Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

27 May 2011

AKU BELAJAR

bahagia itu bukan mudah untuk dimiliki
sebaiknya biarlah derita hampiri sebelum bahagia aku temui
dengan keadaanya, bisa aku tabah hadapi tiap luka nanti
kemudian nanti, bahagia tersedia untukku lebih bererti
kerana dia,
aku cukup belajar tentang erti pedih yang tidak dipeduli
sakit yang lama, buatku belajar untuk sayangi diri sendiri
biar hatiku telah dilukai, aku tetap berdiri
kerana aku sedang belajar untuk menerima mereka yang lebih menyayangi diriku ini...