Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

17 April 2011

niat tersembunyi

pertemuan kita
dalam tidak disangka
dikau menyapa saat hatiku muram durjana
kau hulurkan tangan yang cukup mesra
dengan niat ingin membalut luka tersedia
aku yang berdiam
kelu tanpa suara
hendakku sambut tapi punya curiga
hendakku tolak tapi hatiku melonjak gembira
sejenakku berfikir
dan telahku sambut salam kamu
berhari kita saling menyapa
seperti teman lain yang mesra dalam berkawan
tapi
dalam berteman yang tidak disangka
kesedihanku yang sering kita bicara
kau mula bersimpang dalam bercerita
seperti bukan pada niat asalnya
entah mengapa dengan tiba-tiba
kau meluah rasa cinta
oh tidak !!!
kau mula punya niat sembunyi
hingga aku kurang selesa
dan kini aku menjauhkan diri
agar tidak terus kau ucap ingin menyayangi
maafkan aku
izinkan aku berlalu pergi
kerana bukan itu yang aku cari
pengganti dalam sepi yang aku lalui