingat saat itu
Terasa ingin kembali ke waktu dulu.

Mengenang semula sisa hidupku dahulu
Meninggalkan sekolah rendah yang mendidik aku
Melangkah girang ke dunia baru
Sekolah menengah yang akan di tuju.

Tiada yang kekal di dalam dunia ini
Tiap yang bertemu pasti berpisah jua nanti
Hanya masa dan waktu menanti hari
Bila waktunya datang tiada siapa yang pasti
Teman di sisi telah pun pergi
Membawa haluan perjalanan hidup sendiri
Melangkah sayu menerima takdir Illahi
Namun perjalanan ini harus dijalani.

SMK Pandan Jaya kakiku melangkah pergi
Bermulalah saat remaja ku di sini
Berlajar segalanya tentang keasyikan duniawi
Disamping teman yang tidak pernah pergi
Menuntut ilmu dengan sepenuh hati
Berguru baru yang telah kukenali.

Di awal persekolahan banyak yang kupelajari
Ada tambahan subjek yang perlu aku amati
Demi mengorak langkah dengan lebih berani
Puasku jelajah aktiviti sekolah dengan sesungguh hati
Pengawas Pusat Sumber aku turut perolehi
Membuat diriku rasa lebih dihargai.

Terlalu banyak aktiviti yang aku ceburi
Bermain bola baling yang paling digemari
Hasil didikan cikgu yang paling kusayangi
Cikgu Herman nama yang tidak pernah kulupai
Merangkul kejayaan tiap kali mewakili
Membanggakan sekolah bila johan kami genggami
Betapa indah saat yang dilalui
Seolah semalam baru melepasi
Terima kasih buat cikgu yang berbakti
Jasamu bukan sekadar mencurah ilmu kepada kami
Buat perjalanan hidupku lebih lengkap dengan memori.

Terima kasih cikguku

13.12.2010 - 1.38 pm
comic_comot