Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

01 January 2011

♥ Air mata duka

Air mata duka
Deras mengalir
Merobek rasa, meluka hati
Mengundang rindu
Benci menjalar, pedih sengsara

Air mata duka
Kerana dia aku terkapai seorang
Merawat luka bertandang benci
Pergi bahagia tinggalkan cinta
Titisan jernih peneman hari

Air mata duka
Mengenang cinta tiada lagi
Ke mana menghilang
Apa erti sumpah janji yang dilafaz
Engkau khianati tanpa peduli
Biar sejarah menjadi kenangan
Kusemat jauh biar tidak berulang

Air mata duka
Tabah dan terus mengisi ruang
Tidak leka tangisi kegagalan
Tekad untuk terus melangkah
Mencari bahagia di pelusuk dunia
Tetap mencari tanpa penat
Tinggalkan duka cari bahagia
Keranaku pasti sinar ceria selalu ada

02.01.2011 : 9.34 am
comic_comot