Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

04 February 2011

Aku Sayang Ibu

pasti lena tidurku
malam ini aku ingin dalam pelukan hangat ibu
pelukan yang telah lama kurindu
kulihat wajah yang tenang
penuh kasih sayang
inginku dendangkan lagu buat ibu
biar tidurnya lena diulit mimpi indah
kugenggam lembut jemari ibu
agar tidak terjaga dari tidurnya

masih jelas diingatan
tika ibuku bekerja keras mencari rezeki
tiap kali peroleh gaji
pasti dikhabarkan pada kami
berpimpin tangan berjalan
nantikan ibu di Melati Corner
sebuah restoran makan kecil
di hujung jalan tempat ibu turun bas

tiba sahaja ibu, berteriak kami memanggil
mak, mak..sini... dengan girang
penat bekerja seharian
tidak halang untuk ibu terus senyum pada kami
ibu peluk kami seorang demi seorang
lalu dipimpin tangan yang bongsu
membawa kami ke restoran tadi
ibu akan belanja kami makan apa yang kami inginkan
itulah rutin tiap kali ibu dapat gaji

saat itu masih jelas diingatan
terasa betapa kasihnya ibu pada kami
kulihat semula wajah ibu yang sedang tidur disisi
airmataku membasahi pipi
betapa mulia hati seorang ibu yang aku miliki
aku sayang akan ibuku
aku usaha tidak akan membuat ibu menangis lagi
aku ingin beri ibu bahagia
aku ingin kongsi hidup selesa yang kurasa

ibu,
akak sayang ibu...

05.02.2011 : 1.10 am
comic_comot