Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

05 August 2011

ESOK YANG TAK PASTI

mengingatimu yang menjauh
buat hatiku berlagu sendu sekali lagi
kukira antara kita masih punya kasih yang terpendam
kerana itu lautan rinduku tak pernah kering buatmu
pernah suatu tika dahulu
kuingin lari jauh dari kamu
tapi aku tak mampu
yang kini buat nafasku berdenyut dengan namamu, selalu