Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

30 January 2011

percaya

yakin dengan apa kemampuan kita
usaha selagi terdaya
tabah hadapi dugaan yang tersedia
redha dengan ketentuan DIA
jangan pernah putus asa
bahagia tidak terhad kepada sesiapa
bukan orang lain yang tentukannya
biarpun mereka mampu memberi rasa
tapi kita sendiri yang tentukannya
pasti dengan bahagia yang tercipta
agar terlerai kusut yang ada
namun perlu diberi masa
bukan mudah untuk capai bahagia
kerana ia hadir selepas kecewa melanda
bahagia pasti ada
cuma cepat dan lambat kehadirannya
percayalah...

31.01.2011 : 9.50 am
comic_comot