Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

13 December 2010

Aku Tersedar

Aku Tersedar.....

Kekuatan imanku masih rendah
Mudah terpengaruh dengan keasyikan dunia yang indah
Sering tersasar langkah tatkala ditaburi janji manis si jejaka
Hampirku hanyut bersama arus masa
Kerana DIA aku terkaku seketika
Mengenang kejadian yang tidak disangka
Membuat hatiku merasa hiba
Tatkala hatiku sedar kesilapan dosa
Aku bersyukur pada  yang ESA
Kerana diberi kesempatan masa
Mencari jalan keluar untuk selamanya
Menuju ke jalan yang diredhai DIA.

Kupanjatkan doa kepada Ilahi
Moga imanku kekal di hati
Jauhkan segala sifat yang dikeji
Hindarkan aku dari dosa yang dibenci
Mulakan hariku dengan lebih bererti
Mengharap hidupku lebih diberkati
Dengan DIA sentiasa di sisi.

InsyaAllah...
Kerana DIa aku ingin berubah
Kerana DIA buat aku tersedar
Kerana DIA buat hatiku bersalah
Kerana DIA..aku redha..
Kerana DIA hidup aku akan lebih bermakna
Selagi dengan izin DIA aku bernyawa.

10.12.2010 - 9.55 am
comic_comot