Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

17 February 2011

aku yang berlari

setelah penat aku berlari
ingin aku berteduh di sudut yang sepi
mengesat peluh yang membasahi
biar hilang penat yang dirasai

kaki ini ingin berlari lagi
berlari sekuat hati
menggapai apa yang di impi
biar terpaksa melalui ranjau yang berduri

demi hari yang aku lewati
tidak terdetik menyerah sebelum pergi
akan aku susun strategi demi strategi
agar tidak aku tenggelam dek arus yang aku hadapi

teduhan yang aku impi
tidak mudah pudar kerana terik mentari di siang hari
tidak mudah reput kerana hujan yang membasahi
tidak mudah roboh kerana panas yang menyinari
tidak mudah runtuh kerana ribut yang mendatangi

mampukah aku miliki
tinggikah permintaan yang aku ingini
banyak sangatkah keinginan yang aku impi

keikhlasanmu lebih memberi erti
kejujuranmu lebih aku hargai
kesetiaanmu lebih dari apa yang aku cari

keranamu aku di sini ✿ ~