Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

10 August 2011

ADA CINTA

kerana cinta dia ada
biar dalam pekat malam
walau sepi menjenguk rasa
terkadang hanya bayang berbisik
namanya tersedia tertulis di hati
yang tidak mungkin terpadam

kerana dia aku sayang
lalu menggait bibit kasih
lantas dicantum menjadi cinta
lambaian bayu menderu rindu
hingga aku terpaku mengenang
mengira detik pertemuan yang mendatang

mana mungkin tanpa dia ada cinta
yang telah kupahat nama tertera
yang seringku tulis dalam dairi jingga
yang selalu menjadi penawar tika aku berduka
yang menjadi ilhamku untuk menyusun bait kata
kerana dia...aku cinta, selalu