Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

30 January 2011

Cuaca


Wahai sang hujan yang basahi bumi tanpa henti
Cukuplah sudah tugasmu setakat hari ini
Kurangkan titisan jernihmu yang telah turun sejak kelmarin
Berikan pula kesempatan pada sang mentari

Hujan oh hujan
Kasihanilah pada kami
Jika kau terus membasahi bumi
Pasti mengundang bencana yang tidak diingini

Wahai sang mentari yang telah bersembunyi
Jangan lagi sembunyikan diri
Tunjukkan sinarmu yang cerah hari ini
Biar kembali cerah suasana yang sepi

Mentari oh mentari
Kasihanilah pada kami
Tanpa sinarmu bala bakal terjadi
Kehadiranmu sangat-sangat dinanti

31.01.2011 : 12.20 am
comic_comot

Anugerah Tidak Ternilai


Tercipta anugerah yang tidak ternilai
Dimiliki semua insan pemberian dari DIA
Hargailah sebaiknye sebelum diambil semula
Bakat tersedia pergunakan sebijaknya
Jangan pernah disalahguna
Kerna tiap kejadian itu ada keajaiban tersedia
Terokai semahunya
Bersyukur sentiasa
Pasti rahmat tidak putus tiba

31.01.2011 : 10.12am
comic_comot

percaya

yakin dengan apa kemampuan kita
usaha selagi terdaya
tabah hadapi dugaan yang tersedia
redha dengan ketentuan DIA
jangan pernah putus asa
bahagia tidak terhad kepada sesiapa
bukan orang lain yang tentukannya
biarpun mereka mampu memberi rasa
tapi kita sendiri yang tentukannya
pasti dengan bahagia yang tercipta
agar terlerai kusut yang ada
namun perlu diberi masa
bukan mudah untuk capai bahagia
kerana ia hadir selepas kecewa melanda
bahagia pasti ada
cuma cepat dan lambat kehadirannya
percayalah...

31.01.2011 : 9.50 am
comic_comot

Kata hati

aku sering sendiri
hadapi detik dengan penuh emosi
bila rajuk mengusai diri tiada yg memujuk
kupujuk sendiri biar tiada sendu di hati
langkah tetap diteruskan
menumpang teduh
menumpang kasih
menumpah rasa
mengharap bahagia datang
sabar sepenuhnya
kerna percaya ada hikmah tersembunyi
tabah dan terus berusaha
tanpa ada erti putus asa

31.01.2011 : 9.40 am
comic_comot

20 January 2011

Bintang bintang


Kerdipan jauh yang bersinar
Kekadang memancar tanpa jelas
Kelihatan indah jauh di mata
Keajaiban ciptaan Illahi

Tiada tandingan cahaya memancar
Penuhi ruang kurangkan gelita
Tidaklah ia setanding si bulan
Sebutir cuma terang seluruh alam

21.01.2011 : 1.02 pm
comic_comot

Bukan Aku Tak Cinta

Bukan aku tak cinta
Kau wujudkan jurang antara kita
Kau cipta benteng tanpa diduga
Kau biarkan aku terkapai memendam rasa
Kau pudarkan rasa cinta yang telah ada
Kau yang buat hatiku berbelah rasa

Bukan aku tak cinta
Aku masih sayang kau seperti dulu
Aku selalu rindukan kau tiap waktu
Aku perlukan kau di sisi menemaniku
Aku ingin kau disampingku tanpa jemu
Aku terus menunggu cinta kita bersatu

Bukan aku tak cinta
Sememangnya takdir yang menentukan segalanya
Setelah masa berlalu kita masih seperti dulu
Simpulan kasih yang ada renggang tanpa disangka
Sejenak buat hatiku menghitung waktu
Tanpa sedar ia mula luntur dek perpisahan yang berlaku

21.01.2011 : 10.04 am
comic_comot


♥ Kasih...

 ♥  (~_^)
Izinkan diriku menyelami hatimu kasih
untuk aku mengenali hatimu dengan lebih dalam

Pimpinlah dengan erat tanganku ini kasih
agar tidak aku tersesat jalan ketika dalam perjalanan

Genggamlah dengan erat jemariku ini kasih
supaya tidak terlerai lagi pegangan tanganmu seperti dulu

Berikanlah masa untukku buktikan kasih sayangku ini kasih
untuk kau menyedari kehadiran cintaku ikhlas untukmu

Sematkanlah namaku dalam dirimu kasih
agar berputik cinta yang ada antara kita

Dengarkanlah suara rinduku ini kasih
supaya kau tau senantiasa kau ada di hatiku

Buktikanlah cintamu padaku tulus dan suci kasih
untuk aku teguh berdiri di sisimu menanti dengan pasti

Kasihku
Iklhlas, jujur dan setia merupakan tiang cinta
Sabar, tabah, menghargai, menghormati dan bertolak ansur merupakan asas cinta
Moga kita milikinya agar terjaga cinta yang terbina

20.01.2011 : 4.15 pm
comic_comot

19 January 2011

(~_^) kusangkakan

kusangka sinar muncul untuk beri cahaya
sungguh tidak diduga ia punya terik yang membara
dalam tidak sedar ia buatku berpeluh seketika
masih mengharap hembusan bayu menyapa
walau angin sepintas lalu yang dirasa sekilas cuma
perlukah ditunggu dan terus memberi masa
atau jangan lagi mengharap pada apa yang pernah dicita
bukan kerana tidak tahan panas cuaca
tapi gumpalan awan sediada buat hatiku berkata

wahai angin yang membawa seribu kisah cinta
awan yang berarak tidak boleh diduga
terkadang cerah sepanjang masa buat hati gembira
terkadang cerah seketika buat hati menjadi hiba
gumpalan awan buat hatiku sayu berbicara
mengenang mendung yang akan tiba bila masanya
tanpa disedari ia bawa hati yang terluka
walau tiada suara yang menyebutnya

19.01.2011 : 4.32 pm
comic_comot

18 January 2011

Saat Terluka

 (+_T)
Buat insan yang terluka

bila marah merasuk jiwa
kewarasan hilang entah kemana
duka dipendam menambah derita
kesakitan dicari pengubat lara
inilah akibat luka kecewa
sakiti diri menambah sengsara
pedih di hati tetap ada
walau ditikam berkali lamanya
pasti tinggal kesan di dalamnya
menjadi kenangan cerita duka

dengarkan wahai saudari
jangan lagi lukakan diri sendiri
pedih yang ada tetap di hati
biarkan saja ia berlalu pergi
rawatlah hati yang tidak lagi dipeduli
kasihanlah pada perasaan yang dilukai
jangan dikenang pada yang tidak sudi
berikan peluang dan masa mencari pengganti
biar terubat luka yang di hati
kerana hanya Dia lebih mengetahui

19.01.2011 : 3.10 pm
comic_comot

Jangan

Jangan mudah putus asa
Jangan berniat untuk pergi
Jangan lagi tinggalkan saya
Jangan pernah niat
Jangan pernah

18.01.2011 : 10.06pm
comic_comot


Kembali

Hadir setelah pergi
Datang yang bawa erti
Bersama cerita untuk dikongsi
Dengar melalui hati
Pasti mengerti maksud diri

18.01.2011 : 9.28pm

11 January 2011

... •..• ♥ •..• ♥ • ...



Malam

Saat datangnya malam yang sunyi
Rasa sepi pasti kembali
Mata mula penat menari
Maka berlabuhlah sebuah mimpi
Menjadi nokhtah sehari
Dengan harapan esok pasti kembali 
Bersama sinar pelangi


♥ MeNCubA

Ingin Mencuba

Belum cuba belum tau tapi dah cuba baru tau
Tak salah kalo ingin mencuba tapi mesti berpada-pada
Tak salah kalo ingin mencuba tapi mesti tau batas yang ada 
Tak salah kalo ingin mencuba tapi mesti pandai bawa diri
Tak salah kalo ingin mencuba tapi mesti tau kawal diri

Mencubalah selagi terdaya demi
Membaiki diri sendiri
Mengenalpasti kelemahan diri sendiri
Memberi peluang pada diri sendiri
Mencari kejayaan yang dinanti


Jangan pula kerana sikap terlalu ingin mecuba
Melalaikan diri hingga binasa
Menghanyutkan diri ke lembah yang hina
Membawa diri ke landasan yang durjana
Menggagalkan diri sepanjang masa 

Ingat !! 
mencuba demi ke arah kebaikan bukan demi kepuasan

11.01.11 : 01.11 pm
comic_comot

07 January 2011

... •..• ♥ • Kau yang bertahta


Kau yang bertahta
Pertemuan kita mengungkap cerita
Senyuman si dara memikat teruna
Siapa sangka bermula cinta
Bila keduanya mula mencurah rasa
Buatku tersenyum penuh bahagia
Begitu indah saat tika bersama.


Kau yang bertahta
Tetap seorang dalam jiwa
Tidak pernah ada yang kedua
Izinkan aku menjadi permaisuri cinta
Lamaranmu buatku begitu pesona
Mengungkap janji penuh setia
Berjanji hidup bersama selamanya.


Kau yang bertahta
Terima kasih atas segalanya
Akan aku pastikan mahligai terbina
Kukuh seteguh tugu cinta
Agar kita hidup bersama selamanya
Hingga saat terakhir nafas nyawa
Bertemu semula di pintu syurga
InsyaAllah jika dengan izin Dia.


01.01.2011 : 10.10 pm
comic_comot

•..• ♥ • kAwAn

Dalam berkawan terlalu banyak pe'el yang ada. Bukan senang nak cari teman yang ikhlas, setia, sekepala, sporting dan memahami apa yang kita rasa. Dalam 1001 belum tentu ada seorang yang ngam dengan kita. Cuba tengok keliling kita, bila saatnya zaman berubah cara berkawan pun berubah. Agak terkejut bila ada yang sanggup menikam kawan dari belakang. Tidak sangka orang yang kita percaya dan rapat dengan kita mampu buat kita kecewa dan derita...pedih...tapi ia memang berlaku...

Lain pula kisah kalau berkawan waktu sekolah dulu. Istilah "kawan makan kawan" tidak lekang dari mulut, bila kekasih hati di kebas kawan baik sendiri...perghhh...memang sadis bila terkena..huhuuu (macam pernah kena je) huhuuu.... Pelik kan, kenapa kawan baik boleh buat kita macam tu...dan bila berlaku perkara sedemikian, habislah sebuah persahabatan....tapi ada juga yang pandai mengawal keadaan. Menerima dengan positif dan tidak menyalahkan pihak lain. Jika ini yang berlaku pasti persahabatan itu boleh kekal selamanya. Kerana kemaafan itu ubat paling mujarab...percayalah...!!

Bila saat remaja pula, kalau tersalah pilih kawan, habislah masa depan. Tapi bergantung pada diri sendiri juga, jika sikap ingin mencuba terlalu menguasai akal dan fikiran ia memang salah kita. Please jangan tunding jari pada orang lain bila masalah timbul..."sendiri makan, sendiri tanggung".

So pepandai la memilih kawan, jangan sampai jadi lawan udah ler...cayok..cayok..!!

Kawan senang nak cari tapi belum tentu sesuai pada diri. 
Pilih kawan bukan pada gaya tapi pada hati dan jujurnya dia
Terima kawan bukan bersyarat tapi perlu mengikut syariat
Hargai kawan biar berpada jangan sampai diri sendiri merana
Sayang kawan biar perpada-pada jangan sampai mengundang derita


Secukup Rasa

Jangan terlalu mudah bila mula berkata. Kenalpasti duluan apa yang cuba kita sampaikan dan tapis tiap bicara supaya tiada yang terasa dengan apa yang kita katakan. 

"cakap siang pandang²" ia bermaksud, toleh kanan, kiri dan belakang sebelum nak mengata atau pastikan apa yang kita sampaikan tidak membuat orang lain terasa.

"cakap malam pandai² la berbisik" hmmm...ada ke peribahasa ini ? heheeee....


* kerana terlalu ringkas, nampak koson, saje je tulisan dibesarkan supaya nampak penuh...heheee

07.01.2011 : 09.09 pm

04 January 2011

Hargai Peluang Sekali

Peluang datang hanya sekali ? ye ker ? siapa kata ?
Kalau sudah ada peluang depan mata kenapa perlu di abaikan? bukankah bagus kita ambil dan belajar hargainya. Kerana peluang itu jarang² ada. Dan tiap kali peluang yang datang tidak sama. Jadi selagi kita nampak peluang tidak salah kita ambil dan belajar menerima. 

Tapi jangan pula terlalu asyik nak amik peluang walaupun kita sedar ia memang tidak layak untuk kita. "ukur baju pada badan sendiri". Peluang tidak semua ada untuk kita. Kesianlah pada orang yang selalu beri kita peluang tapi kita tak hargai. Dan lebih kesian bila kita minta peluang kali kedua dari dia..huhuuu

Kenapa ada antara kita sering alpa dengan apa yang kita miliki? tidak tahu menghargai !! Saat di depan mata, saat ia dekat dengan kita, saat ia ada selalu di sisi, kita leka, kita abaikan, kita tidak endahkan dan kita langsung tidak tahu bagaimana hendak hargai. Dan paling sadis, kita lupa ia ada..huhuu... 

Tapi bila ia dah mula jauh, baru lah kita mengelabah, terhegeh² nak capai. Kalau sempat takpe. Tapi kalau dah hilang, macamaner? "patah tumbuh hilang berganti" itu hanya untuk sesuatu yang boleh dicari ganti. Tapi kalo yang hilang itu tidak akan lagi kembali lagi ? hmmm....lu pikirlah sendiri....belajarlah menghargai kerana ia tidak akan rugi.

05.01.2011 : 9.32 am
comic_comot



01 January 2011

♥ Air mata duka

Air mata duka
Deras mengalir
Merobek rasa, meluka hati
Mengundang rindu
Benci menjalar, pedih sengsara

Air mata duka
Kerana dia aku terkapai seorang
Merawat luka bertandang benci
Pergi bahagia tinggalkan cinta
Titisan jernih peneman hari

Air mata duka
Mengenang cinta tiada lagi
Ke mana menghilang
Apa erti sumpah janji yang dilafaz
Engkau khianati tanpa peduli
Biar sejarah menjadi kenangan
Kusemat jauh biar tidak berulang

Air mata duka
Tabah dan terus mengisi ruang
Tidak leka tangisi kegagalan
Tekad untuk terus melangkah
Mencari bahagia di pelusuk dunia
Tetap mencari tanpa penat
Tinggalkan duka cari bahagia
Keranaku pasti sinar ceria selalu ada

02.01.2011 : 9.34 am
comic_comot

♥ Kini dan Selamanya


Hari ini, esok dan selamanya

Adanya cinta dia
Beri kesempatan untuk mengenal erti cinta
Menghargai cinta
Menerima cinta
Menghayati cinta
Menulis tentang cinta
Bercerita tentang cinta
Berkongsi cerita cinta

Hari ini
Cinta hadir tanpa disangka
Tidak dipasti sejak bila ia bermula
Dari mana datangnya rasa cinta
Yang pasti cinta itu dapat dirasa
Bahagia, selesa dan menerimanya seadanya

Esok hari
Akanku genggam erat tangan dia
Akanku selalu berdiri disisi dia
Akanku bahagiakan dia selayaknya
Akanku cinta dia sepenuh jiwa
Akanku belaian penuh mesra

Selamanya
Pastiku terus cintai dia
Pastiku setia selamanya
Pastiku bajai mahligai cinta
Pastiku layari bahtera asmara
Pastiku terus membahagiakan dia

02.01.2011 : 02.38 am
comic_comot

♥ Rasa CiNTa ♥

♥ Rasa Cinta ♥

Manis tika ia bermula
Bak kembangnya semua bunga 
Mewangi setaman singgahsana
Bahagia dirasa selamanya

Masam tika ia merindu
Merintih untuk ketemu
Melonjak rindu tiap waktu
Tiap detik berlagu sayu

Tawar tika ia tidak berbalas
Sakitnya jiwa bertepuk sebelah tangan
Tidak kelihatan disebalik senyuman
Terus menunggu saat dicapai lengan

Pahit tika ia dikhianati
Bagai dihiris mawar berduri
Merana jiwa tanggung sendiri
Pasti luka berparut dihati

Kelat tika ia dikongsi
Madu yang pahit saat dipoligami
Tersenyum sengasara dalam hati
Bahagia sendiri tersirat tersembunyi

02.01.2011 : 02.12 am
comic_comot

♥ aDa CiNTa ♥

♥ BiLa aDa CiNTa ♥


DenganMU SEPIku akan berGANTI
Berganti keINDAHan yang BELUM PERNAH kuRASA
Gemuruh GELORA diJIWAku
Taklukan keRAGUan dan keTAKUTan diHATIku
Selamat datang CINTA dihatiku
Ku sambut HADIRmuu
Berikan aku CINTA, RAHSIA keHIDUPan
Tanpa engkau cinta aku BUTA
Kau CAHAYA HATI
CINTA tak pernah salah dalam MENYINTAI

02.01.2011 : 1.47 am
comic_comot

♥ Saat Datangnya Cinta

Dedikasi buat insan bergelar kekasih

Hembusan angin khabarkan kasih
Membawa rasa berputik semula
Dulu memori terpendam di hati
Kini perlahan melangkah cerita
Membawa cinta milik dulu
Ingin dipasti menjadi realiti
Biar jiwa bersatu rasa
Selami hati maksud tersembunyi

Kau dihati selalu
Bukan igauan cinta muda
Lahir mesra belaian rindu
Dedaun gugur tidak dikisah
Asal debunga kian bercambah terus
Mewarnai hidup kian bahagia
Sedingin embun di waktu pagi
Menjadi milik kekal

Lamaran cinta untukku
Terus melangkah laluan hidup
Bertali deras ujian mendatang
Tekad sedia hadapi tabah
Akanku renang berombak madu
Tawar dulu kelat menjamu
Datangnya manis di hujung kasih
Rindu bertaut cinta terlahir
Aku dan kamu pasti bersatu


02.01.2011 : 1.18 am
comic_comot

Tahun Baru


Selamat Tinggal 2010 & Selamat Datang 2011



Masa berlalu kian pantas
Tidak terasa bila ia berlalu
Sedetik dahulu tinggal memori
Menjadi sejarah waktu dulu
Di rindu tatkala tinggal sendiri
Mengenang kenangan beri kesedaran
Aku tetap seperti dulu
Walau hari berganti terus
Datang saat tahun baru
Hanya azam ditanam penuhi waktu
Sisa dulu menjadi titian
Mengorak langkah cari bahagia
Terus berjalan pandu arah
Yakin pasti laluan tersedia bersinar
Menuju kemahuan puncak realiti
Bersama tenang kemaskan cita
Moga impian kasih di ambang
Gapai segala bintang impian
Berjaya menjadi milik kekal

02.01.2011 : 12.49 am