Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

13 February 2011

kehidupan sebuah pelayaran

bukan mudah jalani kehidupan
seperti belayar di lautan
akan dipukul ombak mengganas
akan dibuai bayu yang indah
layarkan sahaja ikut peraturan
jangan sekali berhenti di tengah lautan
masih jauh perjalanan yang perlu diteruskan
berlabuhlah jika pantai berdekatan

✿ ~ comic_comot 13.02.2011