Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

01 June 2011

AKU PILIH UNTUK BERDIAM

aku tidak melangkah ke mana-mana
selagi kasih berbaki
aku tidak pergi ke mana-mana
kerana sayang masih di hati
terpulang pada engkau
kerana engkau yang memulakan
dan engkau juga yang ingin mengakhirkan
pertemuan dan perpisahan anugerah tidak ternilai
engkau tafsirkan sendiri
aku tetap di sini, menanti