Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

18 January 2011

Saat Terluka

 (+_T)
Buat insan yang terluka

bila marah merasuk jiwa
kewarasan hilang entah kemana
duka dipendam menambah derita
kesakitan dicari pengubat lara
inilah akibat luka kecewa
sakiti diri menambah sengsara
pedih di hati tetap ada
walau ditikam berkali lamanya
pasti tinggal kesan di dalamnya
menjadi kenangan cerita duka

dengarkan wahai saudari
jangan lagi lukakan diri sendiri
pedih yang ada tetap di hati
biarkan saja ia berlalu pergi
rawatlah hati yang tidak lagi dipeduli
kasihanlah pada perasaan yang dilukai
jangan dikenang pada yang tidak sudi
berikan peluang dan masa mencari pengganti
biar terubat luka yang di hati
kerana hanya Dia lebih mengetahui

19.01.2011 : 3.10 pm
comic_comot