Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

20 April 2011

saat ini

saat ini
hujan turun dengan lebat
angin menderu dengan hebat
dentuman menyambung-nyambung
kilat memancar teguh
tiba-tiba hatiku menjadi sayu
teringat suatu peristiwa dahulu
berterbangan atap rumah setinggan
bertakungan air melimpah ruah
anak kecil menangis hiba
kami sekeluarga duduk berkumpul
berdakap sesama
tiap kali hujan lebat
hatiku resah tidak tenteram
takut dan tidak tenang

wahai hujan nikmat
sudahilah membasahi bumi
cukuplah setakat ini
bawa bersama resah di hati
beri kesempatan pada gerimis
biar gerimis sahaja yang sambung membasahi
sungguh aku mensyukuri nikmat Illahi
dan saat ini juga
terpegun rasa hati
melihat rintikan hujan kasar dan garang
punya seni tersendiri