Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

05 April 2011

semai semula kasih pada ibu

kelmarin
kau berlalu sendiri
kerana sakit hati yang dipeduli
melemparkan tomahan berganda
tanpa periksa asal usulnya
dibiar linangan air mata berlalu
tanpa berbelas kau melangkah
hatinya cukup terluka
tidak perlu kata kecewa
lihat pada wajah bonda
nyata kau telah guris hatinya
sendunya tiada siapa yang tahu
disimpan jauh dalam sudut hati

semalam
kau sekali lagi meresahkan
buat bonda bingung sendiri
ada ketar di hari yang bonda lalui
mengapa kau berbuat demikian?
tidak kasihankah pada bonda
kau memang tidak mengenang
hati bonda penuh gelora
atas apa yang kau lakukan
hati bonda penuh garisan luka
atas perbuatan kau yang cetek pikiran

hari ini
kau masih berdendam sendiri
bersama amarahmu yang tidak bererti
berlarutan tanpa henti
hingga kau hanyut dalam duniamu sendiri
tahukah engkau,
dari jauh bonda perhati
segala gerak gerimu dia peduli
memang riaknya amat marah sekali
tapi hati bonda cukup lembut
memang lidahnya garang memarahi
tapi hatinya tidak sampai hati

kau patut memohon maaf sendiri
bukan terus menunding jari
jangan lagi kau berdendam tanpa pasti
kembalilah semula
insaflah atas kelakuanmu
ingat semula detik kesusahan yang menimpa
segeralah pulang
sebelum terlewat nanti
cepatlah dakap erat bonda
selagi masih berkesempatan

nanti,
andai bonda di jemput Illahi
kau akan menyesal sendiri
ketika itu tiada lagi bonda untuk kau dakapi
ketika itu kau akan merasa sepi tanpa bonda di sisi
dan saat itu kami juga tidak lagi peduli
akan kami biar kau sendiri
seperti kehendakmu, kami biar kau sendiri meniti hari

♥ ~ ibu, kau ratu hatiku....