Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

19 January 2011

(~_^) kusangkakan

kusangka sinar muncul untuk beri cahaya
sungguh tidak diduga ia punya terik yang membara
dalam tidak sedar ia buatku berpeluh seketika
masih mengharap hembusan bayu menyapa
walau angin sepintas lalu yang dirasa sekilas cuma
perlukah ditunggu dan terus memberi masa
atau jangan lagi mengharap pada apa yang pernah dicita
bukan kerana tidak tahan panas cuaca
tapi gumpalan awan sediada buat hatiku berkata

wahai angin yang membawa seribu kisah cinta
awan yang berarak tidak boleh diduga
terkadang cerah sepanjang masa buat hati gembira
terkadang cerah seketika buat hati menjadi hiba
gumpalan awan buat hatiku sayu berbicara
mengenang mendung yang akan tiba bila masanya
tanpa disedari ia bawa hati yang terluka
walau tiada suara yang menyebutnya

19.01.2011 : 4.32 pm
comic_comot