Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

08 June 2011

SEBALIK DIRIMU

Bila kebenaran terungkai, senyumku tawar yang jelas.
Kesal dengan apa yang berlaku, sejak dulu tak sedar diperhati
Rupanya....bertopeng di balik kisah semalam
Hidup dalam kepuraan yang tak disangka
Seolah menghayunkan buai yang terkunci dek akar mati
Berkeras mahu menyiram air mawar walau tiada haruman segar

Bernasib baik kamu, kerana yang berada di tempat itu adalah aku
Tapi ketahuilah oleh kamu, tiap apa yang dialami olehku jelas di kotak hati yang bersembunyi
Bukan niat untuk membalas kasih sayangmu yang tulus itu dengan kebencian yang meluap
Hanya sekadar inginku nyanyikan sebuah lagu berirama dondang sayang yang mendamaikan jiwa
Biar luka berganti ceria, yang hanyut atas kegembiraan yang dikau punya
Berbahagialah kamu sebaiknya, kejar selagi kamu punya daya

Jangan nanti, suatu hari esok, kita tidak lagi bertegur seperti semalam
Walau berkawan telah kau hadkan batasan yang tidak pernah wujud sebelum ini
Antara garisan, kau berdiri di tengah memerhati kami yang berkejaran
Satu persatu kau sentuh dengan penuh kelembutan yang ada duri kau selitkan
Ada yang melatah di luar kawalan, lantas segera kau mengawal
Celik mata kami yang memerhati, belum buta seperti yang kau bayangkan

Warnailah semula hati yang telah gelap jingga dengan setitik keikhlasan hati
Sayangilah  dengan penuh erti tanpa ada niat tersembunyi yang akan kau pergunakan untuk menyakiti
Cukup sudah tercalar hati yang kau garis saat aku meraih simpati
Aku mula tersedar dan cuba untuk tidak lagi jadi mainan pengawasanmu yang pura² baik hati
Dari kejauhan aku sedang memerhati, tiap langkahmu aku ikuti tapi aku buat tidak peduli
Kerana dirmu telah hilang, telah kupadam dari senarai mereka yang aku sayangi