Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

30 September 2011

KERANA KAMU

Di batasan waktu yang hilang
dari jauh kau mencuri pandang
memimpin tangan untuk seiring
menulis dalam rangkap berbeza yang buat aku girang.

Selama tak mungkin aku tahu
jika bukan kamu yang mencari
tak henti memapah saat aku kecundang
yang hari ini tak berhenti untuk terus menulis.

Terima kasih tak bernoktah
untuk kamu yang sering bersama di sini
berterusan menegur tanpa henti
sesekali menyakat buat kami terhibur saat sepi.

istimewa buat kamu ~ Cikgu Nik Mie
yang kerananya...terlahir laman Puisi Bait Kata Suara