Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

22 May 2011

SELEPAS KEMARAU

kau datang menggamit bahagia
di hayat lepas yang kemarau panjang
kita tidak serasa
tapi, hari ini kasih yang ada
menyimpul semula ikatan cinta
yang membuai jiwa