Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

01 April 2011

itu kamu

sampainya hatimu
begitu mudah melafaz putus
hilang sekelip mata teguh cinta yang pernah diucap
berderai kasih yang telah dibina
mengapa
mana perginya sabar di hatimu
langkahmu kaku
bicaramu berbisa
tiada lagi rajukmu
aku gamam
kerana kabut aku hilang seketika
entah mengapa serabut menguasai
hmmmm...