Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

11 January 2011

♥ MeNCubA

Ingin Mencuba

Belum cuba belum tau tapi dah cuba baru tau
Tak salah kalo ingin mencuba tapi mesti berpada-pada
Tak salah kalo ingin mencuba tapi mesti tau batas yang ada 
Tak salah kalo ingin mencuba tapi mesti pandai bawa diri
Tak salah kalo ingin mencuba tapi mesti tau kawal diri

Mencubalah selagi terdaya demi
Membaiki diri sendiri
Mengenalpasti kelemahan diri sendiri
Memberi peluang pada diri sendiri
Mencari kejayaan yang dinanti


Jangan pula kerana sikap terlalu ingin mecuba
Melalaikan diri hingga binasa
Menghanyutkan diri ke lembah yang hina
Membawa diri ke landasan yang durjana
Menggagalkan diri sepanjang masa 

Ingat !! 
mencuba demi ke arah kebaikan bukan demi kepuasan

11.01.11 : 01.11 pm
comic_comot